SALAM....JUMAT
bersalaman dengan pengundi selepas menghadiri siri jelajah kempen pilihanraya
umum ke-13 di Kampung Bangka-Bangka Likas dan di Kampung Cenderamata Dua Likas
Kota Kinabalu, di sini kelmarin.
Oleh : ZAKARIA DAMIT
KOTA KINABALU : Pembubaran
Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) P171 Sepanggar diketuai Ag Maidin Ag
Apong, calon Bebas bagi DUN Karambunai serta beberapa ahlinya menunjukkan satu
khabar gembira kepada Barisan Nasional (BN) pada 05 Mei ini.
Calon BN bagi Parlimen
Sepanggar, Datuk Jumat Idris berkata, dalam laporan akhbar tempatan semalam bahawa
pembubaran PPPS P171 itu dilihat akan meningkatkan sokongan kepada Calon DUN
Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid; sekali gus menjadi tamparan hebat kepada
pengerusinya, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.
Katanya, tindakan calon
bebas di Dun Karambunai iaitu Ag Maidin Ag Apong itu memperlihatkan
ahli-ahlinya sudah hilang kepercayaan terhadap PPPS serta tidak berpuas hati
terhadap pucuk pimpinan yang selalu mengenepikan pandangan pengundi di
peringkat akar umbi.
“Kita lihat ini merupakan satu petanda baik
kepada BN di saat akhir menjelang hari pengundian pada 05 Mei (Ahad) ini
apabila calon bebas Ag Maidin Ag Apong bertindak memilih membubarkan PPPS di
Sepanggar.
"Kita nasihatkan
pengundi Sepanggar agar terus fokus dengan hanya memikirkan memberikan undi
kepada Barisan Nasional. Seluruh jentera BN bekerja keras untuk memastikan
calon BN mendapat kemenangan nanti.
"Mereka sanggup
bersengkang mata, dengan mengajak serta menemui pengundi di pelbagai peringkat
untuk mengekalkan kemenangan BN untuk terus memerintah di negara ini,” katanya.
Beliau berkata kepada
pemberita selepas menghadiri siri jelajah kempen pilihanraya umum ke-13 di
Kampung Bangka-Bangka Likas dan di Kampung Cenderamata Dua Likas Kota Kinabalu,
di sini kelmarin.
Hadir sama dalam majlis itu,
Calon DUN Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Ketua Daerah Mengundi Likas
Baru, Duman Tukimin.
Jumat yang juga Ketua Umno
Bahagian Sepanggar berkata, pengundi perlu mengambil ikhtibar pembubaran PPPS
Sepanggar kerana kelihatan tidak sepakat, tidak fokus untuk memperjuangkan
masalah rakyat serta terpaksa dibuburkan di saat akhir menjelang hari pembuangan
pengundi.
“Berbanding BN, kita sepakat
menggunakan lambang sama (logo Dacing) yang mewakili semua parti dalam kompenan
Barisan Nasional (BN). Parti BN sudah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama
lebih 55 tahun dan terbukti membawa banyak pembangunan kepada masyarakat di
seluruh negara,” katanya.
Dalam PRU13 ini, Datuk
Jainab Ahmad Ayid akan ditentang oleh calon bebas Ag Maidin Ag Apong; Muali
Aching (PKR); Aziz Ibrahim (SAPP) dan Rano Susulan (bebas).
Sementara itu ketika berucap
di Kampung Cenderamata Dua, Likas, Kota Kinabalu, Jumat berkata, pihaknya
sedang dalam perancangan untuk menyusun semula kampung itu bagi memastikan
penduduknya dapat menikmati pelbagai kemudahan yang diperolehi kampung lain di
Parlimen Sepanggar.
“Penduduk kampung perlu
ingat Kampung Cenderamata Dua adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN)
selepas terbabit dalam kebakaran beberapa tahun lalu. Kita sudah menempatkan
semula mereka di tapak sedia ada dengan memberikan segala kemudahan asas agar
mereka selesa tinggal dalam tempoh jangka masa panjang.
“Timbul jua isu kononnya
parti pembangkang (SAPP) menjadi hero dalam membangunkan kampung Cenderamata
Dua Likas ini, namun kita percaya pengundi sudah matang berfikir dan tahu
menilai siapa sebenarnya bersusah payah membangunkan semula kampung ini;
sehingga nama jalan di kampung diletakkan 'Jalan Datuk Jumat Haji Idris'
sebagai tanda menghargai jasa saya di kampung ini,” katanya.
Sementara itu, dalam siri lawatan
di Kampung Bangka-Bangka Likas, Jumat menasihatkan agar pengundi terus memilih BN
dalam pengundian pada ahad ini.
“Kita menunggu sehingga
lebih 50 tahun untuk diwakili oleh calon anak tempatan berketurunan 'Bajau' di
Parlimen Sepanggar selepas SAPP menyertai pembangkang pada tahun 2008. Inilah
masanya pengundi di Kampung Bangka-Bangka Likas meneruskan sokongan mereka
dengan memilih calon BN mewakili mereka bagi menyelesaikan masalah
infrastruktur di seluruh Parlimen Sepanggar,” katanya.
No comments:
Post a Comment