Monday 7 May 2012

BAISULKHAN DAN DPPIMS LINDUNGI PENJENAYAH?




Saudara Pengarang,

TERLEBIH dahulu, saya, Nuriffah Izzati yang merupakan Bekas Pembantu Kerani Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) selama beberapa tahun. Sekarang saya bekerja sebagai kerani di AutoStore Sdn Bhd.

Saya terpanggil untuk menulis laporan ini setelah membaca pendedahan berani Mohd Kasim Bin Jali yang bertajuk 'Mustaffa Dan Batcha, Penjenayah Di Sabah?' yang saya kira benar sekali.

Manakala penafian yang menyangkal tuduhan tersebut yang bertajuk 'Fitnah Terhadap Madrasah Al-Hidayah' adalah penipuan terancang kelompok tersebut untuk menegakkan benang yang basah.

Saya mengetahui banyak rahsia ahli dalam persatuan ini. Saya telah dibuang kerja kerana menegur seorang Ustaz dalam Madrasah Al Hidayah yang memungut yuran dan derma daripada ahli dan orang ramai tanpa mengeluarkan resit dan mengubahsuai jumlah dalam resit sesuka hati.

Perkara ini telah saya dilaporkan kepada Presiden DPPIMS, Datuk Baisulkhan Salman Faris; namun lain pula yang terjadi kepada saya. Saya telah difitnah dengan jahat oleh mereka sehingga saya dibuang kerja tanpa sebarang usul periksa.

Oleh kerana saya seorang yang rapat dengan mereka ini maka saya mempunyai maklumat yang luas tentang mereka ini.

Saya diberitahu oleh seorang rakan tentang tersiarnya jenayah yang dilakukan oleh Mustaffa dan Batcha di Sabahkini.net. Saya lantas membacanya dan menyatakan sokongan terhadap Mohd Kasim melalui e-mailnya. Saya tindak ingin menambah banyak maklumat tentang jenayah yang mereka lakukan, namun saya ingin mengulas panjang lebar tentang artikel yang bertajuk 'Fitnah Terhadap Madrasah Al-Hidayah' kerana artikel ini lari dari topik yang dibincangkan oleh Mohd Kasim.

Siapakah sebenarnya Ustaz Mohaidin Alim dan Ustaz Serbudin?

Mereka ialah ustaz biasa yang tiada kelulusan besar yang di bawa khas daripada kampung Mustaffa dan Batcha di India. Mereka datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Khas untuk mengajar di Madrasah berkenaan yang telah mendapat kelulusan daripada Muis dan Jheains.

Mereka diberikan gaji dua kali lebih besar daripada guru agama di sekolah formal. Mereka hanya perlu mengajar membaca Al-quran sejam sehari selepas solat Isyak di Madrasah berkenaan. Akitiviti lain dalam madrasah yang dikendalikan oleh mereka ini akan diberikan ganjaran yang lain.

Namun apa yang berlaku setelah mereka telah sampai di Malaysia? Ustaz-Ustaz 'Keling' ini telah menjadi agen memungut derma untuk memberi kemewahan kepada kaum kerabat  iaitu dua orang Bendahari Gergasi di Madrasah ini iaitu Mustaffa dan Batcha.

Ustaz-Ustaz asing ini datang ke Malaysia dan berpura pura menjadi alim dan melakukan jenayah di negara tercinta ini. Apa yang mereka lakukan?. Saya telah banyak kali menegur Ustaz-Ustaz ini, malah melaporkan jenayah yang dilakukan oleh mereka kepada DPPIMS.

Malangnya, Datuk Baisulkan dan semua Majlis Tertinggi tidak mempercayainya kerana bangsa India terkenal dengan sikap saling bantu membantu untuk menyelamatkan bangsa mereka, sekalipun orang yang diselamatkan itu seorang penjenayah.

Saya telah memberikan amaran keras kepada Ustaz-Ustaz ini supaya jangan cuba mengunakan jalan yang salah untuk mengaut keuntungan dan menindas orang ramai di negara kami.

Wahai Baisulkhan dan MT DPPIMS, iaitu PATI yang diberi kerakyatan oleh Harris Salleh dan Mamak Mahathir Ali Kutty? Siapa kamu untuk menyangkal bahawa Mustaffa dan Batcha tidak bersalah? Siapa kamu untuk memberikan sokongan kepada mereka ini? Kamu hanya warga asing yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Kamu tiada hak untuk memberikan sokongan kepada mana-mana individu di negara ini.

Saya sama sekali tidak yakin artikel 'Fitnah Terhadap Madrasah Al-Hidayah' berkenaan ditulis oleh Ustaz asing ini. Saya tidak rela mempercayainya. Tentu sekali artikel ini ditulis oleh Mustaffa dan Batcha. Ustaz asing ini yang tidak pandai bertutur Bahasa Melayu boleh menulis surat sebegini rupa?

Ustaz Serbudin dan Mohaidin, kamu boleh dihantar balik ke negara kamu jika banyak memberikan kesan buruk kepada kami. Kamu jangan ingat masa itu Mustaffa dan Batcha mampu menyelamatkan kamu lagi.

Saya pohon seribu kali pohon, wahai rakyat Malaysia, mari kita mendesak supaya dua ustaz ini di hantar balik ke India. Jangan biarkan mereka ini terus membuat banyak wang haram di negara kita dengan jalan sebegitu kotor. Lebih baik pihak madrasah mengambil ustaz daripada Indonesia atau Malaysia kerana mereka lebih baik dan sesuai.

Fakta yang sendiri diberikan oleh suspek tersebut bahawa madrasah ini mempunyai rata-rata 100 peratus pelajar tempatan, jadi buat apa ambil Ustaz-Ustaz yang tidak fasih berbahasa Melayu dan mempunyai ciri bacaan Al Quran yang berbeza dengan negara kita?

Bukankah lebih baik kita utamakan Ustaz tempatan kita yang sangat ramai buat masa ini. Alangkah indahnya madrasah ini apabila dinaung oleh Ustaz tempatan yang dikira lebih sesuai dan layak. Saya akan terus mendesak pihak Madrasah, polis dan kerajaan; khususnya Jabatan Imigresen agar menghantar balik Ustaz- Ustaz ini ke negara asal mereka dengan menggantung visa mereka dan menutup semua ruang mereka kembali ke Malaysia; walaupun dengan Visa melancong, Visa kerja mahupun visa lain.

Kenapa saya sangat membenci Ustaz-Ustaz ini?

Saya bersumpah dengan nama Allah Azzawajalla, Wallahi, Qabillahi, Watallahi bahawa saya tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Ustaz-Ustaz ini. Cuma, saya tidak tahan melihat mereka terus menipu sedangkan mereka ini bergelar Ustaz. Mereka seolah-olah terpaksa bekerja untuk Mustaffa dan Batcha. Ustaz apa sebegitu rupa? Saya tidak pernah lihat Ustaz sebegini ini lagi di mana-mana pun. Saya rasa mereka ini 'Ustaz Penipu' dan pakar dalam mengelapkan wang. Mereka ini Ustaz yang pakar merompak wang derma dan saya rasa mereka ini Ustaz yang menjadi hamba abdi kepada penjenayah yang menjual agama.

Ustaz berkerja di Madrasah atau di Restoran/Kedai Runcit?

Ustaz-Ustaz ini di siang hari berkerja di restoran dan kedai Runcit. Mereka menjaga kaunter dan menjalankan perniagaan mereka sendiri. Di mana pihak berkuasa? Mengapa tidak menangkap mereka ini sahaja?

Ustaz, jangan cabar saya menyiarkan gambar kamu di kaunter kedai. Saya ada bukti kamu menjaga kedai di beberapa tempat. Antaranya sebuah kedai runcit di Kepayan dan sebuah kedai makan India di Damai dan sebuah lagi di Putatan dan  sebagainya.

Jika ini dikatakan fitnah, kamu cabar saya untuk siarkan gambar tersebut? Saya juga mencabar Mustaffa dan Batcha yang membantu Ustaz-Ustaz ini untuk membantah kenyatan saya ini dan mengatakan ianya berupa fitnah sama sekali.

Kalau kamu Ustaz yang jujur, cabar dan terus cabar saya jika kamu berani. Tapi jangan lupa, saya ada gambar sebanyak 13 keping kegiatan haram Ustaz-Ustaz ini yang dirakam sepajang 8 bulan lalu.

Sekarang saya mencabar pihak dewan untuk menyaman saya! Tapi ingat, banyak lagi kes-kes yang bakal terdedah selepas itu. Saya ingin kamu sendiri membantu saya menjadikan kes ini lebih besar dan seterusnya memihak kepada saya.

Ingat, tidak semua penegak keadilan di Malaysia kamu boleh beli. Kamu pasti akan merasainya kesannya nanti. Ini bukan ugutan, tetapi ingatan agar jangan mencabar dan menyangkal dengan fakta tipu dan rapuh kamu.

Apakah kesalahan lain yang di buat oleh Ustaz-Ustaz ini?

Saya sekali lagi dengan keras memberikan masa kepada pihak DPPIMS untuk menghantar balik dua Ustaz ini secepat mungkin sebelum saya mendedahkan gambar-gambar dan bukti yang memalukan DPPIMS dan madrasah yang dipimpin oleh Baisulkhan Salman Faris.

Banyak kesan buruk akan menimpa organisasi kamu jika saya dedahkan semuanya. Harap organisasi dewan akan disusun dengan baik selepas ini supaya tiada siapa yang berkuasa secara mutlak.

Dua Orang Ustaz ini secara berkongsi telah menyewa sebuah kedai yang bernama Restoran Rashid Curry House di Putatan berhampiran Restoran Sinar Mustika dan Inti Colleage. Mereka menyewa daripada Rashid yang kini menjalankan kedai menjual alat eletrik di Putatan. Beliau kemudian mengambil balik kedai tersebut apabila mengetahui kegiatan haram mereka.

Rashid telah melaporkan perbuatan keji dan memalukan Ustaz-Ustaz ini kepada Timbalan Mufti Sabah. Tidak percaya, ini bukan fitnah, pembaca boleh terus berjumpa dengan Rashid di Putatan untuk mendapatkan kebenaran ini. Beliau sentiasa jujur dan amanah dan berpegang teguh pada agama.

Ustaz-Ustaz itu kini telah membuka sebuah kedai sendiri di Pekan Putatan. Kalau berani, minta ustaz itu nafikan tuduhan saya kerana saya ada visual gambar sebagai bahan bukti kukuh. Saya tidak paham dengan gaji mereka yang sebegitu, bagaimana mereka boleh membuka kedai yang memerlukan kos yang tinggi.

Tentu ini hasil haram yang dikautnya bersama kroni-kroni beliau. Bagaimana pula dengan visa beliau yang khas untuk bekerja di Madrasah boleh diguna untuk keluar memungut duit, membuka perniagaan dan berani menerbitkan artikel menyangkal seperti ini?

Siapa bagi dia permit buat sebegitu? Sudah tentu Mustaffa dan Batcha. Saya harap Pengarah Imigresen, Mohd Mentek, rakyat Sabah Pertama yang menjadi Pengarah Imigresen dapat menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka ini. Tangkap dan hantar mereka balik ke negara asal mereka.

Saya akan hantarkan gambar-gambar serta surat aduan saya kepada Ketua Pengarah Imegresen Malaysia di Putrajaya jika Mohd Mentek juga bersekongkol dengan mereka.

Saya juga ingin mendedahkan bahawa Ustaz ini telah membuat satu kes sebelum ini iaitu mereka telah disiasat melakukan kesalahan menjual barang curi iaitu kad telefon IDD seperti i-Talk. Minta Ustaz itu menafikan kes ini. Rekod kes ini ada di Balai Polis.

Ustaz Mohaidin Alim pula datang ke Malaysia dengan hati ingin menjadi warganegara Malaysia. Beliau berkahwin dengan seseorang dan membiarkan isteri beliau di Madrasah tersebut. Ustaz murahan seperti ini sahaja yang mampu dilantik oleh DPPIMS yang sungguh besar dan agung? Tidak malukah Presiden DPPIMS yang begitu yakin menyangkal tuduhan tersebut?

Bagaimana semua pihak boleh terlepas pandang sebegini banyak masalah yang ditimbulkan oleh Ustaz-Ustaz ini? Mereka tidak layak bergelar Ustaz dengan memakai songkok sahaja, tanpa ilmu agama dan iman yang kental.

Lebih baik Pengerusi Madrasah membuang mereka sebelum tindakan diambil kepada DPPIMS kerana menyembunyikan kesalahan dan melantik Ustaz-Ustaz secara wewenang sehingga membelakangkan Ustaz tempatan. Utamakanlah warganegara Malaysia. Kami akan perbesarkan isu ini sehingga kepada Kementerian Dalam Negeri jika DPPIMS terus mengunakan tenaga India sedangkan banyak tenaga tempatan.

Adakah semua tuduhan Mohd Kasim benar?

Soalan ini bermain-main di fikiran ramai orang iaitu; “Saya tidak percaya ada orang India yang berani membongkar maklumat tentang orang India yang lain”. Saya menghubungi Mohd Kasim melalui emailnya dan beliau memberitahu bahawa kenyataan Nur Muhammad, Latif dan Ayub adalah benar sama sekali tetapi bukan mereka yang memberikan maklumat berkenaan.

Tujuan beliau membuat sedemikian adalah untuk mengukuhkan hujah beliau. Saya difahamkan beliau ada membuat laporan polis dengan memberikan hujah yang benar. Bagi pihak beliau, saya memohon maaf terhadap individu berkenaan namun fakta lain yang diberikan adalah benar sekali dan Mohd Kasim sudah pun mendapat banyak masalah daripada pendedahan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa fakta yang diberikan adalah benar sekali dan maklumat lain datang daripada ahli India lain juga. Nama tidak didedahkan atas permintaan mereka.

Siapa Yang Memfitnah Madrasah?

Tuduhan Ustaz-Ustaz dan Presiden DPPIMS adalah tidak benar sama sekali bahawa Mohd Kasim memfitnah Madrasah. Mohd Kasim tidak pernah menfitnah madrasah tersebut. Jika tidak percaya, sila baca semula artikel tersebut demi menyelesaikan kekeliruan yang pembaca ada.

Saya sendiri mengakui bahawa madrasah ini banyak memberikan sumbangannya. Madrasah ini juga membantu anak-anak kita dalam mendapatkan ilmu agama terutama mengaji Al Quran.

Namun, Mohd Kasim hanya memberikan fakta tentang kesalahan yang dikira jenayah yang dilakukan oleh dua individu yang memang merbahaya kepada negara kita iaitu Mustaffa dan Batcha.

Saya masih menyimpan beberapa salinan penipuan yang dilakukan oleh mereka ini terutama dalam penyata kewangan madrasah. Bila masa pula, ada orang menfitnah madrasah ini? Saya rasa Mustaffa dan Batcha tidak pandai membaca bahasa Melayu. Cukup jelas Mohd Kasim memberikan fakta dan sama sekali tidak menyentuh soal madrasah berkenaan. Cuma tuduhan yang berasas terhadap dua pemimpin yang sangat baik (kata Ustaz-Ustaz mereka) dalam madrasah berkenaan.

Siapakah Mustaffa dan Batcha ini?

Saya tidak mahu membuka topik ini kerana topik ini telah diketahui umum malah ada pihak yang telah membuat laporan polis. Asal usul dan sejarah hidup mereka telah dikupas oleh Mohd Kasim dengan baik di dalam artikel bertajuk 'Mustaffa Dan Batcha, Penjenayah Di Sabah?' sebelum ini.

Saya cuma ingin mengulas berdasarkan artikel baru yang menyangkal artikel Mohd Kasim. Saya ingin bertanya kepada pembaca, adakah tidak di dunia ini, di mana- mana organisasi terdapat bendahari yang menjalankan tugas mereka yang sama lebih 10 tahun lamanya? Jawapan pembaca tentu tidak sama sekali. Tentu sekali mendorong kepada mereka melakukan banyak kesalahan dan penyelewengan.

Semakin lama, semakin pandailah mereka ini. Memang sah mereka sangat pandai dengan terbitnya artikel terbaru mereka ini. Soalan kedua, adakah tidak mana-mana organisasi terdiri dua orang Bendahari dalam satu masa dan kedua-duanya berhak ke dalam satu akaun tersebut dan akaun tersebut bukan di bawah lesen organisasi tersebut?

Saya masih tidak faham kenapa DPPIMS melantik dua orang ini sebagai Bendahari 'Tetap dan Berpencen'? Kita mesti mendesak DPPIMS untuk membuang mereka dan melantik orang baru. Jika tidak, akan memberikan kesan buruk kepada kita secara berterusan.

Sudah lama jadi bendahari, lantiklah ke jawatan lain atau dinaikkan pangkat atau turun pangkatkah atau bagi orang lain menjaga wang Madrasah. Kenapa mesti dua orang ini? Tentu ada muslihatkan?

Kalau kamu lelaki India yang sejati, kamu wajar buktikan kepada rakyat Sabah bahawa kamu tidak akan melakukan kesalahan jenayah lagi dengan meletak jawatan tetap dan berpencen kamu itu. Saya pasti, itu tidak akan berlaku selagi hidup mereka kerana DPPIMS sangat mempercayai mereka berdua ini.

Bagi Mustaffa dan Batcha, kerusi jawatan itu milik mereka selamanya. Tetapi percayalah, kalau kerusi itu masih milik kamu, kamu akan duduk dalam lokap dalam masa terdekat dan terus memegang jawatan berkenaan dalam penjara. Tunggu sahaja balasan yang menimpa kamu nanti.

Tambahan Penerangan Jenayah Mustaffa Dan Batcha.

Saya lebih banyak tahu tentang mereka ini sebelum Mohd Kasim yang merupakan seorang peniaga biasa mendedahkannya dalam Sabahkini.net. Namun usaha beliau harus dipuji. Saya ingin menambah supaya pembaca faham apakah jenayah yang di lakukan oleh Mustaffa dan Batcha ini? Kenapa kami memperbesarkan hal ini? Apa yang salah mereka buat?

Mustaffa dan Batcha telah membuka akaun Maybank atas nama mereka sendiri. Ini suatu kesalahan yang amat berat. Jika saya laporkan hal ini, lesen Madrasah akan digantung dan Madrasah akan ditutup. Sudah sekian lamanya, akaun madrasah ini masih di atas nama dua jantan PATI ini.

Pihak Madrasah atau Presiden DPPIMS harus menukarkannya kepada akaun Madrasah berkenaan. Jika ini fitnah juga, Presiden diminta saman saya. Jika tidak, saya akan memberikan sedikit masa lagi kepada DPPIMS untuk menukar Bendahari dan akaun bank tersebut ke atas nama madrasah.

Jika tiada respon yang baik, saya akan menghantar semua maklumat ini kepada semua jabatan yang berkenaan sehingga desakan saya terlaksana. Ini bukan sesuatu yang saya cakap sebarangan, perkara ini sangat serius.

Batcha, suspek ini memang istimewa dan buat lain dari yang lain kata Mohd Kasim. Betullah katanya, memang dia mempunyai perwatakan pelik sedikit. Beliau ini penjenayah.

Sewajarnya Baisulkan sedar akan hakikat ini dan segera membuang keahlian penjenayah ini sebelum pihak kerajaan yang membuangnya dan seterusnya memberikan nama buruk kepada DPPIMS.

Selama lebih 25 tahun, Batcha ini mengirimkan wang semua pekerja asing India yang bekerja di Malaysia mengunakan jalan yang salah. Beliau mempunyai kaitan dengan satu rangkaian sendiket di Kuala Lumpur dan Singapura untuk mengelapkan wang tersebut.

Beliau akan mendapat beberapa sen komisen daripada seorang. Jika ada 1,000 pekerja India di Sabah mengirimkan wang dengan beliau, maka komisennya mencecah ribuan ringgit. Ini bukan fitnah, PDRM diminta siasat kes ini kerana kes ini menjahanamkan ekonomi negara. PDRM adalah pasukan terbaik dunia tetapi bagaimana boleh terlepas pandang isu ini. Adakah PDRM tidak mengetahuinya?

Sehari berapa beliau dapat, sebulan berapa, setahun berapa dan sudah lebih 25 tahun, entah berapa juta wang dia sudah gelapkan. Yang rugi Bank Negara juga. Bank Negara diminta menyiasat pekerja asing India yang mana tidak mengirimkan wang ke negara mereka sekian lamanya. Maka merekalah yang terlibat dalam memohon bantuan Batcha dalam menggelapkan wang mereka.

Saudara pembaca, kamu boleh pergi jumpa setiap pekerja India yang datang kerja sini. Tanya mereka, bagaimana mereka kirim wang ke India? Western Union, Bank Transfer atau Money Draft? Pasti tidak. Kata mereka, Batcha tolong kirimkan.

Kenapa minta batcha kirimkan? Tentu jawab mereka komisen rendah lagipun bos kawan Batcha. Tahukah pembaca berapa ruginya wang kita dikirim keluar negara secara gelap tanpa cukai? Negara India juga rugi melalui aktiviti haram ini.

Tahukah anda kesan negatif akibat tindakan Batcha ini kepada ekonomi negara? Kalau kita tahu, buat apa kita duduk diam lagi. Mari kita desak agar Bank Negara dan PDRM menahan Batcha secepat mungkin.

Jika PDRM dan Bank Negara inginkan bukti kukuh, pergi tanya setiap kedai mamak. Mana slip pekerja kamu krim wang ke India? Sudah tentu tiada kerana wang itu keluar jalan salah, rangkaian haram yang dibina oleh Batcha. Tidak ada faedah yang kita dapat kalau saya fitnah Batcha. Tanya di Kedai Mustaffa dan Batcha pun boleh. Pekerja dia memang tidak ada slip Western Union yang biasa orang guna. Beberapa kedai India yang lain mengunakan jalan yang sah kerana mereka tidak mahu mengambil risiko dan merosakkan negara tercinta ini.

Saya mendapat khabar Batcha juga bakal disiasat di India. Akaun Batcha harus disemak. Saya telah menulis sepucuk surat dalam bahasa Inggeris dan telah pun dihantar kepada enam jabatan di India dan paling penting saya menghantar e-mail kepada CBI India (Centre Bureau Investigation). Batcha boleh ditahan bila-bila masa sahaja.

Saya bersedia memberikan maklumat kepada mana-mana jabatan dalan membantu kes seperti ini, malah saya kenal kawan-kawan India yang baik dan sesuai dalam membantu kes seperti ini. Tunggu sahaja Batcha, dengan bantuan Mohd Kasim, saya pastikan kamu dikenakan tindakan undang-undang yang sesuai. Kamu menjahanamkan negara saya ini. Mana kamu mahu lari? Sesungguhnya kebenaran akan timbul suatu hari nanti.

Orang ramai yang menderma terus ke akaun Maybank tersebut, organisasi yang menderma dengan nama madrasah, cek yang sampai ke atas madrasah tersebut, semuanya tidak tahu ke mana wang tersebut dibelanjakan.

Madrasah buat aktiviti dengan wang orang kenamaan. Madrasah tiada duit sedangkan mencurah-curah orang menderma ke madrasah ini. Presiden DPPIMS harus memecat Bendahari 'mata duitan' ini. Batcha dan Mustaffa dan ustaz tersebut perlu diserahkan kepada polis. Adakah Presiden DPPIMS mampu membuatnya atau kami perlu menubuhkan satu badan khas untuk mendesak mereka disiasat dan di buang. Kami menantikan jawapan Presiden DPPIMS dalam Sabahkini.net. Jika tiada, saya akan siar beberapa bukti selepas ini.

Presiden DPPIMS ini saya kenal dengan baik. Sepanjang saya kerja dengan beliau, saya tahu peribadi beliau. Madrasah mahupun dewan berjalan baik di bawah beliau. Atas sifat kebaikan beliau, ada pihak yang mengambil kesempatan. Duri dalam daging seperti ini harus dibuang.

Saya harap Datuk Baisulkhan mampu membuat keputusan yang baik. Saya sama sekali tidak berniat untuk memburukkan Madrasah dan DPPIMS. Namun saya terpaksa mendedahkan jenayah ahli-ahli terlibat. Saya memberikan sedikit ruang dan masa kepada Presiden DPPIMS untuk menyelesaikan masalah ini sebelum ada campur tangan pihak lain.

Saya masih menjaga rahsia Madrasah dan DPPIMS. Jangan paksa saya mendedahkannya kerana akan memudaratkan DPPIMS dan Madrasah itu sendiri.

Mengapa gambar dalam artikel tersebut tidak sama dengan orang yang terlibat?

Mengapa pula gambar yang dimasukkan oleh Ustaz-Ustaz ini dalam artikel terbaru tidak sama dengan orang yang terlibat. Kenapa tidak siar gambar kamu wahai Ustaz- Ustaz? Kenapa kamu tidak siar gambar Mustaffa dan Batcha saja? Mereka ini telah menjadi hero di negeri Sabah. Saya berharap ada penjelasan daripada pihak terbabit.

Bagaimana pula Presiden Dewan boleh mengesahkan bahawa Mustaffa dan Batcha tidak bersalah?

Malang sungguh, Mustaffa dan Batcha berjaya meraih simpati daripada Presiden DPPIMS untuk membantu mereka menyangkal tuduhan tersebut. Presiden hanya berhak menyangkal tunduhan fitnah terhadap Madrasah dan DPPIMS.

Beliau tiada hak menyiasat kesalahan jenayah seseorang dan menidakkanya dengan sebegitu yakin. Kuasa itu hanya untuk pihak berkuasa wahai Presiden!  Ingatlah, apabila ada siasatan besar-besaran, tentu sekali semuanya akan di siasat. Masa itu kita akan menyesal menyokong orang yang melakukan kesalahan jenayah apabila terbukti kesalahan tersebut.

Presiden DPPIMS juga mengatakan tuduhan Mohd Kasim itu adalah fitnah terhadap Madrasah. Jika fitnah, Presiden DPPIMS diminta menyaman Mohd Kasim jika artikel berkenaan ada kena mengena dengan Madrasah. Tidakkah kamu membaca artikel tersebut dengan sebaik baiknya?

Saya ada banyak bukti Ustaz-Ustaz kamu buat salah. Bendahari kamu yang rakus, tamak dan jahat juga saya boleh buktikan. Jika berani, kamu kenal saya dengan baik, saya pernah berkerja sebagai kerani kamu lama di Pejabat Sinsuran. Kamu boleh saman saya. Saya akan mengeluarkan bukti demi bukti bahawa Ustaz kamu memang melakukan kesalahan.Ini bukan ugutan sama sekali, tetapi kenyataan.

Kesimpulannya, saya berharap rakyat Sabah bangkit mendesak DPPIMS menghantar balik Ustaz-Ustaz Palsu ini kembali ke negara asal mereka secepat mungkin sebelum gambar-gambar yang akan memalukan DPPIMS dipamerkan di Sabahkini.net dan boleh dicapai oleh CBI di India.

DPPIMS wajib melantik Ustaz tempatan yang lebih menguntungkan rakyat tempatan dan tidak seperti Ustaz India yang tidak fasih berbahasa Melayu dan susah mengajar murid kerana halangan bahasa.





GANJIL....Kenapa DPPIMS perlu melantik Ustaz daripada India jika majoriti pelajar Madrasah adalah bumiputera yang hanya tahu berbahasa Melayu?

Saya juga amat meragui ilmu agama yang mereka ada? Persoalannya, kenapa DPPIMS mesti melantik Ustaz daripada India? Adakah Ustaz Malaysia tidak pandai tajwid ataupun akan memalukan bangsa kamu? Atau Mustaffa dan Batcha takut  periuk nasi haram mereka tergugat? Atau Ustaz India ini diperlukan untuk menulis surat dalam bahasa Tamil seperti dalam artikel sebelum ini. Ingat semua, Bahasa rasmi dalam semua urusan formal ialah Bahasa Melayu!

Saya juga berharap pihak DPPIMS juga memberikan jawatan Bendahari kepada orang lain kerana sudah terlalu lama Mustaffa dan Batcha memakan duit rakyat Malaysia. Walaupun ada simpan kira, ada bank statement, ada resit dan ada keratan cek; Namun bukan bukti yang dapat menyangkal mereka tidak merompak duit madrasah.

Duit derma yang berjumlah jutaan ringgit dalam masa 10 tahun, hanya separuh yang masuk ke dalam akaun Maybank, itupun hanya Mustaffa dan Batcha ada hak dalam memasukkan dan mengelurkan wang. Separuhnya lesap sebegitu sahaja. Hanya duit ahli dewan sahaja yang masuk ke dalam akaun, tapi duit derma dan lain lain telah diseleweng sama sekali. 



 


SEGAK.....Presiden DPPIMS segak dalam pakaian tradisi orang Melayu walaupun bukan Melayu tetapi gagal memastikan Madrasah Al-Hidayah bersih daripada kegiatan jenayah.

Sewajarnya DPPIMS melantik firma audit bertauliah seperti KPMG untuk melakukan pengauditan penyata kewangan Madrasah atau ingin memaksa saya untuk mengirimkan surat aduan rasmi kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

Saya juga berharap agar Majlis Tertinggi DPPIMS tidak menyokong atau melindungi penjenayah ini yang harus diheret ke muka pengadilan dan jangan cuba untuk menyangkal tunduhan saya ini. Saya bercakap berasaskan bukti. Memang kamu kenal saya dari dahulu dan saya memang pantang dicabar dan dipermainkan.

Saya akan melawan habis-habisan terutama memerangi kegiatan haram Mustaffa dan Batcha yang busuk tersebut dan seterusnya Ustaz-Ustaz yang sesat.

Saya juga berharap keadilan ditegakkan. Mudah-mudahan lebih ramai orang bangkit untuk memastikan orang seperti ini dibawa ke muka pengadilan. Saya tidak ada masalah peribadi dengan mereka ini semua. Kalau buat salah, kita lawan dan terus lawan. Kita tidak mahu biarkan mereka hidup senang lenang dengan kuasa dan kesenangan yang ada sekarang dan terus membuat kesalahan di sisi undang undang.

Tentu sekali pendedahan saya kali ini mengejutkan suspek tersebut kerana mereka tahu saya mengetahui banyak rahsia mereka kerana bekerja lama sebagai kerani dalam dewan ini. Saya mencabar mereka untuk menafikan pendedahan saya. Jika ada, saya akan muncul semula di Sabahkini.net dengan bukti-bukti bergambar. Beranikah Mustaffa, Batcha, Ustaz Mohaidin Alim dan Ustaz Serbudin?

Sekali lagi, saya meminta orang ramai agar sentiasa mengingatkan ‘dua orang yang sangat jujur dan amanah ini’, iaitu Mustaffa dan Batcha (seperti kata Ahli DPIM) agar sentiasa jujur dan amanah. Desak mereka letak jawatan. Tidak boleh biarkan mereka berkuasa terlalu lama.

Pihak berkuasa atau pembaca boleh menghubungi dua penjenayah ini iaitu Mohd Bin Yusuf (Mustaffa) 019-8125786 dan Mohidin Batcha (Batcha) 016-8100234 atau nombor telefon kedai 088-428034 atau boleh menghubungi saya melalui e-mail nuriffahizatti@yahoo.com untuk sebarang maklumat lanjut.

Sekian, Salam 1Malaysia.

NURIFFAH IZZATI

6 comments:

  1. bgs hal ini disiasat, jgn biarkan wujud penyelewengan.

    ReplyDelete
  2. Siasat jangan tidak siasat mengenai dakwaan ini. Kita mahu isu ini akan dapat diselesaikan secepat yang boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu disiasat dan jangan pandang remeh semua tu.

      Delete
  3. Pihak berkuasa perlulah melihat sendiri mengenai perkara ini. Mungkin benar dan mungkin tidak mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  4. Ustaz tempatan tiada yang layak?? lebih baik Ustaz tempatan saja yang mengajar.

    ReplyDelete
  5. lain kali buat laporan terus kepada polis atau sprm, bukan dengan DPPIMS..

    ReplyDelete