Friday 25 May 2012

USAHAWAN WANITA SABAH BERPOTENSI BESAR



PECAH TANAH   Azizah, Asnimar dan Siti Sapoo mengendalikan jentera ketika menyempurnakan upacara majlis Pecah Tanah Hub Usahawan Wanita di Beaufort kelmarin.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Usahawan Wanita di negeri ini memiliki potensi besar untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi dengan berbekalkan keazaman yang tinggi dan penggemblengan usaha oleh semua pihak.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata potensi yang ada di kalangan wanita mestilah dibangunkan sepenuhnya bagi menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk melahirkan sekurang-kurangnya 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012 termasuk 200 usahawan wanita di Negeri Sabah.

“Kita merasa cukup berbangga apabila Sabah direkodkan sebagai negeri yang memiliki rekod bersih 100 peratus pembayaran balik pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan hampir 99 peratus melalui Yayasan Usaha Maju di kalangan peminjam wanita pada tahun lalu. Ini menunjukkan perniagaan mereka memberikan pulangan yang menguntungkan sehingga mampu membayar balik pinjaman mengikut tempoh ditetapkan,” katanya.

Beliau berharap usahwan wanita terus mendapat perhatian dan sokongan untuk menyuntik semangat dan usaha dalam meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.
“Saya juga menyeru para wanita untuk bangkit menyahut cabaran dan genggamlah segenap peluang dan sokongan yang telah diberikan oleh kerajaan seperti ini untuk memajukan diri,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah Hub Usahawan Wanita di Beaufort, kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, wong Foo Tin, Setiusaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Asnimar Sukardi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Datuk Siti Sapoo Ahok dan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) Datuk Mariati Robert.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkatabHUW akan menjadi wadah penerus kesinambungan generasi usahawan wanita pada masa kini dan akan datang selian menjadi mercu tanda yang melambangkan perjuangan dan kegigihan wanita dalam sektor perniagaan dan keusahawanan sejak sekian lama.

“Pewujudan hub ini merupakan satu lagi kejayaan Jhewa untuk membawa wanita mencapai kemajuan dalam ekonomi. HUW ini juga merupakan projek perintis bagi Jhewa menjayakan perancangan untuk membangunkan hub seumpamanya di peringkat bahagian atau zon yang lain bagi manfaat golongan usahawan wanita di daerah-daerah berdekatan. Usaha ini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan konsep Satu Daerah Satu Industri (SDSI),” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap hub itu dapat membantu usahawan wanita mengembangkan perniagaan dan mencipta kejayaan sehingga menjadi usahawan yang membanggakan di samping ingin melihat produk-produk yang diusahakan dan dipasarkan melalui hub itu kelak dapat pula dirangkaikan dengan pusat jualan produk di galeria@wisma wanita.

“Sememangnya menjadi hasrat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna bersama-sama agensi di bawahnya untuk terus menyokong usaha-usaha pembangunan wanita dalam sektor ekonomi sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini. Di samping program berteraskan ekonomi, program sokongan berbentuk motivasi dan kaunseling juga diadakan dari semasa ke semasa.


 


PELAN    Azizah meneliti pelan dan rekabentuk Hub Usahawan Wanita Beaufort yang akan di bina tahun ini.

Seterusnya Azizah berkata, HUW yang pertama di Sabah itu kelak akan menyediakan ruang niaga untuk makanan, reflexlogi dan salon kecantikan. Terdapat juga ruang terbuka untuk mempromosi produk-produk dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang mesra pengguna, OKU, pelancong, dan pengunjung yang membuat perjalanan jauh untuk singgah seketika dengan konsep R & R yang lazim ditemui di lebuh raya.

Katanya, hub itu juga dilihat berpotensi untuk dijadikan tempat persinggahan pelancong bagi mendapatkan produk-produk tempatan.

”Selain itu, hub ini juga akan menempatkan pejabat operasi Yayasan Usaha Maju (YUM) Wilayah Beaufort yang mana terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi di kalangan wanita sebagai kumpulan sasar yang terbesar.

”Sesungguhnya pembinaan hub usahawan ini adalah antara inisiatif yang menggambarkan komitmen dan kesungguhan pihak kerajaan negeri bagi menjayakan usaha pembangunan wanita dan merealisasikan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

8 comments:

  1. byk bantuan diberikan kerajaan bagi melahirkan usahawan yang berjaya trmasuk wanita.

    ReplyDelete
  2. golongan wanita harus memanfaatkan peluang ini untuk menajdi usahawan yang berjaya dan berdaya saing.

    ReplyDelete
  3. Potensi memang ada. Bergantung kepada usaha dan peluang yang ada.

    ReplyDelete
  4. Usahawan wanita perlu buktikan bahawa mereka juga mampu berjaya dan setanding dengan usahawan kaum lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya mempunyai peluang dan minat jangan sia2kan.

      Delete
  5. Semoga usahawan wanita tidak akan melepaskan peluang mereka untuk memastikan berjaya dalam perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan tidak mengabaikan wanita dalam bidang perniagaan dan sentiasa membantu terutamanya ibu2 tunggal.

    ReplyDelete
  7. syabas kepada Azizah.. beliau bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan belia2 di negeri ini malah kepada golongan wanita..

    ReplyDelete