PECAH
TANAH Azizah, Asnimar dan Siti Sapoo
mengendalikan jentera ketika menyempurnakan upacara majlis Pecah Tanah Hub
Usahawan Wanita di Beaufort kelmarin.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT: Usahawan Wanita di
negeri ini memiliki potensi besar untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang
diceburi dengan berbekalkan keazaman yang tinggi dan penggemblengan usaha oleh
semua pihak.
Menteri Pembangunan
Masyarakat dan hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata potensi
yang ada di kalangan wanita mestilah dibangunkan sepenuhnya bagi menjayakan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri
untuk melahirkan sekurang-kurangnya 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012
termasuk 200 usahawan wanita di Negeri Sabah.
“Kita merasa cukup berbangga
apabila Sabah direkodkan sebagai negeri yang memiliki rekod bersih 100 peratus
pembayaran balik pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan hampir 99 peratus
melalui Yayasan Usaha Maju di kalangan peminjam wanita pada tahun lalu. Ini
menunjukkan perniagaan mereka memberikan pulangan yang menguntungkan sehingga
mampu membayar balik pinjaman mengikut tempoh ditetapkan,” katanya.
Beliau berharap usahwan
wanita terus mendapat perhatian dan sokongan untuk menyuntik semangat dan usaha
dalam meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.
“Saya juga menyeru para
wanita untuk bangkit menyahut cabaran dan genggamlah segenap peluang dan
sokongan yang telah diberikan oleh kerajaan seperti ini untuk memajukan diri,”
katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah Hub Usahawan Wanita di Beaufort,
kelmarin.
Hadir sama Pegawai Daerah
Beaufort, wong Foo Tin, Setiusaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan
Hal Ehwal Pengguna, Datuk Asnimar Sukardi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita
Sabah (JHEWA), Datuk Siti Sapoo Ahok dan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita
Sabah (MPWS) Datuk Mariati Robert.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias berkatabHUW akan menjadi wadah penerus kesinambungan
generasi usahawan wanita pada masa kini dan akan datang selian menjadi mercu
tanda yang melambangkan perjuangan dan kegigihan wanita dalam sektor perniagaan
dan keusahawanan sejak sekian lama.
“Pewujudan hub ini merupakan
satu lagi kejayaan Jhewa untuk membawa wanita mencapai kemajuan dalam ekonomi.
HUW ini juga merupakan projek perintis bagi Jhewa menjayakan perancangan untuk
membangunkan hub seumpamanya di peringkat bahagian atau zon yang lain bagi
manfaat golongan usahawan wanita di daerah-daerah berdekatan. Usaha ini juga
selari dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan konsep Satu Daerah Satu Industri
(SDSI),” katanya.
Sehubungan itu beliau
berharap hub itu dapat membantu usahawan wanita mengembangkan perniagaan dan
mencipta kejayaan sehingga menjadi usahawan yang membanggakan di samping ingin
melihat produk-produk yang diusahakan dan dipasarkan melalui hub itu kelak
dapat pula dirangkaikan dengan pusat jualan produk di galeria@wisma wanita.
“Sememangnya menjadi hasrat
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna bersama-sama agensi
di bawahnya untuk terus menyokong usaha-usaha pembangunan wanita dalam sektor
ekonomi sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini. Di samping program
berteraskan ekonomi, program sokongan berbentuk motivasi dan kaunseling juga diadakan
dari semasa ke semasa.
PELAN Azizah meneliti pelan dan rekabentuk Hub
Usahawan Wanita Beaufort yang akan di bina tahun ini.
Seterusnya Azizah berkata,
HUW yang pertama di Sabah itu kelak akan menyediakan ruang niaga untuk makanan,
reflexlogi dan salon kecantikan. Terdapat juga ruang terbuka untuk mempromosi
produk-produk dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang mesra
pengguna, OKU, pelancong, dan pengunjung yang membuat perjalanan jauh untuk
singgah seketika dengan konsep R & R yang lazim ditemui di lebuh raya.
Katanya, hub itu juga
dilihat berpotensi untuk dijadikan tempat persinggahan pelancong bagi
mendapatkan produk-produk tempatan.
”Selain itu, hub ini juga
akan menempatkan pejabat operasi Yayasan Usaha Maju (YUM) Wilayah Beaufort yang
mana terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi di kalangan wanita sebagai
kumpulan sasar yang terbesar.
”Sesungguhnya pembinaan hub
usahawan ini adalah antara inisiatif yang menggambarkan komitmen dan
kesungguhan pihak kerajaan negeri bagi menjayakan usaha pembangunan wanita dan
merealisasikan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,”
katanya.
byk bantuan diberikan kerajaan bagi melahirkan usahawan yang berjaya trmasuk wanita.
ReplyDeletegolongan wanita harus memanfaatkan peluang ini untuk menajdi usahawan yang berjaya dan berdaya saing.
ReplyDeletePotensi memang ada. Bergantung kepada usaha dan peluang yang ada.
ReplyDeleteUsahawan wanita perlu buktikan bahawa mereka juga mampu berjaya dan setanding dengan usahawan kaum lelaki.
ReplyDeleteSekiranya mempunyai peluang dan minat jangan sia2kan.
DeleteSemoga usahawan wanita tidak akan melepaskan peluang mereka untuk memastikan berjaya dalam perniagaan mereka.
ReplyDeleteKerajaan tidak mengabaikan wanita dalam bidang perniagaan dan sentiasa membantu terutamanya ibu2 tunggal.
ReplyDeletesyabas kepada Azizah.. beliau bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan belia2 di negeri ini malah kepada golongan wanita..
ReplyDelete