Monday, 18 June 2012

KENAPA MELAYU CUBA JATUHKAN RAJA?



Oleh :  LEVEN WOON

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan rasa dukacita kerana kritikan yang sering dilemparkan ke atas golongan Istana dibuat oleh golongan Melayu.

"Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain tiada buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup," katanya di Twitter.

Kenyataannya itu timbul susulan kenyataan oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang marah dengan kritikan yang disuarakan bekas menteri besar Perak, Datuk  Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kos RM520,00 untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW1.

Dalam tulisan tersebut, Tunku Ismail turut mempersoalkan mengapa bangsa bukan Melayu "tidak membuang masa membuat benda bodoh."

Tunku Ismail turut membayangkan bahawa golongan Melayu akan mengalami nasib seperti masyarakat di Singapura jika negara tidak mempunyai raja.

"Kalau dah susah jangan sibuk mencari raja. Berhentilah hidup dalam mimpi. Sedarlah dan mula hadapi fakta.

"Belajarlah untuk menghargai apa yang anda miliki dan bersyukur," katanya lagi dalam tulisan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata isu yang dihadapi Nizar tidak akan menjejaskan peluang PAS Johor untuk memenangi negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

9 comments:

  1. Orang Melayu juga yang menjatuhkan orang Melayu.

    ReplyDelete
  2. Tidak hairan ba kalau orang yang berkedudukan ni beli plat no kereta pun sampai ratusan ribu.

    ReplyDelete
  3. jgnlah cuba nk jatuhkan Raja, Raja adalah lambang kekuatan dan kedaulatan negara kita.

    ReplyDelete
  4. Kalau bukan busy body, dengki, sihir...itulah kerja mereka selalu walaupun bukan semua.

    ReplyDelete
  5. Sebaiknya kita harus menghormati raja atau sultan kita. Ini adalah budaya kita dari dulu lagi yang tidak ada pada orang lain.

    ReplyDelete
  6. tindakkan menjatuhkan raja ini memang satu tindakkan yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tindakan menjatuhkan raja adalahh tindakan kurang bijak

      Delete
  7. amalkan la 5 rukun negara tu

    ReplyDelete
  8. soalan itu wajib diajukan kepada pemimpin2 Pakatan.. pemimpin2 Pakatan tidak akan sekali2 tunduk dengan undang2.. tidak ada yang mereka hormat di negara ini melainkan ANWAR IBRAHIM..

    ReplyDelete