Tuesday, 7 May 2013

HARI INI 7 MEI, DI MANA ANWAR?






Saudara Pengarang,

TERNGIANG-NGIANG lagi ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), setiap kali pemimpin berkarisma ini berceramah. "5 mei kita menang, 6 mei kita angkat sumpah dan 7 mei kita turunkan harga minyak dan mansuhkan PTPTN! (ayat terakhir ini dikeraskan supaya lebih kedengaran beraura).

Hari ini 7 Mei. Apabila BN memerintah lagi, ‘senang cakap’ kita akan menderita kerana harga minyak tidak dapat diturunkan, PTPTN tak dimansuhkan dan yang lebih menyayat hati, DSAI tidak dapat membalas dendam kepada media, terutama TV3 dan Utusan Malaysia yang akan dipanggilnya kemudian, kerana menurutnya: "mereka ini semua auta belaka!"

Letakkan diri kita sebagai pengikut fanatik Pakatan Rakyat. Hari ini dan 13 hari lagi daripada sekarang, kita tentu tidak dapat turun ‘bersuka ria’ di pekan yang diabaikan oleh BN ini, Kota Belud, kerana berasa sedih, dan alasan yang lebih afdal ialah: MALU.

Selepas dua minggu daripada sekarang, atau sekarang pun ini, kita sebagai para penyokong PR terus berkomentar bahawa PRU-13 ini penuh dengan kekejian-dakwat kekal yang tidak kekal; pengundi hantu; pasukan anggota keselamatan yang kononnya menyebelahi kerajaan dan segala-galanya yang serba salah.

Tetapi sekarang mari kita meletakkan diri sebagai orang sederhana dalam berpolitik, kemudian memasang telinga atau memasang mata ke arah Republik FB ini. Adakah ada suara bunyi tidak puas hati penyokong PR atas kemenangan Ukoh @ Jeremy Malajad @ Malazad (PKR) di N7 Kadamaian?

Secara sederhana, pilihan raya telah berjalan lancar dan sempurna. Oleh kerana sistem ini adalah hasil rangkaan manusia, maka ada yang tidak sempurna.

Logiknya, penggunaan dakwat kekal (yang sebahagiannya tidak kekal setelah dicuci) adalah mengukur sejauh mana kejujuran seseorang itu dalam menunaikan kewajiban kepada negaranya. Jika mereka tidak jujur, maka mereka boleh mengundi kembali. Tetapi sistem dalam pusat pengundian juga ada dan dilihat sistem ini saling mencukupi.

Memang benar ada kecacatcelaan dalam semua bentuk aktiviti yang dirancang oleh manusia, namun mari kita bersungguh-sungguh mengubah diri kita untuk menjadi orang yang jujur.

Saya percaya semua orang adalah jujur, kecuali mereka menghidupkan sifat-sifat dendam, dusta dan tidak menerima kenyataan dalam diri mereka.

Salah Hormat,

ISMAIL MOHD ROSLI

2 comments:

  1. Di mana Anwar?

    Dia sedang memerah otak untuk mencari akal bagi melakukan pembohongan yang seterusnya.

    Lelaki ini terbukti tidak boleh hidup dengan berbohong.

    Dan barangkali pembohongan yang berterusan itulah menjadi sebahagian daripada sebab kenapa perjuangannya tidak diberkati Allah.

    ReplyDelete
  2. dia bukan berbohong cuma tidak diberi peluang untuk mentadbir kerajaan yg mana mungkin pentadbiran beliau lebih baik daripada sekarang. kalau tengok statistik pengundi, PR lebih ramai drpd BN ttpi kenapa BN boleh menang lebih banyak kerusi dgn majoriti undi yg sedikit? pada masa yg sama pula undi rosak terlalu banyak? berapa ramai pengundi yg tidak boleh membaca?

    dan kita bersiap sedialah dari skrg, persediaan apa? EKONOMI RUMAHTANGGA! tidak dinafikan kerajaan skrg byk menabur wang utk projek itu dan ini, selain kopipesto menurunkan harga kereta berperingkat peringkat dan menaikkan brim jga secara berperingkat. ttpi adakah dinyatakan dgn jelas dlm kopipesto tersebut berapa lama memerintah baharulah harga kereta tersebut turun? 2, 3 4 atau dekat pilihanraya? berapa lama memerintah baru brim sampai ke 1200? 2 3 4 atau dekat pilihanraya?

    kerajaan akan mencanang semula bagaimana hendak mengambil apa yg telah ditabur itu dlm beberapa tahun, mgkn 2-3 tahun. apabila mendapat formula yg baik, maka baharulah semua janji akan ditunaikan. 1 drpd formula tersebut adalah naikkan ATAU bina GST (Goverment Service Tax) baharu! percaya atau tidak, kita tunggu dan lihat sahajalah! so, mulai dari skrg, mulalah mengumpul dana utk cabaran hidup yg baharu kelak!

    ReplyDelete