Thursday 17 May 2012

ZAHIDA TOLAK SEMUA DAKWAAN NOORAZMAN




Oleh : REGINA LEE

PETALING JAYA: Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang menteri kabinet, Zahida Rafik sekali lagi menafikan mempunyai hubungan dengan VIP tersebut seperti mana dakwaan pemandunya, Noor Azman Azemi.

Zahida turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenali Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selain menganggap Noor Azman sebagai seorang pembohong.

“Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?

“Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah,” katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Sementara itu dalam satu sidang media anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan pada tengah hari Rabu, Noor Azman, 38, mendakwa hubungannya dengan Zahida menjadi tegang selepas dia membuat pendedahan itu.

Noor Azman mendakwa, dia telah bermasam muka dengan Zahida beberapa bulan sebelum meletak jawatan iaitu pada 29 Februari lalu selepas dia pernah bertindak melaporkan kepada Shafie perbuatan Zahida yang mempunyai hubungan dengan lelaki muda.

“Ketika saya bekerja dengannya, perasaan saya amat tertekan selain berasa tidak selesa,” katanya di ibu pejabat parti itu di sini, Rabu.

Turut hadir penyanyi tahun 1990-an, Dayangku Intan yang juga ahli PKR.

Noor Azman sebelum ini dituntut membuat laporan polis yang mengatakan Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim selama beberapa tahun dan dia telah dibayar oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.

Beliau juga mendakwa turut menerima wang di antara RM100,000 dan RM200,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida.

Noor Azman meletakkan jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari lalu dan membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000 kononnya milik Zahida.

Menteri berkenaan yang telah berkahwin dengan Datin Seri Shuryani Shuaib dan memiliki enam orang anak telah menafikan dakwaan yang dibuat Noor Azman.

Terdahulu, peguam Zahida, Datuk Shafie Abdullah telah menghantar surat saman kepada Noor Azman dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan memfitnah.

Peguam Noor Azman iaitu Latheefa Koya yang juga Ketua Biro undang-undang PKR pula berkata, parti itu menuntut Zahida dan Shafie menjelaskan dari manakah jumlah wang yang diperkatakan itu diperolehi. (MStar)

11 comments:

  1. Zahida dan Shafie masing2 dah menafikan dakwaan tersebut. hal ini mmg merumitkan.

    ReplyDelete
  2. Shafie dan Zahida jg telah memfailkan saman terhdap Zuraidah berhubung isu ini. kita lihat perkembangan isu ini.

    ReplyDelete
  3. Some claimed that Zahida and Shafie are married without the knowledge of the public and media, but now Zahida is denying that he knew Shafie, what is the truth?

    ReplyDelete
    Replies
    1. They better tell the public the truth. If they are caught swindle, it will be disgrace for them.

      Delete
    2. Memang jarang orang yang akan mengakui kesilapannya. kadang2 bila sudah terpaksa barulah mengaku. harap Shafie dan Zahida ni bercakap benar.

      Delete
  4. Whether or not Noor Azman Azemi allegations are 100% true, why did he wanted to do this? For fame and money?

    ReplyDelete
  5. Cukup2 la main wayang tu. Entah siapa menipu di antara mereka ni.

    ReplyDelete
  6. Noor Azman janganlah mudah terhasut dan dipergunakan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

    ReplyDelete
  7. Kita tunggu saja bukti kukuh mengenai perkara ini. Semua itu sekarang ada didalam penyata bank yang dibuat oleh Zahida jika benar berlaku.

    ReplyDelete
  8. Azman ni pun bukannya boleh percaya sangat.. dia sendiri pun buat jenayah.. merompak wang rm200 ribu..

    ReplyDelete
  9. sepanjang tempoh Azman menjadi pemandu Zahida, takkan beliau tidak menyimpan langsung sebarang bukti yang boleh mengaitkan hubungan intim zahida dengan shafie?? contohnya gambar mereka berdua atau sebarang bentuk resit?

    ReplyDelete