Wednesday 16 May 2012

‘SBPM’ BERJALAN LANCAR




LONDON : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbuatan dua tiga orang cuba menganggu majlis pertemuan beliau dengan rakyat Malaysia di sini semalam tidak mencemarkan majlis tersebut.

“Ini adalah kes di mana sekumpulan minoriti kecil cuba dominate keadaan dan suasana. Sebab itu sebagai kumpulan majoriti kita tidak boleh membenarkan perkara ini dan kita tidak akan rasa tertekan dalam perkara ini,” beliau berkata.

“Kita akan menayangkan (rakaman) video mengenai majlis tersebut secara keseluruhan,” katanya pada pemberita Malaysia di sini, kelmarin.

Tindakan untuk menayangkan rakaman video itu diambil kerana kemungkinan ada pihak yang akan cuba memberi persepsi yang berbeza mengenai perkara itu, kata Najib

“Jadi kita terpaksa membetulkan, hakikat apa yang telah berlaku dan ramai yang hadir semalam termasuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong,” katanya yang memaklumkan rakaman video itu akan dimuatnaik ke dalam blog 1Malaysia.

Najib berkata kebanyakan tetamu pada majlis itu begitu mesra dengan beliau dan ramai yang meminta bergambar bersamanya.

“Ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh dua tiga orang semalam itu tidak mencemar majlis tersebut, ia telahpun diduga. Akibat limpahan daripada demonstrasi Bersih 3.0 baru-baru ini, sudah tentu mereka akan mengambil kesempatan eksploit kehadiran saya bagi kepentingan mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata sebahagian besar rakyat Malaysia cintakan keamanan dan tidak suka kepada kekacauan. Mereka menghormati prinsip keluhuran undang-undang.

“Ini dapat dilihat apabila saya berbual dengan mereka yang hadir, bukan sahaja apa yang mereka luahkan begitu positif, tetapi juga telah menerpa ke hadapan untuk bergambar dengan saya,” katanya.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada Isnin untuk lawatan kerja dua hari ke United Kingdom. Perdana Menteri menerima jemputan Putera Wales, Putera Charles, untuk menghadiri majlis resepsi sempena penganugerahan Carter Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford pada petang kelmarin. (Bernama)

7 comments:

  1. bgslah ia brjalan lancar walaupun ada pihak cuba merosakkan majlis tersebut.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya majoriti rakyat Malaysia yang berada di luar negara (London)masih lagi memberi sokongan kepada Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumlah mereka yang menyokong Najib lebih banyak daripada jumlah mereja yang tidak menyokong.

      Delete
  3. Ada pihak yang dengki sangat mahu menjatuhkan imej kerajaan di mata luar.

    ReplyDelete
  4. Siapakah mereka itu yang cuba menganggu pertemu Datuk Najib tersebut.

    ReplyDelete
  5. ada pihak yang terdesak mahu merosakkan apa sahaja program Najib bersama rakyat.. maklumlah pilihanraya umum semakin hampir..

    ReplyDelete
  6. agaknya begini juga la tindakan yang dilakukan ketika perhimpunan Bersih 3.0.. dua tiga orang melakukan provokasi dengan harapan peserta2 perhimpunan yang lain ikut melakukan tindakan provokasi..

    ReplyDelete