Saudara Pengarang,
KEHEBATAN Datuk Seri Wilfred
Bumburing berceramah memang memukau sehingga dalam separa sedar penduduk terpencil
di Pedalaman lupa bahawa mereka tertipu dan terpedaya oleh orang yang mereka
beri mandat pada PRU-12.
Kini, setelah sedar, mereka bangkit kembali mendedahkan
'Silap Mata' 'Datuk Seri' yang menjual 'air liur' untuk meraih sokongan mereka
setelah terpedaya dengan 'Janji Cepat Kaya' melalui IPC.
Berikut suara hati
penduduk kampung Madang dan Kampung Toboh, Tamparuli yang telah ditipu oleh
pelaburan skim cepat kaya IPC yang dipromosikan oleh Calon PKR Tuaran, Datuk
Seri Panglima Wilfred Bumburing.
Diharap video ini dapat disebarkan secepat mungkin
agar penyokong PKR yang selama ini terpukau oleh kemilau janji Bumburing dan Anwar dapat sedar dan kembali ke pangkal
jalan sebelum tersilap memilih pemimpin.
Sebagai pengundi berdaftar dan
Anak Jati Tuaran, saya bertanggung jawab penuh ke atas Videoklip ini.
Terima kasih,
GREGORY HUNTER
No comments:
Post a Comment