Saudara Pengarang,
KONGRES India Muslim
Malaysia (KIMMA) Sabah yang diterajui oleh Datuk Haji Baisul Khan Bin Salman
Faris akan terus membantu Barisan Nasional Sabah dalam usaha memperkukuh dan
memperjuangkan BN.
Parti KIMMA meliputi 70
peratus rakyat India di Sabah dan hanya 30 peratus berada dalam MIC.
Parti KIMMA di Sabah akan
membantu BN dalam membuat segala kebajikan demi kebaikan bersama.
Kami yang telah mula bergiat
aktif dalam Politik Sabah sejak beberapa bulan lalu terus akan membantu jentera
kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Musa Hj Aman.
Sepanjang kempen BN, KIMMA
Sabah begitu aktif membantu jentera BN seperti di kawasan Parlimen Sepanggar,
Parlimen Beaufort, Parlimen Kota Kinabalu, Parlimen Tuaran dan juga di
kebanyakan DUN. Tidak kurang juga, KIMMA menyampaikan maklumat melalui laman
sosial untuk mendekati golongan muda.
Kami terus berjanji kepada
seluruh rakyat Sabah bahawa perjuangan kami bukannya untuk mendapatkan kerusi
untuk bertanding. Kami tegaskan bahawa kami bukan seperti MIC (Artikel
Sabahkini) yang mengatakan bahawa mereka menginginkan bertanding di Sabah dan
juga menginginkan Jawatan penting seperti Senator.
Akan tetapi, KIMMA adalah
semata- mata untuk membantu Datuk Seri Musa Hj Aman terus memperkuatkan
pimpinan mereka di sini di samping mempertahankan agama Islam dan mengutamakan
kebajikan.
Selesai kehangatan PRU 13,
KIMMA akan mengadakan satu mesyuarat penting di mana kami akan bersama-sama
berikar akan menggandakan usaha kami dalam membuat kebajikan dan menarik
sokongan rakyat terhadap kerajaan sebaik mungkin; walaupun MIC Sabah masih
belum bersedia menerima perjuangan KIMMA,
yang akan merugikan Barisan Nasional.
Masyarakat India di Sabah lebih
ramai orang Islam yang rata-ratanya menyokong KIMMA dan berada di seluruh
negeri Sabah. MIC harus sedar dan sanggup menerima KIMMA di Sabah kerana
kekuatan kami lebih daripada MIC yang hanya bertumpu di beberapa kawasan tanpa
ahli yang ramai.
Untuk kepentingan BN, kami
bersiap sedia mendengar segala arahan daripada pimpinan BN supaya transformasi
BN dapat dilaksanakan. Kami bersedia berkerjasama dengan MIC.
Namun, sediakah MIC berkerja
sama dengan kami? Kerajaan UMNO pimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman juga harus
menyedari usaha dan ikhlas kami dalam membantu mereka memperjuangkan BN dan
bukannya termakan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab
yang cuba menjatuhkan KIMMA.
Usaha dan kerja keras kami
kepada parti BN harus diterima baik. KIMMA bukannya parti komponen. KIMMA dalam
UMNO. Perdana Menteri dalam Perhimpunan KIMMA mengatakan bahawa ‘kita dalam
satu kapal’. Maka kami berharap, UMNO Sabah juga turut membawa kami dalam kapal
tersebut selagi perjuangan kita sama.
Sebelum KIMMA masuk ke
Sabah, India Muslim bernaung di bawah MIC. Namun, MIC gagal mempertahankan dan
memperjuangkan kepentingan kaum India serta tidak mengadakan sebarang aktiviti
yang boleh menarik minat masyarakat tempatan.
MIC juga pada masa itu gagal
mengadakan sebarang program kebajikan demi negeri tercinta ini. Pada masa itu,
India Muslim terus menaruh kepercayaan pada Dewan Perniagaan dan Perindustrian
yang terbukti mengadakan lebih banyak program bersama rakyat tempatan walaupun
kami parti yang agak miskin dan tidak pernah mendapat sebarang peruntukan.
Hasil usaha berkat dan kerja
keras, maka kami telah menerima Parti KIMMA. Kini semua India Muslim Sabah
bersyukur kerana dapat keluar daripada MIC Sabah yang terus leka di kala
politik Malaysia terus dilanda Tsunami. Lebih lebih lagi, KIMMA juga lebih
memperjuangkan agama Islam dan berada dalam satu kapal bersama UMNO.
KIMMA Sabah melalui Presiden
KIMMA Malaysia juga merancang mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri; membincangkan
masalah yang dihadapi KIMMA Sabah dalam usaha memperbaiki KIMMA Sabah agar dapat
melaksanakan perkara yang dirancang.
Janji Perdana Menteri yang
juga tidak akan melupakan masyarakat India Muslim akan terus dikenang dan
dibalas dengan sokongan yang tidak berbelah bagi. Bukan jawatan atau duit yang kami
kejar.
70 peratus kaum India Muslim
Sabah di bawah KIMMA bersiap sedia untuk berkhidmat kepada Negeri tercinta ini.
Perjuangan KIMMA agak berbeza dengan perjungan MIC kerana kami rata-rata
mempertahankan hak hak Islam di Sabah.
Misalnya, kami mempunyai
beberapa Madrasah yang mengajar ilmu agama secara percuma kepada orang
tempatan. MIC mungkin lebih kepada Kaum India Hindu. Walaupun terdapat beberapa
orang India Muslim bersama mereka kerana faktor Parti tersebut yang kononya
mendapat sokongan khas daripada Ketua Menteri Sabah.
LENGKAP....Bilik
Gerakan KIMMA Sabah sempena PRU 13 yang lalu.
Apa yang KIMMA sedar ialah,
Ketua Parti BN adalah adil kepada semua komponen parti mereka dan tidak berpihak kepada mana-mana parti sekalipun.
KIMMA Sabah sudah bersiap
sedia mengharungi cabaran yang ada di hadapan demi kebaikan bersama. Kami yakin
Pimpinan Datuk Musa akan memberikan sokongan dan penghargaan pada perjuangan
kami.
Kami telah mula bergiat
aktif, perjuangan kami melalui Presiden KIMMA Sabah, seorang bekas guru yang
begitu berjasa kepada negeri Sabah tidak
pernah kenal erti penat dan bermotivasi tinggi serta bersemangat dan daya juang
yang tinggi memperjuangkan parti serta membantu rakyat Sabah dalam bersama-sama
membangunkan negeri Sabah.
Parti KIMMA Sabah mempunyai 3 sayap iaitu Pemuda, Wanita dan
Puteri. Ketua Pemuda KIMMA Sabah merupakan keturunan India Muslim yang begitu
komited mendekati golongan muda terutama melalui sumber laman sosial dan
blogger, Ketua Wanita merupakan Isteri kepada India Muslim yang berbangsa
bumiputera Dusun.
Beliau begitu bersemangat
dalam memastikan KIMMA menggerakan sayap tersebut secara aktif walaupun
bukannya berketurunan India. Ketua Puteri pula merupakan seorang keturunan India Muslim Sabah yang sentiasa komited dan mempertahankan hak
hak rakyat.
PERKASA....Sebahagia
Wanita dan Puteri KIMMA Sabah Bahagian Beaufort.
KIMMA Sabah juga wujud di peringkat cawangan seperti Kota
Kinabalu, Inanam dan Sandakan. Kami dalam usaha menambah beberapa cawangan lagi
bagi melincinkan urusan kami seperti di Beaufort, Penampang, Tawau dan Papar.
Kami juga akan cuba membuka cawangan kami di Lahad Datu pada masa akan datang.
Hasil semua gabungan ini,
KIMMA telah menjadi sebuah parti yang kuat dan bersiap sedia berkhidmat kepada
rakyat demi agama dan negara tercinta.
Usaha kami adalah satu,
dalam memastikan Barisan Nasional terus memerintah dan menegur mereka melalui
cara yang baik apabila tidak disenangi oleh rakyat.
Tidak perlu kerusi, tidak
perlu jawatan, tidak perlu pengaruh. Kami di KIMMA bersedia tunjukkan kepada
rakyat Sabah bahawa kami benar- benar Ikhlas membantu BN dengan mengunakan
segala tenaga yang kami miliki.
BENTANG....Ketua
Puteri Sabah sedang membentangkan masalah rakyat di Mesyuarat KIMMA.
Oleh itu, kami berharap
semua India Muslim di Sabah terus menyokong kuat KIMMA agar kita dapat membantu
kerajaan BN dalam semua hal di samping memperbanyakkan program kemasyarakatan. Kami
juga mengharapkan kerjasama daripada semua parti komponen supaya kami boleh
terus berkhidmat demi kepentingan agama dan negara.
Dikesempatan ini, KIMMA
Sabah memaklumkan bahawa kami dalam usaha membina sebuah masjid di kawasan
sekitar Inanam atau Kota Kinabalu. Kami telah mengumpulkan sejumlah RM 500,000
daripada para peniaga India Muslim untuk membina Masjid tersebut.
Begitu juga, kami sedang
mengusahakan untuk menambah bilangan Madrasah dan dalam usaha mewujudkan
beberapa pusat tuisyen dan makmal Komputer.
Sesiapa yang ingin membantu
usaha murni kami, bolehlah menghubungi pejabat KIMMA Sabah di Inanam Business
Centre, berhadapan Terminal Bas Inanam.
Salam Hormat,
KETUA PEMUDA KIMMA SABAH
No comments:
Post a Comment