Oleh : NIK JASNI CHE JAAFAR
KOTA KINABALU: Semua
bangunan lama dan baru mesti menyediakan kemudahan yang mesra pengunjung,
terutamanya untuk golongan orang kelainan upaya (OKU).
Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata semua bangunan
di negeri ini seharusnya lebih mesra pengguna.
“Segala kemudahan ini adalah
bagi memastikan OKU dapat berurusan dengan lebih mudah dan selesa. Dalam Akta
Orang Kurang Upaya sendiri telah menetapkan bahawa semua bangunan mestilah
dibuat mengikut peraturan pelan sejagat,” katanya
Beliau berkata demikian
kepada media selepas merasmikan Kemudahan Akses OKU di Wisma Tun Fuad Stephens,
Karamunsing, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau
meminta semua kementerian, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya
memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan usaha ini.
Tambahan pula, katanya,
pihak terbabit telah terlibat dalam bengkel yang diadakan pada 2008 dan 2009
bagi memastikan semua pelan bangunan baru yang diluluskan memenuhi keperluan
OKU.
“Di pihak kerajaan, kita
akan mulakan dengan bangunan kerajaan dan kemudian melibatkan bangunan
persendirian. Pada saya, mereka perlu juga melibatkan diri jika mahu bangunan
mereka dikunjungi semua orang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau
berkata kementerian mempunyai pasukan audit mereka sendiri melibatkan golongan
OKU bagi menilai kemudahan yang disediakan agar mengikut standard yang
ditetapkan.
“Jadi, kita tidak perlu
bimbang kerana yang membuat penilaian adalah terdiri daripada golongan
terlibat,”katanya.
Menurutnya, kemudahan di
salah satu bangunan lama itu adalah yang pertama di negeri ini.
Azizah berkata, pemilihan
bangunan itu adalah kerana bangunan terbabit menempatkan empat kementerian,
termasuk kementeriannya sendiri.
Katanya, kerajaan telah
memperuntukkan RM200 ribu untuk projek penyediaan kemudahan di bangunan
terbabit meliput lif, pintu automatik dan tandas untuk OKU.
Kerajaan juga, katanya,
merancang untuk menyediakan lif yang dilengkapi alat sistesis suara bagi
kemudahan OKU penglihatan.
Selain itu, tambahnya,
kemudahan lantai yang sesuai (tactile) untuk OKU penglihatan juga akan
disediakan.
Terdahulu dalam ucapannya,
beliau berkata terdapat 18,780 OKU di Sabah sehingga Disember tahun lalu.
Kerajaan, katanya,
menyediakan pelbagai bantuan untuk golongan ini seperti Elaun Pekerja Cacat,
Skim Bantuan OKU Tidak Bekerja, Skim Bantuan OKU&Pesakit Kronik Terlantar
dan Bantuan Galakan Perniagaan.
Tambahnya, penubuhan Majlis
Kebangsaan Bagi OKU juga selaras dengan Dasar OKU dan Pelan Tindakan Nasional
OKU iaitu ke arah pembangunan dan
penggalakan penyertaan penuh OKU dalam masyarakat.
Bagi Sabah, katanya,
pelbagai usaha turut dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (BDKK)
“Ketika ini, kemudahan akses
bagi OKU memang tersedia di bangunan kerajaan seperti perpustakaan negeri,
institusi-institusi kebajikan, Wisma Wanita, hospital dan bangunan kerajaan
persekutuan,” katanya. (UB)
Kerajaan tidak meminggirkan nasib golongan OKU. Tahniah!
ReplyDeleteGolongan OKU juga harus diberi perhatian
Deleteya.. kemudahan untuk OKU perlu ada, golongan OKU jga harus kita beri perhatian.
ReplyDeleteTheir needs should never be neglected.
DeleteGood job from the government to improve the familiarities for the OKU's.
ReplyDeleteDiharap dengan adanya kemudahan ini akan memudahkan golongan OKU untuk bergerak dan berurusan.
ReplyDeleteSemua itu tidak dinafikan lagi. Kerajaan telah berusaha untuk membantu OKU ini. Kita dapat lihat sekarang bas stop baru yang dibuat ada khas untuk OKU dapat sampai ke tempat bas stop tersebut..
ReplyDeleteBangunan yang mesra pengguna adalah bangunan yang prihatin kepada setiap lapisan dan golongan pengguna.
ReplyDeleteinilah buktinya bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan kurang upaya.. malah kementerian mempunyai golongan audit sendiri dikalangan OKU..
ReplyDeleteThe appointment of persons with disabilities (OKU) as members of the planning and development committee of local authorities in the country would bring about three major positive impacts.
ReplyDeletePresident of Malaysia Confederation of the Disabled, Datuk Mah Hassan Omar said the first impact would be an increase in the facilities for the OKU in the country.
ReplyDeletePublic facilities will have more OKU-friendly features that can be enjoyed by the OKU as part of their rights as citizens of Malaysia.
ReplyDeleteThe Women, Family and Community Development Ministry had given the green light to the ministry’s proposal to have OKU appointed as members of the committee.
ReplyDeleteMah Hassan, who is also blind, said the increase in the facilities would not only benefit the OKU, but also children and senior citizens alike, as they would be able to make optimum use of public transportation like buses and light rail-transit (LRT).
ReplyDeleteSome people say only OKU will benefit from these facilities, but if normal people were to meet with accidents, have to use a wheelchair and become an OKU temporarily, they will also benefit from these facilities.
ReplyDeleteApart from that, Expectant mothers will also benefit from these facilities.
ReplyDeleteWith the allocation budget to build OKU facilities, it is not only for the OKU, but for all the people in the country.
ReplyDeleteMah Hassan said the second impact would be an increase in the local authorities’ understandings about the problems faced by the OKU as those appointed to join the committee would be the voices of the OKU.
ReplyDeleteThe third impact is to change the role played by OKU from being recipients of government aid to contributors of social development, he said.
ReplyDeleteMany people still think that there’s not much that an OKU can do. It is wrong. The OKU are still capable of serving the country and the people, provided that a chance is given to them.
ReplyDelete