Oleh : FAIZAL OKADOU
BUKIT GARAM : Demi membela
maruah rakyat Sabah yang terhina di bawah pemerintahan UMNO dan BN, Bekas Ketua
Anak Negeri N48 Sukau, Sairin Muyong bertindak keluar UMNO dan menyertai PAS
bersama 23 orang penyokongnya.
Borang penyertaan Sairin dan
penyokongnya diserahkan kepada Bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz
Azman Sapawi di rumahnya di Kg Bukit Garam.
Pengarah Pilihanraya PAS
Kawasan Kinabatangan, Innah Tuton turut menyampaikan ucapan dalam majlis
ringkas tersebut melahirkan rasa bangga atas penyertaan Sairin yang diyakini
bakal memperkukuhkan PAS Kawasan Kinabatangan.
“Rakyat Sabah sering
dipermainkan oleh pemimpin BN bermula zaman Tun Datu Mustapa sehinggalah kini
dengan janji-janji pembangunan yang mengkayakan pemimpin tertentu sahaja.
Rakyat Sabah terus hidup melarat dihimpit kemiskinan,” jelas Sairin yang juga
bekas Setiausaha Parti Berjaya Kinabatangan.
Ketika ditanya,
penyertaannya ke dalam PAS kerana berminat untuk menjadi calon PAS di N48 DUN
Sukau, Sairin menafikan dakwaan itu kerana PAS sebuah parti yang cukup cermat
dalam pemilihan calon dan matlamat perjuangannya adalah jelas untuk Islam.
Penyertaan beliau adalah
untuk mencari redha Allah dengan baki kesihatan yang dianugerahkan Allah ini, namun
Sairin berjanji akan bersungguh-sungguh menggunakan pengalaman politiknya untuk
membantu PAS dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Bekas Ketua Cawangan UMNO
itu juga melahirkan keyakinan kepada PAS yang dilihat lebih telus dalam
pengurusan dan sentiasa mendidik pemimpin dan ahlinya supaya amanah dalam
memikul tanggungjawab Negara, di samping keikhlasan ahlinya berkorban untuk
meninggikan syiar Islam.
Ketika menyerahkan borang
keahliannya kepada Ustaz Azman, Sairin berkata, “saya menyerahkan borang ini
berserta dengan jiwa dan raga saya kepada perjuangan Islam yang dibawal oleh
PAS,” lalu disambut dengan laungan takbir oleh hadirin yang hadir.
Sementara itu, Ustaz Azman turut
melahirkan kegembiraan atas kesediaan Sairin dan penyokongnya untuk menyertai
PAS. Senario penyertaan masyarakat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin
rancak, bahkan di mana-mana yang beliau pergi, masyarakat akan bertanya tentang
tarikh pilihanraya. Ini membuktikan rakyat sudah muak dengan UMNO BN dan sudah
tidak sabar-sabar untuk menguburkan parti yang memerintah sekarang ini.
Menurut Ustaz Azman lagi,
rakyat semakin takut dengan gaya pemerintahan BN yang boros dan bocor di
mana-mana.
dia nak keluar dan sertai PAS itu adalah hak dia. tak siapa boleh halang dia.
ReplyDeletesetiap orang ada pilihan masing-masing.
DeleteGood luck to Sairin Muyong after joining PAS.
ReplyDeleteAlthough most Sabahans does not think PAS is a suitable party for Sabah.
ReplyDeletepas tidaklah begitu terkenal kalau di Sabah..
DeleteTekejut aku...aku ingat Sairin yang satu dlm kerajaan..tahu2 Sairin lain pula. Bagaimana pun...bagus juga tu semakin lama bnyk yg sedar perjuangan UMNO-BN!?
ReplyDeletenampaknya semakin dekat PRU13, semakin aktif ahli UMNO/BN yang lompat parti...
ReplyDeleteNot only UMNO/BN but other party members too have been jumping to another party.
Deletewalau apapun, ini hak mereka jika mahu berpihak kepada parti pembangkang
ReplyDeletesemua orang punya pandangan peribadi sendiri mengenai hal ini...
ReplyDeletebiasalah isu politik..semua pun mahu disensasikan...
ReplyDeletememang pun, kalau politk semua pun mahu disensasikan.
Deleteyang penting, rakyat perlu bijak memilih parti yang betul2 layak menjadi parti pemimpin Sabah bila tiba musim PRU13 nanti
ReplyDeleteMembers come and go. there is nothing surprising about this.
ReplyDeleteitu pilihan beliau sendiri untuk sertai parti mana yang disukai.
ReplyDeleteini biasa dalam politik, ada yang keluar dan ada yang masuk.
ReplyDeleteSudah menjadi asam garam politik
DeleteBetulkah apa yang dikatakan ini. Namun tidak ada halangan untuk melakukan semua ini. Kerana setiap orang ada pilihan yang terbaik untuk mereka.
ReplyDeleteSemua itu adalah pilihannya sendiri. Kita tunggu saja adakah pilihannya itu tepat atau tidak nanti.
ReplyDeleteKalau sudah tidak sehaluan lebih baik angkat kaki saja la.
ReplyDeletetembirang saja ba dia tu.. dia tahu sudah dia tidak tercalon untuk PRU kali ini jadi terpaksa la dia masuk PAS..
ReplyDeletekalau Sairin cakap BN gagal membela nasib rakyat, apa fungsi beliau dalam BN?? bagi beliau yang bekerja itu parti politik atau pemimpin2 yang ada dalam parti itu??
ReplyDelete