BERITA terkini yang diterima
petang tadi mengatakan bahawa Azmin Ali mengadakan sidang media untuk mengumumkan
perletakan jawatannya di dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Tempat tidak dinyatakan.
Mungkin atas faktor keselamatan.
Perkara ini telah disahkan
menerusi twitter milik suami Erra Fazira iaitu Engku Imran yang memberitahu
perkara tersebut.
Sebelum ini difahamkan Azmin
Ali akan membuat sidang media esok di Hotel De Palma, Ampang dekat sini
kira-kira pukul 11 pagi bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis
yang kononnya ditujukan kepada Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya
Selasa lalu.
Malah ada perkhabaran yang
mengatakan bahawa Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Khalid Gagap
dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor. Sejauh mana kebenaran berita
ini, sama-sama kita nantikan. (Empayar Pemuda)
Nampaknya PKR masih 'dihuni' oleh mereka yang gilakan pangkat & harta benda? Contohilah PAS..
ReplyDelete