KUMPULAN pendesak Melayu
PERKASA Pulau Pinang hari ini membakar 10 helai kemeja-T berwarna kuning, yang
didakwa dipakai peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang telah insaf.
Ketua Wira PERKASA Pulau
Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi
baju itu berserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal
menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.
Bercakap kepada pemberita di
George Town, Mohd Rizuad, berkata penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan
meminta PERKASA membakar baju itu atas dakwaan berlaku penyelewengan agihan
wang imbuhan untuk peserta BERSIH.
Agensi berita nasional itu
juga melaporkan, kumpulan 20 anggota PERKASA itu membakar kemeja-T berkenaan di
hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat.
Sementara itu, menurut
wartawan Malaysiakini di tempat kejadian, Mohd Rizuan bertembung kumpulan NGO
pro-Pakatan Rakyat JINGGA 13 yang menyelar perbuatan itu dan meminta aktiviti
ganas dihentikan.
Jurucapap JINGGA 13 Mohammad
Ikhwan Nasser menyifatkan tindakan kumpulan Mohd Rizuan sebagai "politik
samseng".
Mohammad Ikhwan menasihatkan
kumpulan lawannya itu supaya tidak berlagak seperti 'samseng' kerana kedua-dua
pihak itu berbangsa Melayu. (MKINI)
Perkasa pun samseng. 2x5 saja dengan Bersih.
ReplyDeletesama2 tunjuk tambirang..
DeleteSudah ikut perhimpunan baru mahu menyesal? Awal2 tidak fikir akan kesannya.
ReplyDeleteramai lebih ramai lagi peserta bersih yang insaf dan tidak akan sertai perhimpunan seperti ini lagi.
ReplyDeletePerkasa=Utusan Malaysia=Ibrahim Ali
ReplyDeleteMelayu sama Melayu lama2 berperang kalau macam ni.
ReplyDeleteJadi kalau tidak mahu berperang pastikan menjaga satu sama lain. Janganlah asyik membuat keputusan yang kurang elok.
ReplyDeleteBERSIH memang tidak patut disokong. Maka apa yang Perkasa lakukan ini adalah antara protes yang dibuat.
ReplyDeleteAdakah tindakan perkasa menunjukan kematangan??
ReplyDelete"..berlaku penyelewengan agihan wang imbuhan untuk peserta BERSIH."
ReplyDeletepeserta perhimpunan dibayar?? guna duit dari mana?? kuasa asing atau dana awam kerajaan negeri?? mesti kena siasat ni..
nampak gayanya, tidak ada lagi la perhimpunan Bersih selepas ini..
ReplyDelete