SAMAN.....Karpal
akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak
menghentikan perbuatan memburukkan DAP.
GEORGE TOWN : Pengerusi DAP
Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku
Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi ‘rahsia’
dalam parti itu kepada umum.
Beliau yang juga anggota
Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah
sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.
“Kita akan bawa perkara ini
ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba
masanya untuk kami bertindak.
“Sebagai seorang yang
benar-benar ‘gentleman’ beliau tidak seharusnya mendedahkan apa sahaja yang menjadi
rahsia dalam parti kepada pengetahuan umum,” katanya kepada pemberita selepas
mengadakan pertemuan dengan penjual dan pengunjung Pasar Awam Island Park di
Jalan Gangsa di sini.
Katanya, Tunku Abdul Aziz,
yang juga bekas Naib Presiden Transparency International, telah dibawa masuk
menyertai DAP pada 23 Ogos 2008 oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
Tunku Abdul Aziz kemudian
dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP, pada 31 Mei 2009 dan dilantik sebagai
senator pada Julai 2009.
Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz
mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu
kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012
kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan
perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.
Bagaimanapun beliau tidak
menyertai mana-mana parti politik.
Pada awal Mei lepas, Tunku
Abdul Aziz telah mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai
DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan
parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment