Wednesday 2 May 2012

AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974 BATAL?


KOTA KINABALU: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan sokongan dan pendiriannya terhadap kenyataan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) yang merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang memperuntukkan semua hak petroleum kepada Petronas yang bertentangan dengan perlembagaan negara.

Ketuanya, Lahirul Latigu menegaskan bahawa, perjanjian pemilikan hak petroleum tersebut adalah tidak sah sekiranya melibatkan persekutuan sedangkan pemutusan dan kelulusan adalah di bawah tanggungjawab Dewan Undangan Negeri.

“Atas akta dan sebab apa perjanjian ini diluluskan? Sedangkan kalau mahu dikira Perjanjian Malaysia 1963, Sabah mempunyai peruntukan tersendiri untuk memutuskan kuasa dasarnya petroleumnya,” ujar beliau.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Isu Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran, Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA), Sukumaran Vanugopal dalam sebuah akhbar tempatan Daily Express, 2 Mei kelmarin.

Dalam kenyataan tersebut, Sukumaran menyatakan bahawa isu tanah dan dasar laut merupakan soal negeri dan hanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang boleh memutuskan mengenai hak dan pemilikan tersebut.

Menurut Lahirul, Pemuda PAS bertegas meminta pihak SLA agar mempertahankan dasar dan peruntukkan ini yang sudah diselaraskan dengan mengambil kira pelbagai factor termasuk dasar Perjanjian Malaysia 1963.

“Kita (PAS) mahu pihak SLA supaya mengambil pendirian tegas dengan mempertahankan bidang kuasa yang sudah diperuntukkan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Kenapa perlu ada pertikaian lagi jika semuanya sudah termaktub dan tersedia dalam perjanjian? Kenapa ingkar dan memungkiri segala perjanjian yang sudah dibuat? Ini sudah melanggar akta dan boleh diklasifikasikan sebagai menghina rakyat Sabah,” tegas Lahirul lagi.

Pemuda PAS juga katanya, akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya badan tersebut gagal menunjukkan minat dan kesungguhan dalam mempertahankan hak rakyat Sabah termasuk isu petroleum dan semua hasil yang sepatutnya dimiliki oleh negeri.

“Kita (PAS) berpendirian tegas, sekiranya pihak SLA gagal menunjukkan ketegasan mereka dalam mempertahankan hak Sabah, maka saya kira Pemuda PAS bersedia mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.

“Hasrat dan impian kita adalah, mahu mengembalikan dan meletakkan semua maruah dan martabat negeri ini ditempat yang sebetulnya,” jelasnya.  

11 comments:

  1. Hormat apa yang termaktub dalam perjanjian. Hak rakyat Sabah perlu dipertahankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah harus mendapat apa yang sepatutnya dari hasil petroleum nagara. Sabah antara pengeluar minyak utama negara.

      Delete
  2. Semak semula akta petroleum tu. mungkin tidak sesuai/relevan lagi dengan keadaan semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope that the Petroleum Act will be reviewed to make sure that it is still relevant to the current times.

      Delete
  3. Kadar loyalti tiba masa untuk dikaji dan dipertingkatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga perlu dikaji untuk melihat sejauh mana releven untuk masa sekarang

      Delete
  4. Kerajaan negeri harus menuntut yang berpatutan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. I think PAS should go and focus on the problems faced in their own states especially Kelantan where there is still land problems as well as the 22 point agreement for the locals.

    ReplyDelete
  6. Apa pun berikanlah peluang kepada penduduk Sabah untuk mencaburi diri dalam indusrty minyak dan gas ini.

    ReplyDelete
  7. Akta yang diperuntukan untuk Sabah mesti dipatuhi.

    ReplyDelete
  8. baik Lahirul minta nasihat dari peguam2 yang arif dengan isu ini sebelum buat kenyataan.. biasanya pandangan ahli2 politik berkenaan dengan akta sentiasa berat sebelah atau tidak tepat..

    ReplyDelete