Saturday 19 May 2012

SAIRIN KELUAR UMNO SERTAI PAS




Oleh : FAIZAL OKADOU

BUKIT GARAM : Demi membela maruah rakyat Sabah yang terhina di bawah pemerintahan UMNO dan BN, Bekas Ketua Anak Negeri N48 Sukau, Sairin Muyong bertindak keluar UMNO dan menyertai PAS bersama 23 orang penyokongnya.

Borang penyertaan Sairin dan penyokongnya diserahkan kepada Bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Sapawi di rumahnya di Kg Bukit Garam.

Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Kinabatangan, Innah Tuton turut menyampaikan ucapan dalam majlis ringkas tersebut melahirkan rasa bangga atas penyertaan Sairin yang diyakini bakal memperkukuhkan PAS Kawasan Kinabatangan.

“Rakyat Sabah sering dipermainkan oleh pemimpin BN bermula zaman Tun Datu Mustapa sehinggalah kini dengan janji-janji pembangunan yang mengkayakan pemimpin tertentu sahaja. Rakyat Sabah terus hidup melarat dihimpit kemiskinan,” jelas Sairin yang juga bekas Setiausaha Parti Berjaya Kinabatangan.

Ketika ditanya, penyertaannya ke dalam PAS kerana berminat untuk menjadi calon PAS di N48 DUN Sukau, Sairin menafikan dakwaan itu kerana PAS sebuah parti yang cukup cermat dalam pemilihan calon dan matlamat perjuangannya adalah jelas untuk Islam.

Penyertaan beliau adalah untuk mencari redha Allah dengan baki kesihatan yang dianugerahkan Allah ini, namun Sairin berjanji akan bersungguh-sungguh menggunakan pengalaman politiknya untuk membantu PAS dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Bekas Ketua Cawangan UMNO itu juga melahirkan keyakinan kepada PAS yang dilihat lebih telus dalam pengurusan dan sentiasa mendidik pemimpin dan ahlinya supaya amanah dalam memikul tanggungjawab Negara, di samping keikhlasan ahlinya berkorban untuk meninggikan syiar Islam.

Ketika menyerahkan borang keahliannya kepada Ustaz Azman, Sairin berkata, “saya menyerahkan borang ini berserta dengan jiwa dan raga saya kepada perjuangan Islam yang dibawal oleh PAS,” lalu disambut dengan laungan takbir oleh hadirin yang hadir.

Sementara itu, Ustaz Azman turut melahirkan kegembiraan atas kesediaan Sairin dan penyokongnya untuk menyertai PAS. Senario penyertaan masyarakat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin rancak, bahkan di mana-mana yang beliau pergi, masyarakat akan bertanya tentang tarikh pilihanraya. Ini membuktikan rakyat sudah muak dengan UMNO BN dan sudah tidak sabar-sabar untuk menguburkan parti yang memerintah sekarang ini.

Menurut Ustaz Azman lagi, rakyat semakin takut dengan gaya pemerintahan BN yang boros dan bocor di mana-mana.

“UMNO BN bergaduh dengan semua peringkat masyarakat, bermula dengan pelajar university sehinggalah peneroka FELDA sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata kesat kepada peneroka FELDA,” jelas Ustaz Azman lagi

22 comments:

  1. dia nak keluar dan sertai PAS itu adalah hak dia. tak siapa boleh halang dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang ada pilihan masing-masing.

      Delete
  2. Good luck to Sairin Muyong after joining PAS.

    ReplyDelete
  3. Although most Sabahans does not think PAS is a suitable party for Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas tidaklah begitu terkenal kalau di Sabah..

      Delete
  4. Tekejut aku...aku ingat Sairin yang satu dlm kerajaan..tahu2 Sairin lain pula. Bagaimana pun...bagus juga tu semakin lama bnyk yg sedar perjuangan UMNO-BN!?

    ReplyDelete
  5. nampaknya semakin dekat PRU13, semakin aktif ahli UMNO/BN yang lompat parti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not only UMNO/BN but other party members too have been jumping to another party.

      Delete
  6. walau apapun, ini hak mereka jika mahu berpihak kepada parti pembangkang

    ReplyDelete
  7. semua orang punya pandangan peribadi sendiri mengenai hal ini...

    ReplyDelete
  8. biasalah isu politik..semua pun mahu disensasikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun, kalau politk semua pun mahu disensasikan.

      Delete
  9. yang penting, rakyat perlu bijak memilih parti yang betul2 layak menjadi parti pemimpin Sabah bila tiba musim PRU13 nanti

    ReplyDelete
  10. Members come and go. there is nothing surprising about this.

    ReplyDelete
  11. itu pilihan beliau sendiri untuk sertai parti mana yang disukai.

    ReplyDelete
  12. ini biasa dalam politik, ada yang keluar dan ada yang masuk.

    ReplyDelete
  13. Betulkah apa yang dikatakan ini. Namun tidak ada halangan untuk melakukan semua ini. Kerana setiap orang ada pilihan yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  14. Semua itu adalah pilihannya sendiri. Kita tunggu saja adakah pilihannya itu tepat atau tidak nanti.

    ReplyDelete
  15. Kalau sudah tidak sehaluan lebih baik angkat kaki saja la.

    ReplyDelete
  16. tembirang saja ba dia tu.. dia tahu sudah dia tidak tercalon untuk PRU kali ini jadi terpaksa la dia masuk PAS..

    ReplyDelete
  17. kalau Sairin cakap BN gagal membela nasib rakyat, apa fungsi beliau dalam BN?? bagi beliau yang bekerja itu parti politik atau pemimpin2 yang ada dalam parti itu??

    ReplyDelete