Tuesday, 7 May 2013

SEMPORNA LAYAK MASUK 'SEVEN WORST!'






MEMALUKAN..... Sampah dibakar secara wewenang di hadapan sekolah rendah dan rumah ibadat.

Saudara Pengarang,


KAMI ingin membawa perhatian Sabahkini.net untuk mendapat perhatian kesusahan yang menimpa kami di Semporna. Gambar di atas adalah tempat pembuangan sampah yang semakin maharajalela sehingga kami tinggal bersama sampah yang busuk dan boleh dilihat di depan mata.

Sebagai penduduk Semporna, kami malu kerana walaupun semua YB kami menang pada Pilihanraya Umum Ke -13 pada 5 Mei lalu; namun langsung menghidap 'Sindrom Sabar' untuk menyelesaikan masalah yang sudah berpuluh tahun melanda Semporna.

Sikap YB-YB di Semporna ini seperti kencing dalam gelas dan terpaksa minum kencing dalam gelas sendiri kerana tidak pernah menunaikan janji menjadikan Bandar Pelancongan ini 'Sifar Sampah'.

Majlis Daerah Semporna (MDS) pula seperti 'Anjing Buta' jaga rumah yang bukan sahaja tidak nampak apa yang melintas di hadapannya; malah gagal mencium bau najis sendiri.

Walau sudah hampir 50 tahun merdeka, namun hidung dan paru-paru kami tidak pernah merdeka daripada penjajahan mau busuk sampah dan tengik asap daripada sikap tidak bertamaddun pihak yang  membakar sampah secara terbuka.

Sewajarnya Semporna boleh dicalonkan sebagai salah satu 'Seven Worst' setelah Sipadan terkeluar daripada persaingan sengit 'Seven Wonders' dua tahun lalu. 




BERTABUR.....Tempat pengumpulan sampah yang tidak teratur di Taman Sempaul, Semporna.

Senporna layak dicalonkan 'Seven Worsts' kerana setiap hari, selama '25' jam (subsidi satu jam) berturut-turut Semporna dilanda sampah, berbau sampah, berperisa sampah dan rakyat menyampah kerana Semporna salah satu pekan terkotor di dunia.

Mungkin disebabkan kesemua YB kami tidak mempunyai rumah di Semporna atau dinamakan 'YB Kabog' yang bermaksud YB Kelawar kerana datang secara senyap dan pulang tanpa memberi tahu; apatah lagi mengamalkan sikap kelawar yang tidur tergantung; maka mereka tidak dapat melihat segala kepincangan yang berlaku di Semporna.

Hasrat kami, kalau boleh, kami akan diberi YB yang ikhlas, berwibawa dan prihatin terhadap segala masalah kami yang hidup dalam serba kekurangan; tetapi apakan daya kami diberikan juga 'YB Sabar', 'YB Kitar Semula' atau 'YB Kroni' yang tidak berdaya membuat apa-apa selain mengharapkan komisyen projek daripada kontraktor yang dipilih.

Jika masalah remeh seperti sampah dan kemudahan asas tidak dapat ditangani oleh empat YB kami, maka sepatutnya Kerajaan BN tidak perlu menempatkan mereka di Semporna kerana pekan ini boleh membangun sendiri walaupun lambat seperti siput.

Dalam hal ini, Ketua Menteri Sabah perlu melantik Datuk Nasir Sakaran sebagai Menteri Sampah Sarap (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) bagi memastikan bukan sahaja Semporna bersih; malah berbau bersih daripada YB Kutu Sampah yang berlambak di Semporna!

 Salam Hormat,

JEPRI SAM

No comments:

Post a Comment