CADANG....
Jeffry akan mencadangkan jawatan TPM di kalangan pemimpin BN Sabah kepada
Perdana Menteri Najib Razak terdekat ini.
Oleh : SYED KAMAL
KOTA KINABALU : Pertubuhan
Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) berkata, hanya dengan mewujudkan kuota jawatan
Timbalan Perdana Menteri (TPM) untuk Sabah, membolehkan kekuatan kerajaan
Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat sehingga bila-bila.
Presiden persatuan itu, Dato
Dr Mohd Jeffry Rosman, 38, berkata, jawatan TPM pemimpin dari Sabah amat
menepati definasi negeri ini sebagai simpanan tetap dan penyelamat kepada
kerajaan persekutuan. “Jeffry berpendapat bahawa cadangan ini amat baik dan
relevan untuk menjadikan BN memiliki status yang benar-benar kukuh,” katanya.
Memberikan butiran cadangan
itu kepada Sabahkini.net di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini,
Jeffry menjelaskan bahawa Sabah akan lebih seimbang apabila negeri yang berada di
tanah Borneo itu mempunyai pemimpin yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, dengan ada pemimpin yang menduduki
kerusi nombor dua dalam kerajaan persekutuan, dan mereka yang berasal dari
Sabah, BN memiliki perisai yang amat kuat untuk melindungi kerajaan daripada
diperlekeh oleh pemimpin pembangkang.
Menurutnya perpaduan rakyat
di negeri ini amat perkasa jika mereka mempunyai pemimpin Timbalan Perdana
Menteri (TPM).
“Saya bercakap mengenai
rasional kesamarataan kuasa dan pengaruh, dan resepi ini dicadangkan oleh
PRIBUMI’S,” katanya.
PRIBUMI’S mempunyai pengaruh
yang begitu kuat di kalangan pelbagai suku kaum yang mempunyai lebih 32 etnik
di negeri Sabah, yang merupakan orang asal negeri ini.
Menjawab satu soalan,
pemimpin berbangsa etnik Brunei, Papar itu menjelaskan bahawa persatuan itu
tidak berminat untuk menyertai politik, namun menekankan sebuah kerajaan yang
kukuh seharusnya dihormati oleh semua pihak termasuk pembangkang.
Jesteru katanya, usaha persatuan itu untuk
mencadangkan kaedah pengukuhan kerajaan, seperti mengwujudkan jawatan Timbalan
Perdana Menteri (TPM) bagi pemimpin daripada Sabah, sesuatu yang ikhlas dan
tidak berunsur politik.
“PRIBUMI’S di tanah Borneo
yang mengharapkan sebuah kerajaan yang kukuh dan tidak dicabar oleh
pembangkang,” katanya.
“Sesuatu yang kita amat
harapkan ialah sebuah kerajaan yang tidak ada pihak yang menganggu,” tambahnya
dan berkata, pemimpin-pemimpin BN perlu melihat cadangan itu dalam sudut
positif.
No comments:
Post a Comment