KOTA
KINABALU: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan sokongan dan pendiriannya
terhadap kenyataan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) yang merujuk kepada Akta
Pembangunan Petroleum 1974 yang memperuntukkan semua hak petroleum kepada
Petronas yang bertentangan dengan perlembagaan negara.
Ketuanya,
Lahirul Latigu menegaskan bahawa, perjanjian pemilikan hak petroleum tersebut
adalah tidak sah sekiranya melibatkan persekutuan sedangkan pemutusan dan
kelulusan adalah di bawah tanggungjawab Dewan Undangan Negeri.
“Atas
akta dan sebab apa perjanjian ini diluluskan? Sedangkan kalau mahu dikira
Perjanjian Malaysia 1963, Sabah mempunyai peruntukan tersendiri untuk
memutuskan kuasa dasarnya petroleumnya,” ujar beliau.
Beliau
diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Isu
Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran, Persatuan Undang-Undang Sabah
(SLA), Sukumaran Vanugopal dalam sebuah akhbar tempatan Daily Express, 2 Mei
kelmarin.
Dalam
kenyataan tersebut, Sukumaran menyatakan bahawa isu tanah dan dasar laut
merupakan soal negeri dan hanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang boleh
memutuskan mengenai hak dan pemilikan tersebut.
Menurut
Lahirul, Pemuda PAS bertegas meminta pihak SLA agar mempertahankan dasar dan
peruntukkan ini yang sudah diselaraskan dengan mengambil kira pelbagai factor
termasuk dasar Perjanjian Malaysia 1963.
“Kita
(PAS) mahu pihak SLA supaya mengambil pendirian tegas dengan mempertahankan
bidang kuasa yang sudah diperuntukkan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah.
“Kenapa
perlu ada pertikaian lagi jika semuanya sudah termaktub dan tersedia dalam
perjanjian? Kenapa ingkar dan memungkiri segala perjanjian yang sudah dibuat?
Ini sudah melanggar akta dan boleh diklasifikasikan sebagai menghina rakyat
Sabah,” tegas Lahirul lagi.
Pemuda
PAS juga katanya, akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya badan tersebut
gagal menunjukkan minat dan kesungguhan dalam mempertahankan hak rakyat Sabah
termasuk isu petroleum dan semua hasil yang sepatutnya dimiliki oleh negeri.
“Kita
(PAS) berpendirian tegas, sekiranya pihak SLA gagal menunjukkan ketegasan
mereka dalam mempertahankan hak Sabah, maka saya kira Pemuda PAS bersedia
mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.
“Hasrat
dan impian kita adalah, mahu mengembalikan dan meletakkan semua maruah dan
martabat negeri ini ditempat yang sebetulnya,” jelasnya.
Hormat apa yang termaktub dalam perjanjian. Hak rakyat Sabah perlu dipertahankan.
ReplyDeleteSabah harus mendapat apa yang sepatutnya dari hasil petroleum nagara. Sabah antara pengeluar minyak utama negara.
DeleteSemak semula akta petroleum tu. mungkin tidak sesuai/relevan lagi dengan keadaan semasa.
ReplyDeleteHope that the Petroleum Act will be reviewed to make sure that it is still relevant to the current times.
DeleteKadar loyalti tiba masa untuk dikaji dan dipertingkatkan.
ReplyDeleteMungkin juga perlu dikaji untuk melihat sejauh mana releven untuk masa sekarang
DeleteKerajaan negeri harus menuntut yang berpatutan untuk rakyat.
ReplyDeleteI think PAS should go and focus on the problems faced in their own states especially Kelantan where there is still land problems as well as the 22 point agreement for the locals.
ReplyDeleteApa pun berikanlah peluang kepada penduduk Sabah untuk mencaburi diri dalam indusrty minyak dan gas ini.
ReplyDeleteAkta yang diperuntukan untuk Sabah mesti dipatuhi.
ReplyDeletebaik Lahirul minta nasihat dari peguam2 yang arif dengan isu ini sebelum buat kenyataan.. biasanya pandangan ahli2 politik berkenaan dengan akta sentiasa berat sebelah atau tidak tepat..
ReplyDelete