Oleh : NIGEL AW
PENCERAMAH Pakatan Rakyat,
Tamrin Ghafar menjadikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri
tersebut.
Bercakap kepada kira-kira
300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada
mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan
yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga
1995.
"Adakah awak ingat
sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings,
kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di luar
mahkamah?
"Siapa yang untung?
(Tan Sri) Syed Mokhtar Al-Bukhary. Siapa yang buat dia kaya? Muhyiddin,"
katanya dalam majlis anjuran PAS Johor di DUN Jorak, dalam parlimen Pagoh
semalam.
Tamrin merujuk kepada kes
saman ke atas Muhyiddin, ahli perniagaan Datuk Yahya Taib dan Syed Mokhtar yang
didakwa berkonspirasi untuk memiliki 6,600 ekar tanah yang dimiliki oleh
Stamford Holdings.
Syarikat itu mendakwa telah
diugut bahawa, sekiranya ia tidak menyertai usahasama untuk membangunkan tanah
tersebut dengan menyerahkan 70 peratus ekuitinya, tanah syarikat itu akan
diambil alih oleh kerajaan negeri.
Muhyiddin menafikannya
dakwaan tersebut, yang disifatkan sebagai cubaan untuk menjejaskan kredibiliti
dan merosakkan imejnya.
Kes tersebut berakhir dengan
penyelesaian luar mahkamah di mana kerajaan negeri dan syarikat berkaitan
diperintah membayar RM405 juta berbentuk pampasan untuk pengambilan tanah
berkenaan.
haa!sekarang baru keluar cerita2 lama ni.tidak hairanlah dekat sudah PRU.
ReplyDeleteKeadaan yang biasa kalau sudah dekat2 PRU
DeleteKalau Muhyiddin bersalah mesti sudah lama dah kena masuk penjara.
ReplyDeletecerita lama yang diungkit, kehabisan topik sdah ke?
ReplyDeleteMuhiyiddin will be laughing if he was at the talk.
ReplyDeleteTidak pasti apa yang berlaku. Tapi kalau dekat-dekat PRU13 ini memang pelbagai isu mula dimainkan untuk menjatuhkan pihak lain. Terutama pembangkang yang suka mereka cerita sebegini.
ReplyDeleteIsu2 yang dimainkan hanya untuk memancing undi saja tu.
DeleteSerang jangan tidak serang kalau sudah terpaksa.
ReplyDeleteitu dia.. Tamrin Ghafar bawa isu zaman 80an.. inilah salah satu contoh pemimpin yang paling tidak update di Malaysia.. jarang2 nama dia keluar, sekali keluar terus dia bedal isu 80an..
ReplyDelete