Saudara Pengarang,
TERLEBIH dahulu, saya,
Nuriffah Izzati yang merupakan Bekas Pembantu Kerani Dewan Perniagaan dan
Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) selama beberapa tahun. Sekarang saya
bekerja sebagai kerani di AutoStore Sdn Bhd.
Saya terpanggil untuk
menulis laporan ini setelah membaca pendedahan berani Mohd Kasim Bin Jali yang
bertajuk 'Mustaffa Dan Batcha, Penjenayah Di Sabah?' yang saya kira benar
sekali.
Manakala penafian yang
menyangkal tuduhan tersebut yang bertajuk 'Fitnah Terhadap Madrasah Al-Hidayah'
adalah penipuan terancang kelompok tersebut untuk menegakkan benang yang basah.
Saya mengetahui banyak
rahsia ahli dalam persatuan ini. Saya telah dibuang kerja kerana menegur
seorang Ustaz dalam Madrasah Al Hidayah yang memungut yuran dan derma daripada
ahli dan orang ramai tanpa mengeluarkan resit dan mengubahsuai jumlah dalam
resit sesuka hati.
Perkara ini telah saya dilaporkan
kepada Presiden DPPIMS, Datuk Baisulkhan Salman Faris; namun lain pula yang
terjadi kepada saya. Saya telah difitnah dengan jahat oleh mereka sehingga saya
dibuang kerja tanpa sebarang usul periksa.
Oleh kerana saya seorang
yang rapat dengan mereka ini maka saya mempunyai maklumat yang luas tentang
mereka ini.
Saya diberitahu oleh seorang
rakan tentang tersiarnya jenayah yang dilakukan oleh Mustaffa dan Batcha di Sabahkini.net.
Saya lantas membacanya dan menyatakan sokongan terhadap Mohd Kasim melalui
e-mailnya. Saya tindak ingin menambah banyak maklumat tentang jenayah yang
mereka lakukan, namun saya ingin mengulas panjang lebar tentang artikel yang
bertajuk 'Fitnah Terhadap Madrasah Al-Hidayah' kerana artikel ini lari dari
topik yang dibincangkan oleh Mohd Kasim.
Siapakah
sebenarnya Ustaz Mohaidin Alim dan Ustaz Serbudin?
Mereka ialah ustaz biasa
yang tiada kelulusan besar yang di bawa khas daripada kampung Mustaffa dan
Batcha di India. Mereka datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Khas untuk
mengajar di Madrasah berkenaan yang telah mendapat kelulusan daripada Muis dan
Jheains.
Mereka diberikan gaji dua
kali lebih besar daripada guru agama di sekolah formal. Mereka hanya perlu
mengajar membaca Al-quran sejam sehari selepas solat Isyak di Madrasah
berkenaan. Akitiviti lain dalam madrasah yang dikendalikan oleh mereka ini akan
diberikan ganjaran yang lain.
Namun apa yang berlaku
setelah mereka telah sampai di Malaysia? Ustaz-Ustaz 'Keling' ini telah menjadi
agen memungut derma untuk memberi kemewahan kepada kaum kerabat iaitu dua orang Bendahari Gergasi di Madrasah
ini iaitu Mustaffa dan Batcha.
Ustaz-Ustaz asing ini datang
ke Malaysia dan berpura pura menjadi alim dan melakukan jenayah di negara
tercinta ini. Apa yang mereka lakukan?. Saya telah banyak kali menegur Ustaz-Ustaz
ini, malah melaporkan jenayah yang dilakukan oleh mereka kepada DPPIMS.
Malangnya, Datuk Baisulkan
dan semua Majlis Tertinggi tidak mempercayainya kerana bangsa India terkenal
dengan sikap saling bantu membantu untuk menyelamatkan bangsa mereka, sekalipun
orang yang diselamatkan itu seorang penjenayah.
Saya telah memberikan amaran
keras kepada Ustaz-Ustaz ini supaya jangan cuba mengunakan jalan yang salah
untuk mengaut keuntungan dan menindas orang ramai di negara kami.
Wahai Baisulkhan dan MT DPPIMS,
iaitu PATI yang diberi kerakyatan oleh Harris Salleh dan Mamak Mahathir Ali
Kutty? Siapa kamu untuk menyangkal bahawa Mustaffa dan Batcha tidak bersalah? Siapa
kamu untuk memberikan sokongan kepada mereka ini? Kamu hanya warga asing yang
datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Kamu tiada hak untuk memberikan
sokongan kepada mana-mana individu di negara ini.
Saya sama sekali tidak yakin
artikel 'Fitnah Terhadap Madrasah Al-Hidayah' berkenaan ditulis oleh Ustaz
asing ini. Saya tidak rela mempercayainya. Tentu sekali artikel ini ditulis
oleh Mustaffa dan Batcha. Ustaz asing ini yang tidak pandai bertutur Bahasa Melayu
boleh menulis surat sebegini rupa?
Ustaz Serbudin dan Mohaidin,
kamu boleh dihantar balik ke negara kamu jika banyak memberikan kesan buruk
kepada kami. Kamu jangan ingat masa itu Mustaffa dan Batcha mampu menyelamatkan
kamu lagi.
Saya pohon seribu kali
pohon, wahai rakyat Malaysia, mari kita mendesak supaya dua ustaz ini di hantar
balik ke India. Jangan biarkan mereka ini terus membuat banyak wang haram di
negara kita dengan jalan sebegitu kotor. Lebih baik pihak madrasah mengambil
ustaz daripada Indonesia atau Malaysia kerana mereka lebih baik dan sesuai.
Fakta yang sendiri diberikan
oleh suspek tersebut bahawa madrasah ini mempunyai rata-rata 100 peratus
pelajar tempatan, jadi buat apa ambil Ustaz-Ustaz yang tidak fasih berbahasa Melayu
dan mempunyai ciri bacaan Al Quran yang berbeza dengan negara kita?
Bukankah lebih baik kita
utamakan Ustaz tempatan kita yang sangat ramai buat masa ini. Alangkah indahnya
madrasah ini apabila dinaung oleh Ustaz tempatan yang dikira lebih sesuai dan
layak. Saya akan terus mendesak pihak Madrasah, polis dan kerajaan; khususnya Jabatan
Imigresen agar menghantar balik Ustaz- Ustaz ini ke negara asal mereka dengan
menggantung visa mereka dan menutup semua ruang mereka kembali ke Malaysia;
walaupun dengan Visa melancong, Visa kerja mahupun visa lain.
Kenapa
saya sangat membenci Ustaz-Ustaz ini?
Saya bersumpah dengan nama
Allah Azzawajalla, Wallahi, Qabillahi, Watallahi bahawa saya tidak mempunyai
sebarang masalah peribadi dengan Ustaz-Ustaz ini. Cuma, saya tidak tahan
melihat mereka terus menipu sedangkan mereka ini bergelar Ustaz. Mereka seolah-olah
terpaksa bekerja untuk Mustaffa dan Batcha. Ustaz apa sebegitu rupa? Saya tidak
pernah lihat Ustaz sebegini ini lagi di mana-mana pun. Saya rasa mereka ini 'Ustaz
Penipu' dan pakar dalam mengelapkan wang. Mereka ini Ustaz yang pakar merompak
wang derma dan saya rasa mereka ini Ustaz yang menjadi hamba abdi kepada
penjenayah yang menjual agama.
Ustaz
berkerja di Madrasah atau di Restoran/Kedai Runcit?
Ustaz-Ustaz ini di siang
hari berkerja di restoran dan kedai Runcit. Mereka menjaga kaunter dan
menjalankan perniagaan mereka sendiri. Di mana pihak berkuasa? Mengapa tidak
menangkap mereka ini sahaja?
Ustaz, jangan cabar saya
menyiarkan gambar kamu di kaunter kedai. Saya ada bukti kamu menjaga kedai di
beberapa tempat. Antaranya sebuah kedai runcit di Kepayan dan sebuah kedai
makan India di Damai dan sebuah lagi di Putatan dan sebagainya.
Jika ini dikatakan fitnah, kamu
cabar saya untuk siarkan gambar tersebut? Saya juga mencabar Mustaffa dan
Batcha yang membantu Ustaz-Ustaz ini untuk membantah kenyatan saya ini dan
mengatakan ianya berupa fitnah sama sekali.
Kalau kamu Ustaz yang jujur,
cabar dan terus cabar saya jika kamu berani. Tapi jangan lupa, saya ada gambar
sebanyak 13 keping kegiatan haram Ustaz-Ustaz ini yang dirakam sepajang 8 bulan
lalu.
Sekarang saya mencabar pihak
dewan untuk menyaman saya! Tapi ingat, banyak lagi kes-kes yang bakal terdedah
selepas itu. Saya ingin kamu sendiri membantu saya menjadikan kes ini lebih
besar dan seterusnya memihak kepada saya.
Ingat, tidak semua penegak
keadilan di Malaysia kamu boleh beli. Kamu pasti akan merasainya kesannya nanti.
Ini bukan ugutan, tetapi ingatan agar jangan mencabar dan menyangkal dengan
fakta tipu dan rapuh kamu.
Apakah
kesalahan lain yang di buat oleh Ustaz-Ustaz ini?
Saya sekali lagi dengan
keras memberikan masa kepada pihak DPPIMS untuk menghantar balik dua Ustaz ini
secepat mungkin sebelum saya mendedahkan gambar-gambar dan bukti yang memalukan
DPPIMS dan madrasah yang dipimpin oleh Baisulkhan Salman Faris.
Banyak kesan buruk akan
menimpa organisasi kamu jika saya dedahkan semuanya. Harap organisasi dewan
akan disusun dengan baik selepas ini supaya tiada siapa yang berkuasa secara
mutlak.
Dua Orang Ustaz ini secara
berkongsi telah menyewa sebuah kedai yang bernama Restoran Rashid Curry House
di Putatan berhampiran Restoran Sinar Mustika dan Inti Colleage. Mereka menyewa
daripada Rashid yang kini menjalankan kedai menjual alat eletrik di Putatan. Beliau
kemudian mengambil balik kedai tersebut apabila mengetahui kegiatan haram
mereka.
Rashid telah melaporkan
perbuatan keji dan memalukan Ustaz-Ustaz ini kepada Timbalan Mufti Sabah. Tidak
percaya, ini bukan fitnah, pembaca boleh terus berjumpa dengan Rashid di Putatan
untuk mendapatkan kebenaran ini. Beliau sentiasa jujur dan amanah dan berpegang
teguh pada agama.
Ustaz-Ustaz itu kini telah
membuka sebuah kedai sendiri di Pekan Putatan. Kalau berani, minta ustaz itu
nafikan tuduhan saya kerana saya ada visual gambar sebagai bahan bukti kukuh. Saya
tidak paham dengan gaji mereka yang sebegitu, bagaimana mereka boleh membuka
kedai yang memerlukan kos yang tinggi.
Tentu ini hasil haram yang
dikautnya bersama kroni-kroni beliau. Bagaimana pula dengan visa beliau yang
khas untuk bekerja di Madrasah boleh diguna untuk keluar memungut duit, membuka
perniagaan dan berani menerbitkan artikel menyangkal seperti ini?
Siapa bagi dia permit buat
sebegitu? Sudah tentu Mustaffa dan Batcha. Saya harap Pengarah Imigresen, Mohd
Mentek, rakyat Sabah Pertama yang menjadi Pengarah Imigresen dapat menjalankan
siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka ini. Tangkap dan
hantar mereka balik ke negara asal mereka.
Saya akan hantarkan gambar-gambar
serta surat aduan saya kepada Ketua Pengarah Imegresen Malaysia di Putrajaya
jika Mohd Mentek juga bersekongkol dengan mereka.
Saya juga ingin mendedahkan bahawa
Ustaz ini telah membuat satu kes sebelum ini iaitu mereka telah disiasat
melakukan kesalahan menjual barang curi iaitu kad telefon IDD seperti i-Talk.
Minta Ustaz itu menafikan kes ini. Rekod kes ini ada di Balai Polis.
Ustaz Mohaidin Alim pula
datang ke Malaysia dengan hati ingin menjadi warganegara Malaysia. Beliau berkahwin
dengan seseorang dan membiarkan isteri beliau di Madrasah tersebut. Ustaz
murahan seperti ini sahaja yang mampu dilantik oleh DPPIMS yang sungguh besar
dan agung? Tidak malukah Presiden DPPIMS yang begitu yakin menyangkal tuduhan
tersebut?
Bagaimana semua pihak boleh
terlepas pandang sebegini banyak masalah yang ditimbulkan oleh Ustaz-Ustaz ini?
Mereka tidak layak bergelar Ustaz dengan memakai songkok sahaja, tanpa ilmu
agama dan iman yang kental.
Lebih baik Pengerusi
Madrasah membuang mereka sebelum tindakan diambil kepada DPPIMS kerana
menyembunyikan kesalahan dan melantik Ustaz-Ustaz secara wewenang sehingga
membelakangkan Ustaz tempatan. Utamakanlah warganegara Malaysia. Kami akan
perbesarkan isu ini sehingga kepada Kementerian Dalam Negeri jika DPPIMS terus
mengunakan tenaga India sedangkan banyak tenaga tempatan.
Adakah
semua tuduhan Mohd Kasim benar?
Soalan ini bermain-main di
fikiran ramai orang iaitu; “Saya tidak percaya ada orang India yang berani
membongkar maklumat tentang orang India yang lain”. Saya menghubungi Mohd Kasim
melalui emailnya dan beliau memberitahu bahawa kenyataan Nur Muhammad, Latif
dan Ayub adalah benar sama sekali tetapi bukan mereka yang memberikan maklumat
berkenaan.
Tujuan beliau membuat
sedemikian adalah untuk mengukuhkan hujah beliau. Saya difahamkan beliau ada
membuat laporan polis dengan memberikan hujah yang benar. Bagi pihak beliau, saya
memohon maaf terhadap individu berkenaan namun fakta lain yang diberikan adalah
benar sekali dan Mohd Kasim sudah pun mendapat banyak masalah daripada
pendedahan tersebut.
Beliau menegaskan bahawa
fakta yang diberikan adalah benar sekali dan maklumat lain datang daripada ahli
India lain juga. Nama tidak didedahkan atas permintaan mereka.
Siapa
Yang Memfitnah Madrasah?
Tuduhan Ustaz-Ustaz dan
Presiden DPPIMS adalah tidak benar sama sekali bahawa Mohd Kasim memfitnah
Madrasah. Mohd Kasim tidak pernah menfitnah madrasah tersebut. Jika tidak
percaya, sila baca semula artikel tersebut demi menyelesaikan kekeliruan yang
pembaca ada.
Saya sendiri mengakui bahawa
madrasah ini banyak memberikan sumbangannya. Madrasah ini juga membantu anak-anak
kita dalam mendapatkan ilmu agama terutama mengaji Al Quran.
Namun, Mohd Kasim hanya
memberikan fakta tentang kesalahan yang dikira jenayah yang dilakukan oleh dua
individu yang memang merbahaya kepada negara kita iaitu Mustaffa dan Batcha.
Saya masih menyimpan
beberapa salinan penipuan yang dilakukan oleh mereka ini terutama dalam penyata
kewangan madrasah. Bila masa pula, ada orang menfitnah madrasah ini? Saya rasa
Mustaffa dan Batcha tidak pandai membaca bahasa Melayu. Cukup jelas Mohd Kasim
memberikan fakta dan sama sekali tidak menyentuh soal madrasah berkenaan. Cuma
tuduhan yang berasas terhadap dua pemimpin yang sangat baik (kata Ustaz-Ustaz mereka)
dalam madrasah berkenaan.
Siapakah
Mustaffa dan Batcha ini?
Saya tidak mahu membuka
topik ini kerana topik ini telah diketahui umum malah ada pihak yang telah
membuat laporan polis. Asal usul dan sejarah hidup mereka telah dikupas oleh
Mohd Kasim dengan baik di dalam artikel bertajuk 'Mustaffa Dan Batcha,
Penjenayah Di Sabah?' sebelum ini.
Saya cuma ingin mengulas
berdasarkan artikel baru yang menyangkal artikel Mohd Kasim. Saya ingin
bertanya kepada pembaca, adakah tidak di dunia ini, di mana- mana organisasi
terdapat bendahari yang menjalankan tugas mereka yang sama lebih 10 tahun
lamanya? Jawapan pembaca tentu tidak sama sekali. Tentu sekali mendorong kepada
mereka melakukan banyak kesalahan dan penyelewengan.
Semakin lama, semakin pandailah
mereka ini. Memang sah mereka sangat pandai dengan terbitnya artikel terbaru
mereka ini. Soalan kedua, adakah tidak mana-mana organisasi terdiri dua orang Bendahari
dalam satu masa dan kedua-duanya berhak ke dalam satu akaun tersebut dan akaun
tersebut bukan di bawah lesen organisasi tersebut?
Saya masih tidak faham
kenapa DPPIMS melantik dua orang ini sebagai Bendahari 'Tetap dan Berpencen'?
Kita mesti mendesak DPPIMS untuk membuang mereka dan melantik orang baru. Jika
tidak, akan memberikan kesan buruk kepada kita secara berterusan.
Sudah lama jadi bendahari,
lantiklah ke jawatan lain atau dinaikkan pangkat atau turun pangkatkah atau
bagi orang lain menjaga wang Madrasah. Kenapa mesti dua orang ini? Tentu ada
muslihatkan?
Kalau kamu lelaki India yang
sejati, kamu wajar buktikan kepada rakyat Sabah bahawa kamu tidak akan
melakukan kesalahan jenayah lagi dengan meletak jawatan tetap dan berpencen
kamu itu. Saya pasti, itu tidak akan berlaku selagi hidup mereka kerana DPPIMS
sangat mempercayai mereka berdua ini.
Bagi Mustaffa dan Batcha,
kerusi jawatan itu milik mereka selamanya. Tetapi percayalah, kalau kerusi itu masih
milik kamu, kamu akan duduk dalam lokap dalam masa terdekat dan terus memegang jawatan
berkenaan dalam penjara. Tunggu sahaja balasan yang menimpa kamu nanti.
Tambahan
Penerangan Jenayah Mustaffa Dan Batcha.
Saya lebih banyak tahu
tentang mereka ini sebelum Mohd Kasim yang merupakan seorang peniaga biasa
mendedahkannya dalam Sabahkini.net. Namun usaha beliau harus dipuji. Saya ingin
menambah supaya pembaca faham apakah jenayah yang di lakukan oleh Mustaffa dan
Batcha ini? Kenapa kami memperbesarkan hal ini? Apa yang salah mereka buat?
Mustaffa dan Batcha telah
membuka akaun Maybank atas nama mereka sendiri. Ini suatu kesalahan yang amat berat.
Jika saya laporkan hal ini, lesen Madrasah akan digantung dan Madrasah akan
ditutup. Sudah sekian lamanya, akaun madrasah ini masih di atas nama dua jantan
PATI ini.
Pihak Madrasah atau Presiden
DPPIMS harus menukarkannya kepada akaun Madrasah berkenaan. Jika ini fitnah
juga, Presiden diminta saman saya. Jika tidak, saya akan memberikan sedikit
masa lagi kepada DPPIMS untuk menukar Bendahari dan akaun bank tersebut ke atas
nama madrasah.
Jika tiada respon yang baik,
saya akan menghantar semua maklumat ini kepada semua jabatan yang berkenaan
sehingga desakan saya terlaksana. Ini bukan sesuatu yang saya cakap sebarangan,
perkara ini sangat serius.
Batcha, suspek ini memang
istimewa dan buat lain dari yang lain kata Mohd Kasim. Betullah katanya, memang
dia mempunyai perwatakan pelik sedikit. Beliau ini penjenayah.
Sewajarnya Baisulkan sedar
akan hakikat ini dan segera membuang keahlian penjenayah ini sebelum pihak
kerajaan yang membuangnya dan seterusnya memberikan nama buruk kepada DPPIMS.
Selama lebih 25 tahun, Batcha
ini mengirimkan wang semua pekerja asing India yang bekerja di Malaysia
mengunakan jalan yang salah. Beliau mempunyai kaitan dengan satu rangkaian
sendiket di Kuala Lumpur dan Singapura untuk mengelapkan wang tersebut.
Beliau akan mendapat beberapa
sen komisen daripada seorang. Jika ada 1,000 pekerja India di Sabah mengirimkan
wang dengan beliau, maka komisennya mencecah ribuan ringgit. Ini bukan fitnah,
PDRM diminta siasat kes ini kerana kes ini menjahanamkan ekonomi negara. PDRM adalah
pasukan terbaik dunia tetapi bagaimana boleh terlepas pandang isu ini. Adakah
PDRM tidak mengetahuinya?
Sehari berapa beliau dapat, sebulan
berapa, setahun berapa dan sudah lebih 25 tahun, entah berapa juta wang dia
sudah gelapkan. Yang rugi Bank Negara juga. Bank Negara diminta menyiasat
pekerja asing India yang mana tidak mengirimkan wang ke negara mereka sekian
lamanya. Maka merekalah yang terlibat dalam memohon bantuan Batcha dalam menggelapkan
wang mereka.
Saudara pembaca, kamu boleh
pergi jumpa setiap pekerja India yang datang kerja sini. Tanya mereka, bagaimana
mereka kirim wang ke India? Western Union, Bank Transfer atau Money Draft? Pasti
tidak. Kata mereka, Batcha tolong kirimkan.
Kenapa minta batcha kirimkan?
Tentu jawab mereka komisen rendah lagipun bos kawan Batcha. Tahukah pembaca berapa
ruginya wang kita dikirim keluar negara secara gelap tanpa cukai? Negara India
juga rugi melalui aktiviti haram ini.
Tahukah anda kesan negatif akibat
tindakan Batcha ini kepada ekonomi negara? Kalau kita tahu, buat apa kita duduk
diam lagi. Mari kita desak agar Bank Negara dan PDRM menahan Batcha secepat
mungkin.
Jika PDRM dan Bank Negara inginkan
bukti kukuh, pergi tanya setiap kedai mamak. Mana slip pekerja kamu krim wang
ke India? Sudah tentu tiada kerana wang itu keluar jalan salah, rangkaian haram
yang dibina oleh Batcha. Tidak ada faedah yang kita dapat kalau saya fitnah
Batcha. Tanya di Kedai Mustaffa dan Batcha pun boleh. Pekerja dia memang tidak
ada slip Western Union yang biasa orang guna. Beberapa kedai India yang lain
mengunakan jalan yang sah kerana mereka tidak mahu mengambil risiko dan
merosakkan negara tercinta ini.
Saya mendapat khabar Batcha juga
bakal disiasat di India. Akaun Batcha harus disemak. Saya telah menulis sepucuk
surat dalam bahasa Inggeris dan telah pun dihantar kepada enam jabatan di India
dan paling penting saya menghantar e-mail kepada CBI India (Centre Bureau
Investigation). Batcha boleh ditahan bila-bila masa sahaja.
Saya bersedia memberikan
maklumat kepada mana-mana jabatan dalan membantu kes seperti ini, malah saya
kenal kawan-kawan India yang baik dan sesuai dalam membantu kes seperti ini. Tunggu
sahaja Batcha, dengan bantuan Mohd Kasim, saya pastikan kamu dikenakan tindakan
undang-undang yang sesuai. Kamu menjahanamkan negara saya ini. Mana kamu mahu
lari? Sesungguhnya kebenaran akan timbul suatu hari nanti.
Orang ramai yang menderma
terus ke akaun Maybank tersebut, organisasi yang menderma dengan nama madrasah,
cek yang sampai ke atas madrasah tersebut, semuanya tidak tahu ke mana wang
tersebut dibelanjakan.
Madrasah buat aktiviti
dengan wang orang kenamaan. Madrasah tiada duit sedangkan mencurah-curah orang
menderma ke madrasah ini. Presiden DPPIMS harus memecat Bendahari 'mata duitan'
ini. Batcha dan Mustaffa dan ustaz tersebut perlu diserahkan kepada polis. Adakah
Presiden DPPIMS mampu membuatnya atau kami perlu menubuhkan satu badan khas
untuk mendesak mereka disiasat dan di buang. Kami menantikan jawapan Presiden DPPIMS
dalam Sabahkini.net. Jika tiada, saya akan siar beberapa bukti selepas ini.
Presiden DPPIMS ini saya
kenal dengan baik. Sepanjang saya kerja dengan beliau, saya tahu peribadi
beliau. Madrasah mahupun dewan berjalan baik di bawah beliau. Atas sifat
kebaikan beliau, ada pihak yang mengambil kesempatan. Duri dalam daging seperti
ini harus dibuang.
Saya harap Datuk Baisulkhan
mampu membuat keputusan yang baik. Saya sama sekali tidak berniat untuk
memburukkan Madrasah dan DPPIMS. Namun saya terpaksa mendedahkan jenayah ahli-ahli
terlibat. Saya memberikan sedikit ruang dan masa kepada Presiden DPPIMS untuk
menyelesaikan masalah ini sebelum ada campur tangan pihak lain.
Saya masih menjaga rahsia Madrasah
dan DPPIMS. Jangan paksa saya mendedahkannya kerana akan memudaratkan DPPIMS
dan Madrasah itu sendiri.
Mengapa
gambar dalam artikel tersebut tidak sama dengan orang yang terlibat?
Mengapa pula gambar yang
dimasukkan oleh Ustaz-Ustaz ini dalam artikel terbaru tidak sama dengan orang
yang terlibat. Kenapa tidak siar gambar kamu wahai Ustaz- Ustaz? Kenapa kamu
tidak siar gambar Mustaffa dan Batcha saja? Mereka ini telah menjadi hero di
negeri Sabah. Saya berharap ada penjelasan daripada pihak terbabit.
Bagaimana
pula Presiden Dewan boleh mengesahkan bahawa Mustaffa dan Batcha tidak
bersalah?
Malang sungguh, Mustaffa dan
Batcha berjaya meraih simpati daripada Presiden DPPIMS untuk membantu mereka
menyangkal tuduhan tersebut. Presiden hanya berhak menyangkal tunduhan fitnah
terhadap Madrasah dan DPPIMS.
Beliau tiada hak menyiasat kesalahan
jenayah seseorang dan menidakkanya dengan sebegitu yakin. Kuasa itu hanya untuk
pihak berkuasa wahai Presiden! Ingatlah,
apabila ada siasatan besar-besaran, tentu sekali semuanya akan di siasat. Masa
itu kita akan menyesal menyokong orang yang melakukan kesalahan jenayah apabila
terbukti kesalahan tersebut.
Presiden DPPIMS juga
mengatakan tuduhan Mohd Kasim itu adalah fitnah terhadap Madrasah. Jika fitnah,
Presiden DPPIMS diminta menyaman Mohd Kasim jika artikel berkenaan ada kena
mengena dengan Madrasah. Tidakkah kamu membaca artikel tersebut dengan sebaik
baiknya?
Saya ada banyak bukti Ustaz-Ustaz
kamu buat salah. Bendahari kamu yang rakus, tamak dan jahat juga saya boleh
buktikan. Jika berani, kamu kenal saya dengan baik, saya pernah berkerja
sebagai kerani kamu lama di Pejabat Sinsuran. Kamu boleh saman saya. Saya akan
mengeluarkan bukti demi bukti bahawa Ustaz kamu memang melakukan kesalahan.Ini
bukan ugutan sama sekali, tetapi kenyataan.
Kesimpulannya, saya berharap
rakyat Sabah bangkit mendesak DPPIMS menghantar balik Ustaz-Ustaz Palsu ini
kembali ke negara asal mereka secepat mungkin sebelum gambar-gambar yang akan
memalukan DPPIMS dipamerkan di Sabahkini.net dan boleh dicapai oleh CBI di
India.
DPPIMS wajib melantik Ustaz
tempatan yang lebih menguntungkan rakyat tempatan dan tidak seperti Ustaz India
yang tidak fasih berbahasa Melayu dan susah mengajar murid kerana halangan
bahasa.
GANJIL....Kenapa
DPPIMS perlu melantik Ustaz daripada India jika majoriti pelajar Madrasah
adalah bumiputera yang hanya tahu berbahasa Melayu?
Saya juga amat meragui ilmu
agama yang mereka ada? Persoalannya, kenapa DPPIMS mesti melantik Ustaz
daripada India? Adakah Ustaz Malaysia tidak pandai tajwid ataupun akan
memalukan bangsa kamu? Atau Mustaffa dan Batcha takut periuk nasi haram mereka tergugat? Atau Ustaz
India ini diperlukan untuk menulis surat dalam bahasa Tamil seperti dalam
artikel sebelum ini. Ingat semua, Bahasa rasmi dalam semua urusan formal ialah
Bahasa Melayu!
Saya juga berharap pihak DPPIMS
juga memberikan jawatan Bendahari kepada orang lain kerana sudah terlalu lama
Mustaffa dan Batcha memakan duit rakyat Malaysia. Walaupun ada simpan kira, ada
bank statement, ada resit dan ada keratan cek; Namun bukan bukti yang dapat
menyangkal mereka tidak merompak duit madrasah.
Duit derma yang berjumlah
jutaan ringgit dalam masa 10 tahun, hanya separuh yang masuk ke dalam akaun Maybank,
itupun hanya Mustaffa dan Batcha ada hak dalam memasukkan dan mengelurkan wang.
Separuhnya lesap sebegitu sahaja. Hanya duit ahli dewan sahaja yang masuk ke
dalam akaun, tapi duit derma dan lain lain telah diseleweng sama sekali.
SEGAK.....Presiden
DPPIMS segak dalam pakaian tradisi orang Melayu walaupun bukan Melayu tetapi
gagal memastikan Madrasah Al-Hidayah bersih daripada kegiatan jenayah.
Sewajarnya DPPIMS melantik
firma audit bertauliah seperti KPMG untuk melakukan pengauditan penyata kewangan
Madrasah atau ingin memaksa saya untuk mengirimkan surat aduan rasmi kepada Pejabat
Pendaftar Pertubuhan.
Saya juga berharap agar
Majlis Tertinggi DPPIMS tidak menyokong atau melindungi penjenayah ini yang harus
diheret ke muka pengadilan dan jangan cuba untuk menyangkal tunduhan saya ini.
Saya bercakap berasaskan bukti. Memang kamu kenal saya dari dahulu dan saya
memang pantang dicabar dan dipermainkan.
Saya akan melawan habis-habisan
terutama memerangi kegiatan haram Mustaffa dan Batcha yang busuk tersebut dan
seterusnya Ustaz-Ustaz yang sesat.
Saya juga berharap keadilan
ditegakkan. Mudah-mudahan lebih ramai orang bangkit untuk memastikan orang
seperti ini dibawa ke muka pengadilan. Saya tidak ada masalah peribadi dengan
mereka ini semua. Kalau buat salah, kita lawan dan terus lawan. Kita tidak mahu
biarkan mereka hidup senang lenang dengan kuasa dan kesenangan yang ada
sekarang dan terus membuat kesalahan di sisi undang undang.
Tentu sekali pendedahan saya
kali ini mengejutkan suspek tersebut kerana mereka tahu saya mengetahui banyak rahsia
mereka kerana bekerja lama sebagai kerani dalam dewan ini. Saya mencabar mereka
untuk menafikan pendedahan saya. Jika ada, saya akan muncul semula di Sabahkini.net
dengan bukti-bukti bergambar. Beranikah Mustaffa, Batcha, Ustaz Mohaidin Alim
dan Ustaz Serbudin?
Sekali lagi, saya meminta
orang ramai agar sentiasa mengingatkan ‘dua orang yang sangat jujur dan amanah
ini’, iaitu Mustaffa dan Batcha (seperti kata Ahli DPIM) agar sentiasa jujur
dan amanah. Desak mereka letak jawatan. Tidak boleh biarkan mereka berkuasa
terlalu lama.
Pihak berkuasa atau pembaca boleh
menghubungi dua penjenayah ini iaitu Mohd Bin Yusuf (Mustaffa) 019-8125786 dan Mohidin
Batcha (Batcha) 016-8100234 atau nombor telefon kedai 088-428034 atau boleh
menghubungi saya melalui e-mail nuriffahizatti@yahoo.com untuk sebarang
maklumat lanjut.
Sekian, Salam 1Malaysia.
NURIFFAH IZZATI
bgs hal ini disiasat, jgn biarkan wujud penyelewengan.
ReplyDeleteSiasat jangan tidak siasat mengenai dakwaan ini. Kita mahu isu ini akan dapat diselesaikan secepat yang boleh.
ReplyDeletePerlu disiasat dan jangan pandang remeh semua tu.
DeletePihak berkuasa perlulah melihat sendiri mengenai perkara ini. Mungkin benar dan mungkin tidak mengenai perkara ini.
ReplyDeleteUstaz tempatan tiada yang layak?? lebih baik Ustaz tempatan saja yang mengajar.
ReplyDeletelain kali buat laporan terus kepada polis atau sprm, bukan dengan DPPIMS..
ReplyDelete