Tuesday 8 May 2012

SABAHKINI.NET SEMAKIN PROFESIONAL



 
Oleh : NORASMAH TAKBIRUL


KUNJUNGAN Ketua Biro Wilayah Sandakan yang juga merupakan Wartawan Kanan Sabahkini.Net, Shaimon S Jumadi ke Pejabat Urusetia Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Cabang Semporna kelmarin telah disambut dan berikan penghormatan oleh Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna, Puan Nazmahwati Walli serta ahli-ahli Jawatankuasa Cabang lainnya.

Nazmah yang mewakili Jawatankuasa Cabang Semporna dalam ucapan ringkasnya amat mengalu-alukan kedatangan Wartawan Sabahkini.Net ke pejabatnya kerana selama media tempatan sering meminggirkan Program Sri Kandi disebabkan kekangan yang dikenakan media arus perdana.

“Kami telah diberitahu bahawa seorang Wartawan daripada Sabahkini.Net berada di Semporna selama sebulan bagi menjalankan tugas khas. Saya secara kebetulan terserempak dengan Shaimon ketika beliau sedang mewawancara warga Semporna di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari pejabat kami.," ujar Nazmah yang mempelawa Shaimon membuat liputan berhubung aktiviti Sri Kandi di Semporna.


 


Kata Nazmah, keesokannya beliau dan rombongan mempelawa Shaimon turut serta dalam lawatan ke Kampung Bangau-Bangau dan Kampung Labuan Haji menaiki bot untuk menziarahi seorang OKU sambil menghulurkan bantuan.

Menurut Nazmah, beliau kagum dengan ketabahan Shaimon menjalankan tugas sekalipun terpaksa ke luar daerah, berbanding dengan media lain yang terlalu cerewet dan sombong; malah enggan membuat liputan yang dianjurkan pihak pembangkang.

"Wartawan Sabahkini.net memang profesional dalam tugas mereka, tanpa memilih bulu dan prihatin membantu rakyat; malah peramah dan sudi berkongsi idea bagi memantapkan perjuangan PKR Semporna," ujar Nazmah yang berpuashati dengan liputan media yang dibuat Sabahkini.net.

Sehubungan itu, Nazmah menggesa agar Sabahkini.net melantik Wartawan Tetap di Semporna untuk mendengar rintihan dan menyuarakan masalah rakyat yang teraniaya, terutama berhubung isu tanah, kerakyatan songsang, peluang ekonomi dan infrastruktur yang agak mundur.





Sementara dalam ucapan balasnya, Shaimon antara lain mengucapkan terima kasih kerana Nazmah memberi layanan paling istimewa kepada Sabahkini.Net yang kini semakin diminati ramai, sama ada ahli-ahIi UMNO/BN dan juga pembangkang.

“Sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan ahli UMNO/BN mulai minat dengan Sabahkini.net. Tidak macam mula-mula saya bertugas di Sabahkini.net. Ramai ahli-ahli UMNO memusuhi saya. Alhamdulillah, kini semuanya berjalan lancar," kata Shaimon yang menafikan laporan Sabahkini.net berat sebelah.

Dalam pada itu  Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna sempat memberikan cenderahati berupa sehelai T shirt PKR dan Replika Perahu Lepa sebagai tanda perkenalan dan kenangan-kenangan bersama.

7 comments:

  1. Tahniah kepada Sabahkini.net kerana mampu mendapat minat dan sokongan daripada ahli UMNO/BN. Semoga dengan adanya kerjasama daripada pihak UMNO/BN, proses wawancara akan menjadi lebih lancar lagi. Teruskan usaha Sabahkini.net.

    ReplyDelete
  2. Mengapa saya lebih suka membaca berita di Sabahkini? Ini kerana Sabahkini berusaha memaparkan berita sebenar kepada pembaca, tidak berat sebelah seperti sesetengah portal berita yang lain yang hanya pro-PKR/anti-BN ataupun pro-BN/anti-PKR. Yang penting sekali, Sabahkini.net tidak pernah menyekat komen pembaca tidak kira ia menyokong ataupun membantah apa yang ditulis. Bukan macam portal yang cakap tak serupa bikin, katakan memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi komen disekat pula. Syabas Sabahkini.net.

    ReplyDelete
  3. Sabahkini.net media alternatif Sabah yang amat terkenal. ia byk menyampaikan isu2 semasa Sabah.

    ReplyDelete
  4. Mungkin Sabahkini ada membantu sebanyak mana masalah yang dihadapi penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  5. saya tidak suka cara Nazmahwati berpolitik.. ketika beliau memuji pihak itu, dalam masa yang sama beliau menghina pihak lain.. adakah benar wartawan lain selain wartawan Sabahkini bersikap sombong, cerewet dan tidak sanggup membuat liputan dikawasan2 yang mencabar??

    ReplyDelete
  6. Sabahkini memang profesional.. tapi Nazmahwati sangat tidak profesional.. beliau masih perlu banyak belajar tentang selok belok politik dan bagaimana hendak meraih populariti tanpa perlu menghina pihak lain..

    ReplyDelete