Thursday 10 May 2012

KEMUDAHAN OKU DI BANGUNAN STANDARD




Oleh : NIK JASNI CHE JAAFAR

KOTA KINABALU: Semua bangunan lama dan baru mesti menyediakan kemudahan yang mesra pengunjung, terutamanya untuk golongan orang kelainan upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata semua bangunan di negeri ini seharusnya lebih mesra pengguna.

“Segala kemudahan ini adalah bagi memastikan OKU dapat berurusan dengan lebih mudah dan selesa. Dalam Akta Orang Kurang Upaya sendiri telah menetapkan bahawa semua bangunan mestilah dibuat mengikut peraturan pelan sejagat,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kemudahan Akses OKU di Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau meminta semua kementerian, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan usaha ini.

Tambahan pula, katanya, pihak terbabit telah terlibat dalam bengkel yang diadakan pada 2008 dan 2009 bagi memastikan semua pelan bangunan baru yang diluluskan memenuhi keperluan OKU.

“Di pihak kerajaan, kita akan mulakan dengan bangunan kerajaan dan kemudian melibatkan bangunan persendirian. Pada saya, mereka perlu juga melibatkan diri jika mahu bangunan mereka dikunjungi semua orang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian mempunyai pasukan audit mereka sendiri melibatkan golongan OKU bagi menilai kemudahan yang disediakan agar mengikut standard yang ditetapkan.

“Jadi, kita tidak perlu bimbang kerana yang membuat penilaian adalah terdiri daripada golongan terlibat,”katanya.

Menurutnya, kemudahan di salah satu bangunan lama itu adalah yang pertama di negeri ini.

Azizah berkata, pemilihan bangunan itu adalah kerana bangunan terbabit menempatkan empat kementerian, termasuk kementeriannya sendiri.

Katanya, kerajaan telah memperuntukkan RM200 ribu untuk projek penyediaan kemudahan di bangunan terbabit meliput lif, pintu automatik dan tandas untuk OKU.

Kerajaan juga, katanya, merancang untuk menyediakan lif yang dilengkapi alat sistesis suara bagi kemudahan OKU penglihatan.

Selain itu, tambahnya, kemudahan lantai yang sesuai (tactile) untuk OKU penglihatan juga akan disediakan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata terdapat 18,780 OKU di Sabah sehingga Disember tahun lalu.

Kerajaan, katanya, menyediakan pelbagai bantuan untuk golongan ini seperti Elaun Pekerja Cacat, Skim Bantuan OKU Tidak Bekerja, Skim Bantuan OKU&Pesakit Kronik Terlantar dan Bantuan Galakan Perniagaan.

Tambahnya, penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi OKU juga selaras dengan Dasar OKU dan Pelan Tindakan Nasional OKU  iaitu ke arah pembangunan dan penggalakan penyertaan penuh OKU dalam masyarakat.

Bagi Sabah, katanya, pelbagai usaha turut dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (BDKK)

“Ketika ini, kemudahan akses bagi OKU memang tersedia di bangunan kerajaan seperti perpustakaan negeri, institusi-institusi kebajikan, Wisma Wanita, hospital dan bangunan kerajaan persekutuan,” katanya. (UB)

20 comments:

  1. Kerajaan tidak meminggirkan nasib golongan OKU. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan OKU juga harus diberi perhatian

      Delete
  2. ya.. kemudahan untuk OKU perlu ada, golongan OKU jga harus kita beri perhatian.

    ReplyDelete
  3. Good job from the government to improve the familiarities for the OKU's.

    ReplyDelete
  4. Diharap dengan adanya kemudahan ini akan memudahkan golongan OKU untuk bergerak dan berurusan.

    ReplyDelete
  5. Semua itu tidak dinafikan lagi. Kerajaan telah berusaha untuk membantu OKU ini. Kita dapat lihat sekarang bas stop baru yang dibuat ada khas untuk OKU dapat sampai ke tempat bas stop tersebut..

    ReplyDelete
  6. Bangunan yang mesra pengguna adalah bangunan yang prihatin kepada setiap lapisan dan golongan pengguna.

    ReplyDelete
  7. inilah buktinya bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan kurang upaya.. malah kementerian mempunyai golongan audit sendiri dikalangan OKU..

    ReplyDelete
  8. The appointment of persons with disabilities (OKU) as members of the planning and development committee of local authorities in the country would bring about three major positive impacts.

    ReplyDelete
  9. President of Malaysia Confederation of the Disabled, Datuk Mah Hassan Omar said the first impact would be an increase in the facilities for the OKU in the country.

    ReplyDelete
  10. Public facilities will have more OKU-friendly features that can be enjoyed by the OKU as part of their rights as citizens of Malaysia.

    ReplyDelete
  11. The Women, Family and Community Development Ministry had given the green light to the ministry’s proposal to have OKU appointed as members of the committee.

    ReplyDelete
  12. Mah Hassan, who is also blind, said the increase in the facilities would not only benefit the OKU, but also children and senior citizens alike, as they would be able to make optimum use of public transportation like buses and light rail-transit (LRT).

    ReplyDelete
  13. Some people say only OKU will benefit from these facilities, but if normal people were to meet with accidents, have to use a wheelchair and become an OKU temporarily, they will also benefit from these facilities.

    ReplyDelete
  14. Apart from that, Expectant mothers will also benefit from these facilities.

    ReplyDelete
  15. With the allocation budget to build OKU facilities, it is not only for the OKU, but for all the people in the country.

    ReplyDelete
  16. Mah Hassan said the second impact would be an increase in the local authorities’ understandings about the problems faced by the OKU as those appointed to join the committee would be the voices of the OKU.

    ReplyDelete
  17. The third impact is to change the role played by OKU from being recipients of government aid to contributors of social development, he said.

    ReplyDelete
  18. Many people still think that there’s not much that an OKU can do. It is wrong. The OKU are still capable of serving the country and the people, provided that a chance is given to them.

    ReplyDelete