TUTUP.....Tidak
ada alasan munasabah diberikan polis berhubung penutupan Jalan Balai
Polis-Kastam lama sehingga rakyat turut berada dalam ketakutan.
Oleh : KREW SABAHKINI.NET
WALAUPUN tentera Mat Bom
yang dinaiktaraf sebagai Tentera DiRaja Sulu telah ditumpaskan oleh lima
batalion tentera Malaysia, namun pasukan keselamatan masih dibayangi ketakutan
yang amat sangat; terbayang kehebatan pengganas berkenaan yang kebal, boleh meloncat
dan melayang di atas pelepah kelapa sawit
seperti tupai serta boleh menghilangkan diri sekelip mata dan pelbagai mitos
lagi; maka jalan Kastam Lama yang melalui Balai Polis Lahad Datu masih ditutup
kepada orang awam.
Krew Sabahkini.net yang
dihujani email dan pertanyaan lisan telah membuat rakaman video di lokasi yang
dimaksudkan; telah didatangi seorang lelaki yang mengaku polis (tanpa menunjukkan
kad kuasa) mengarahkan agar rakaman video dihentikan; seraya mengancam untuk
merampas kamera SabahkiniTV.
"Ini kawasan larangan.
Kamu tidak tahukah berapa ramai polis mati di Semporna. Mereka suka serang
balai. Jadi kami tutup ini jalan. Tidak boleh ambil gambar. Keadaan masih
bahaya," ujar lelaki berkenaan yang memberitahu beliau berasal dari
Kampung Epil (Kampung yang dirobohkan ketika era Chong Kah Kiat dalam Ops Nyah
II Bersepadu) sambil menghebahkan serangan lanun sekitar 80-an.
Terbayang ketakutan yang
amat sangat di wajah lelaki yang mengaku polis itu kerana bibirnya berketar dan
giginya mengetap. Sebelum sempat Krew menghalakan lensa ke wajahnya, lelaki
berkenaan berlalu pergi.
Jika seorang anggota polis begitu
ketakutan, bagaimana orang awam? Orang awam turut bimbang bukan kerana serangan
Pengganas Kiram, tetapi kerana Ketua Polis Daerah yang 'ketakutan' untuk
membuka jalan yang diwartakan sebagai jalan awam sehingga rakyat yang tidak
bersenjata trauma memikirkan ketakutan luar biasa polis Malaysia.
Agak malang bagi Malaysia
kerana di zaman IT, pengganas boleh memantau pergerakan melalui satelit atau
hanya perlu bertanya kepada Mr Google di mana lokasi Balai Polis Lahad Datu;
tanpa perlu bimbang gambar yang diambil Krew Sabahkini.net dari jarak jauh.
Penutupan jalan awam tanpa alasan
yang munasabah telah menanam perasaan takut kepada orang awam sedangkan pada
hakikatnya, tidak ada tempat paling selamat di dunia melainkan Lahad Datu dan
Tungku kerana dikawal oleh 5 batalion tentera yang lengkap dengan senjata.
Sabahkini.net telah
menghantar SMS kepada pegawai Kanan Polis bertanyakan kenapa Jalan Kastam Lama yang
melalui Balai Polis Lama Lahad Datu ditutup sehingga pengguna jalan raya
terpaksa menggunakan Jalan Pancuran atau Jalan Pantai untuk ke Bandar Lahad
Datu?
Namun Sabahkini.net tidak
menerima sebarang jawapan atau alasan sehingga ke hari ini, sebaliknya mereka (polis)
membuka halangan di kedua-dua belah jalan, hanya sehari sahaja selepas SMS
dihantar; tetapi menutup semula jalan berkenaan sehingga ke hari ini.
Dengan perlantikan 'Singa
Bukit Aman', Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara yang baru,
diharap tidak ada lagi Polis yang 'dikembiri' bertugas di Lahad Datu dan
diyakini dapat menaikkan keyakinan orang awam terhadap Pasukan Keselamatan yang
menerima pengajaran paling bermakna daripada Pengganas Kiram.
Tan Sri Khalid juga wajar
menjalankan siasatan dalaman, siapakah Pegawai Polis yang mempunyai kepentingan
di FELDA dan mempunyai perniagaan 'pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia'
bagi mengelak saki baki pengganas yang berselindung di sebalik IC Projek dan parti
politik kembali mengganas.
No comments:
Post a Comment