Saturday, 4 May 2013

PENDUDUK LABUAN UNDI BN JIKA...





Saudara Pengarang.

TERLEBIH dahulu kami memohon ampun dan maaf daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak akan mengundi BN di Labuan jika isu yang disenaraikan di bawah ini tidak diselesaikan segera menjelang tengah malam ini.

Warga Labuan terpaksa memberi peluang kepada Parti PKR kerana kesemua tiga Mantan Wakil Rakyat telah gagal menjaga Labuan dan dikelilingi masalah.

Rakyat Labuan sudah lama berfikir dan menilai sendiri parti mana yang harus dipilih pada PRU13 ini kerana yang boleh mengundi semua sudah berumur 21 tahun ke atas; tetapi kita semua bukan ahli politik atau PRO mana-mana calon.

Kali ini, jika BN gagal memastikan masalah di Labuan dapat diselesaikan secara tuntas; maka sewajarnya kita beri peluang kepada Pakatan Rakyat mandat percubaan selama 5 tahun sebelum menolak mereka jika mungkin janji seperti BN.

PM dan TPM harus sedar bahawa kini rakyat yang menentukan siapa menjadi wakil rakyat dan kerajaan; bukan seperti di era 1960-an.

Di bawah adalah isu penting kenapa rakyat Labuan tolak BN;

1. Semua barang keperluan dan makanan terlalu mahal.
2. Jalanraya di Labuan seperti baju pengemis, ditampal sini sana.
3. Labuan pulau bebas cukai tetapi mengapa pelancong yang melawat Labuan dan membeli rokok atau minuman keras, penjual meminta maklumat pasport atau KPT untuk catatan di buku rekod.

Siapa yang arahkan kerja bodoh ini? Mungkinkah ini yang dinamakan 'Undang-Undang Kangaroo' Jabatan Kastam tetapi anehnya tidak ada Wakil Rakyat Labuan yang membantah syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam.

Bukankah syarat yang dikeluarkan langsung tidak logik? Wakil Rakyat Labuan sewajarnya bersuara di Parlimen dan mencabar kastam agar menarik balik status 'Duty Free' di Labuan.

Persoalannya, siapa beri Tauke Kedai atau Penjual barang bebas cukai meminta Pasport atau KPT pembeli? Kenapa Pegawai Kastam tidak menjaga di Exit Point seperti Terminal Feri dan Lapangan Terbang?  Mana Unit Pencegahan Kastam? Mana APPM? Mana pasukan Marin Polis?

Sebenarnya pihak atasan kastam menyusahkan Tauke Cina bodoh di Labuan dan pihak atasan kastam dengan sindiket masuk kontena terus ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau melalui pintu depan ke 'Bonded Warehouse!

Di Sarawak dan Semenanjung pun sama juga dan lagi hebat dari Langkawi dan Labuan. Di Sarawak pun sama seperti daerah bebas cukai. Di Kota Kinabalu, Sandakan, Sibu dan Miri; kastam bersubahat dengan sindiket tarik keluar kontena dan mengistiharkan barang tiada cukai.

Wakil Rakyat Labuan sewajarnya membidas Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam adakah mereka tahu pekara ini atau mereka juga antara yang bersubahat dengan sindiket penyeludupan seperti Bekas Ketua Pengarah Kastam Dato Khalid.

Syarat-syarat yang dikeluarkan kepada perniaga kedai bebas cukai sepatutnya untuk 'Bonded Warehouse' dan Lapangan Terbang Antarabangsa dan bukan Labuan dan Langkawi. Kita tidak mau orang Labuan dibodohkan tetapi di mana Wakil Rakyat kita? Kenapa tidak berani hentak meja kastam? Kenapa tidak minta Kastam tarik balik status 'duty free' Labuan jika mereka tidak boleh kawal?

4. Warga Labuan yang memohon pembantu rumah atau pekerja kedai terlalu disusahkan prosesnya, tetapi pusat hiburan seperti karaoke, pub dan Pusat Urut amat senang sekali.

Dulu seorang Wakil Rakyat Labuan menyokong permohonan quota pelayan untuk karaoke dan pub daripada kerajaan pusat dengan alasan tiada orang tempatan yang mahu bekerja sebagai pelayan di pub dan karaoke. Cuba fikir betulkah alasan Mantan Wakil Rakyat berkenaan?

Akibatnya, kini setiap Pusat Hiburan di Labuan ada sekurang-kurangnya 20-40 pelayan Philipina (GRO) tidak masuk pusat hiburan yang besar. Tauke pusat hiburan telah menyalahguna permit pelayan dan menjalankan aktiviti pelacuran tanpa ketakutan diserbu polis kerana kerajaan BN telah halalkan pelacuran berlesen di Labuan.

5. Tiga lesen feri kenderaan di Labuan telah diluluskan oleh kerajaan tapi hanya dua syarikat sahaja yang beroperasi. Di mana wakil rakyat Labuan? Kenapa tidak bersuara? Kenapa lesen feri hanya diberi kepada Ahli politik seperti MCA, PBS dan UMNO? Kenapa tidak beri kepada rakyat yang layak dan mampu?

Wahai Warga Labuan. Kita sayang PM tetapi "ini kali lah" kita tak dapat undi BN, bukan salah kita. Yang menjatuhkan kerajaan BN dan memalukan Imej PM ialah Menteri Kabinet BN dan Pegawai atasan kerajaan yang kuat rasuah dan menyalahguna kuasa.

Esok Warga Labuan dan rakyat Malaysia akan menentukan siapa akan jadi rakyat dan kerajaan. Jangan Lupa mengundi.

Salam hormat.

HJ YACOB & ANAK JATI LABUAN

No comments:

Post a Comment