Oleh
: REGINA LEE
PETALING
JAYA: Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang menteri kabinet,
Zahida Rafik sekali lagi menafikan mempunyai hubungan dengan VIP tersebut
seperti mana dakwaan pemandunya, Noor Azman Azemi.
Zahida
turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenali Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selain menganggap Noor Azman sebagai
seorang pembohong.
“Jadi
dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri
(Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk
Seri?
“Saya
mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu
semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. Biarlah peguam saya
yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah,” katanya ketika dihubungi di
sini, Rabu.
Sementara
itu dalam satu sidang media anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan
pada tengah hari Rabu, Noor Azman, 38, mendakwa hubungannya dengan Zahida
menjadi tegang selepas dia membuat pendedahan itu.
Noor
Azman mendakwa, dia telah bermasam muka dengan Zahida beberapa bulan sebelum
meletak jawatan iaitu pada 29 Februari lalu selepas dia pernah bertindak
melaporkan kepada Shafie perbuatan Zahida yang mempunyai hubungan dengan lelaki
muda.
“Ketika
saya bekerja dengannya, perasaan saya amat tertekan selain berasa tidak
selesa,” katanya di ibu pejabat parti itu di sini, Rabu.
Turut
hadir penyanyi tahun 1990-an, Dayangku Intan yang juga ahli PKR.
Noor
Azman sebelum ini dituntut membuat laporan polis yang mengatakan Shafie dan
Zahida mempunyai hubungan intim selama beberapa tahun dan dia telah dibayar
oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.
Beliau
juga mendakwa turut menerima wang di antara RM100,000 dan RM200,000 yang perlu
dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida.
Noor
Azman meletakkan jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari lalu dan
membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang
RM200,000 kononnya milik Zahida.
Menteri
berkenaan yang telah berkahwin dengan Datin Seri Shuryani Shuaib dan memiliki
enam orang anak telah menafikan dakwaan yang dibuat Noor Azman.
Terdahulu,
peguam Zahida, Datuk Shafie Abdullah telah menghantar surat saman kepada Noor
Azman dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan memfitnah.
Peguam
Noor Azman iaitu Latheefa Koya yang juga Ketua Biro undang-undang PKR pula
berkata, parti itu menuntut Zahida dan Shafie menjelaskan dari manakah jumlah
wang yang diperkatakan itu diperolehi. (MStar)
Zahida dan Shafie masing2 dah menafikan dakwaan tersebut. hal ini mmg merumitkan.
ReplyDeleteShafie dan Zahida jg telah memfailkan saman terhdap Zuraidah berhubung isu ini. kita lihat perkembangan isu ini.
ReplyDeleteSome claimed that Zahida and Shafie are married without the knowledge of the public and media, but now Zahida is denying that he knew Shafie, what is the truth?
ReplyDeleteThey better tell the public the truth. If they are caught swindle, it will be disgrace for them.
DeleteMemang jarang orang yang akan mengakui kesilapannya. kadang2 bila sudah terpaksa barulah mengaku. harap Shafie dan Zahida ni bercakap benar.
DeleteWhether or not Noor Azman Azemi allegations are 100% true, why did he wanted to do this? For fame and money?
ReplyDeleteCukup2 la main wayang tu. Entah siapa menipu di antara mereka ni.
ReplyDeleteNoor Azman janganlah mudah terhasut dan dipergunakan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan diri mereka sendiri.
ReplyDeleteKita tunggu saja bukti kukuh mengenai perkara ini. Semua itu sekarang ada didalam penyata bank yang dibuat oleh Zahida jika benar berlaku.
ReplyDeleteAzman ni pun bukannya boleh percaya sangat.. dia sendiri pun buat jenayah.. merompak wang rm200 ribu..
ReplyDeletesepanjang tempoh Azman menjadi pemandu Zahida, takkan beliau tidak menyimpan langsung sebarang bukti yang boleh mengaitkan hubungan intim zahida dengan shafie?? contohnya gambar mereka berdua atau sebarang bentuk resit?
ReplyDelete