Oleh
: AHMAD FADLI KC
KEHADIRAN
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia
di London malam kelmarin disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian
hadirin.
Sorakan
slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan
berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.
Sorakan
slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan
terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.
"Bolehkah
anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti
dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.
Rayuan
Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk
mengundi.
"Kami
mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di
majlis tersebut.
Najib
kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan
ucapannya.
"Anda
boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata
Najib.
Sorakan
tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.
Acara
yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya
Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.
Program
berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di
London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.
Sementara
itu, Bernama melaporkan bahawa sebahagian besar ucapan Najib kepada warga
Malaysia yang menghadiri majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri"
yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London, adalah
mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan
rakyat melalui pilihan raya.
Najib
berkata dalam mana-mana demokrasi akan ada mereka yang mengundi menyokong dan
menentang, tetapi akhirnya, apa yang paling utama ialah pilihan rakyat.
“najib
event at london O2 dome 100512Rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan itu. Kita
telah
membuktikannya.
Anda tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan di Malaysia kerana jika
diadakan juga, tidak dapat tidak akan timbul masalah, akan berlaku
pertelagahan," katanya jelas merujuk kepada demonstrasi Bersih 3.0 di
Kuala Lumpur bulan lepas.
Najib
berkata seseorang itu mempunyai hak untuk menyokong kerajaan atau pembangkang
tetapi "anda harus melakukannya mengikut lunas undang-undang yang
ada".
“Jika
anda tidak hiraukan peraturan undang-undang, akan berlaku anarki dalam negara.
Tidak harus berlaku anarki di negara kita. Kita boleh terima pertentangan
pendapat dam pandangan tapi saya tidak akan hormati jika anda melanggar
undang-undang negara. Itulah satu-satunya perlindungan yang kita ada untuk masa
depan rakyat Malaysia," katanya.
Perdana
menteri menarik perhatian bahawa telah terbukti sejumlah 100,000 orang boleh
berkumpul di sebuah stadium, dan melakukannya dengan begitu aman sekali,
merujuk jelas kepada perhimpunan besar-besaran yang diadakan di Stadium
Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei.
“Itulah
caranya yang betul. Jika Bersih mahu mengadakan perjumpaan, kita boleh berikan
mereka stadium yang sama, dan kita akan pastikan keamanan dan keselamatannya.
Tiada siapa yang akan dicederakan dan itulah cara yang sebenarnya bagi kita sebagai
sebuah negara yang matang. Kita percayakan demokrasi, tetapi demokrasi dengan
tangungjawab."
Bernama
melaporkan ada dua tiga orang yang berbuat bising dalam kalangan audien itu,
membuatkan perdana menteri berkata "ini bukan adab orang Malaysia dan tidak
sopan untuk mengganggu", bagaimanapun hadirin yang lain amat tekun
mendengar ucapan beliau.
“Saya
bangga semua rakyat Malaysia patuh kepada undang-undang dan menghormati orang
lain sebab itu anda harus bersuara. Anda harus bersuara terhadap mereka yang
menyalahguna kedudukan mereka. {Jika) anda kumpulan minoriti, jangan paksakan
pandangan anda terhadap kumpulan majoriti," tegas beliau.
Katanya
beliau percaya jauh lebih baik ialah untuk bertindak bijak, mematuhi
undang-undang dan bila tiba masanya, akan ada peluang untuk membuat keputusan
sebagai warga Malaysia.
Najib,
yang memberitahu audien mengenai pelbagai perubahan signifikan yang dilakukan
kerajaan dari segi ekonomi, pendidikan dan beberapa undang-undang keselamatan,
menekankan bahawa kerajaan mahu menjadi sebuah kerajaan yang mewakili perasaan
rakyat Malaysia.
“Kami
mahu terlibat dengan rakyat Malaysia, untuk melakukan apa yang terbaik untuk
rakyat Malaysia, dan itulah komitmen saya sebagai perdana menteri
Malaysia," katanya disambut dengan tepukan gemuruh.
Beliau
mengulangi bahawa era "kerajaan yang lebih tahu, sudah berakhir".
"Kami perlu mendengarkan rakyat, dan ini yang dilakukan kerajaan sekarang,
mendengar suara rakyat".
Najib
berkata kerajaan melakukan yang terbaik untuk merubah Malaysia menjadi sebuah
negara yang benar-benar maju menjelang 2020 melalui pelbagai program
transformasi ekonomi dan program transformasi kerajaan.
Malah,
katanya, kini adalah saat yang amat penting dalam sejarah Malaysia kerana
inilah kali pertama ia memulakan transformasi besar-besaran Malaysia secara
menyeluruh, bukan hanya dari segi ekonomi tetapi juga dari segi sosial dan
politik, untuk mencapai status sebuah negara maju sepenuhnya dalam tahun 2020.
"Kita
boleh melakukannya dan saya percaya sebagai rakyat Malaysia, kita semua komited
menuju ke arah menjadi sebuah negara maju. Saya berharap anda semua bersedia
menyertai saya dalam perjalanan ini kerana kereta api sudah berlepas dari
stesennya dan saya mahukan semua rakyat Malaysia menaiki tren ini supaya kita
mempunyai segala sebab dan setiap peluang untuk mencapai matlamat kita menjadi
sebuah negara maju," katanya.
Turut
hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria
Sulong, yang menganjurkan majlis itu, dan isteri Datin Seri Hazizah Ahmad.
Najib
dan Rosmah tiba pada Isnin untuk lawatan kerja dua hari ke United Kingdom.
Perdana menteri menerima jemputan Putera Wales, Putera Charles, untuk
menghadiri majlis resepsi sempena penganugerahan Carter Diraja kepada Pusat
Pengajian Islam Oxford.
bersih ni di mana2 suka buat kecoh.
ReplyDelete70 buah negara sertai perhimpunan Bersih3.0. jadi, mana2 pun ada saja rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati. nasib baiklah PM dapat bersabar.
ReplyDeleteTahun lalu dalam bulan Julai, Najib disambut dengan pakaian warna kuning oleh Ratu Elizabeth di London.
ReplyDeleteRasanya itu hanyalah kebetulan. Kuning kan warna diraja. Hehe
DeleteYang emo2 sangat tu memang betul2 mahu mengundi ka? Sudah daftarkan diri? Atau sekadar jadi kuda politik pihak pembangkang?
ReplyDeleteYang penting Datuk Najib mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.
ReplyDeletetidak mustahil juga semua ini telah dirancang oleh pemimpin2 pembangkang.. jika mereka boleh mengadakan perhimpunan Bersih di luar negara, tidak mustahil mereka juga boleh menimbulkan provokasi terhadap majlis PM di luar negara..
ReplyDeleteera pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada sebelumnya.. hanya Najib sahaja PM yang berani melakukan perubahan seperti penggunaan dakwat kekal, pemansuhan ISA, penubuhan PSC dan sebagainya..
ReplyDelete