Saudara Pengarang,
AHLI Parlimen Batu Sapi,
Datin Linda Tsen Thau Lin diingatkan agar jangan lalai dengan kemenangannya di
Parlimen Batu Sapi pada PRU-13 adalaah atas jasa orang Melayu di Batu Sapi.
Dalam susunan pegawai khas
parlimen, Linda seharusnya meletakkan pegawai dari kalangan orang Melayu yang
berpotensi agar wujud kestabilan kaum dalam pentadbiran tersebut; tidak seperti
sebelumnya, iaitu Linda mementingkan kaum Cina untuk memonopoli semua jawatan
di Pejabat Parlimen.
Tanpa Linda sedar atau berpura-pura
tidak tahu, pegawainya, Kong Lok Tau mengalahkan peranan Linda sebagai Ahli
Parlimen yang lanagsung tidak prihatin terhadap rakyat marhaen di Batu Sapi.
Harus diingat, calon PAS,
Haji Hamzah Abdullah Tidak pernah mendapat undi sebanyak 9,000 lebih dalam
sejarah beliau bertanding sebelum ini.
Namun pada PRU-13 yang lalu,
Hamzah berjaya mendapat sokongan orang Cina dan Linda menang hanya kerana undi Orang
Melayu di Batu Sapi, manakala Cina dan Bumiputera bukan Islam memberi sokongan
padu kepada PAS.
Oleh itu, jika Linda lupa
diri dan terlalu membiarkan Kong Lok Thau bermaharaja lela menindas Orang Melayu,
maka jangan terkejut pada PRU akan datang, kami akan membalas jasa baik kamu
dengan memilih pembangkang.
Salam Hormat,
MOHD ASRI MOHD RAZAK
No comments:
Post a Comment