Saturday 26 May 2012

PERKASA BAKAR BAJU BERSIH DI P PINANG




KUMPULAN pendesak Melayu PERKASA Pulau Pinang hari ini membakar 10 helai kemeja-T berwarna kuning, yang didakwa dipakai peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang telah insaf.

Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi baju itu berserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita di George Town, Mohd Rizuad, berkata penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan meminta PERKASA membakar baju itu atas dakwaan berlaku penyelewengan agihan wang imbuhan untuk peserta BERSIH.

Agensi berita nasional itu juga melaporkan, kumpulan 20 anggota PERKASA itu membakar kemeja-T berkenaan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat.

Sementara itu, menurut wartawan Malaysiakini di tempat kejadian, Mohd Rizuan bertembung kumpulan NGO pro-Pakatan Rakyat JINGGA 13 yang menyelar perbuatan itu dan meminta aktiviti ganas dihentikan.

Jurucapap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyifatkan tindakan kumpulan Mohd Rizuan sebagai "politik samseng".

Mohammad Ikhwan menasihatkan kumpulan lawannya itu supaya tidak berlagak seperti 'samseng' kerana kedua-dua pihak itu berbangsa Melayu. (MKINI)

11 comments:

  1. Perkasa pun samseng. 2x5 saja dengan Bersih.

    ReplyDelete
  2. Sudah ikut perhimpunan baru mahu menyesal? Awal2 tidak fikir akan kesannya.

    ReplyDelete
  3. ramai lebih ramai lagi peserta bersih yang insaf dan tidak akan sertai perhimpunan seperti ini lagi.

    ReplyDelete
  4. Perkasa=Utusan Malaysia=Ibrahim Ali

    ReplyDelete
  5. Melayu sama Melayu lama2 berperang kalau macam ni.

    ReplyDelete
  6. Jadi kalau tidak mahu berperang pastikan menjaga satu sama lain. Janganlah asyik membuat keputusan yang kurang elok.

    ReplyDelete
  7. BERSIH memang tidak patut disokong. Maka apa yang Perkasa lakukan ini adalah antara protes yang dibuat.

    ReplyDelete
  8. Adakah tindakan perkasa menunjukan kematangan??

    ReplyDelete
  9. "..berlaku penyelewengan agihan wang imbuhan untuk peserta BERSIH."

    peserta perhimpunan dibayar?? guna duit dari mana?? kuasa asing atau dana awam kerajaan negeri?? mesti kena siasat ni..

    ReplyDelete
  10. nampak gayanya, tidak ada lagi la perhimpunan Bersih selepas ini..

    ReplyDelete