Monday 20 August 2012

1,500 PENDUDUK HADAPI MASALAH AIR BERSIH





KOSONG.....Jumil menunjukkan paip graviti yang langsung tidak mengeluarkan air.

Oleh :  JOHAN AZIZ.

KENINGAU: Sudah sebulan berlalu, namun 500 penduduk di Kampung Keritan Ulu, Senangang di sini tidak mendapat bekalan air bersih yang mencukupi disebabkan musim kemarau berpanjangan yang melanda pada masa kini.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Jumil Santah berkata ini disebabkan empangan utama yang berada di bahagian atas bukit tidak lagi sesuai dan perlu dipercepatkan pemindahannya ke Sungai Keritan yang berhampiran dengan kampung itu.

“Penduduk kampung terpaksa berjalan sejauh satu kilometer untuk mendapatkan bekalan air bersih di sebuah empangan buat masa ini,“ katanya semasa lawatan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Keningau, Harry Otigil ke kampung itu baru-baru ini.

Jumil berkata, sebilangan penduduk terpaksa ke pekan Keningau untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan makan dan minum.

Selain itu, katanya, empangan berkenaan juga tidak selamat digunakan kerana berada di kawasan yang telah ditanami dengan kelapa sawit.

“Apa yang membimbangkan seluruh warga kampung ialah berkemungkinan air itu telah tercemar dengan racun perosak yang boleh memudaratkan kesihatan penduduk pada masa akan datang,” katanya.

Jumil meminta kerajaan agar dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kampung itu terutama sekali di musim kemarau yang berpanjangan ini.

Sementara itu, Kampung Bariawa Ulu di sini yang mempunyai penduduk lebih 1,000 orang bakal menyambut Aidilfitri tanpa bekalan air bersih yang mencukupi.

Pengerusi JKKK, Masidin Yulot berkata punca mata air graviti yang sekian lama membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk di sini sudah mulai kering, tambahan pula terdapat beberapa saluran paip yang pecah.

Selain meminta pihak berkuasa membantu penduduk menyelesaikan masalah itu, beliau turut meminta agar kerajaan segera meluluskan segala permohonan yang telah dibuat berkaitan dengan masalah itu.

Dalam pada itu, Harry menggesa kepada pihak berwajib agar segera menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung kerana keperluan air bersih amat penting bagi setiap penduduk kampung terutama menjelangnya sambutan Hari Raya ini. (UB)

10 comments:

  1. Kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah bekalan air ini. Tambahan lagi pelbagai kaedah mungkin dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah air di bahagian pendalaman Sabah perlu berterusan.

      Delete
  2. Masalah air di Sabah memang harus diselesaikan. Masalah air membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Bukankah sudah diberi pinjaman untuk atasi masalah air di Kenngau ketika Najib buat lawatan ke sana?

    ReplyDelete
  4. Semoga masalah air ni akan dapat diatasi dalam kadar yang segera.

    ReplyDelete
  5. jika kerajaan mahu buat empangan, jangan bantah.. jika kerajaan mahukan tanah untuk membina loji air, jangan tuduh kerajaan rampas tanah adat..

    ReplyDelete
  6. Sabah yang memiliki banyak sungai2 yang berpotensi untuk membangunkan empangan patut memanfaatkan kelebihan itu bukan sahaja untuk memenuhi bekalan air, malah untuk memenuhi bekalan elektrik dan juga pengairan jelapang padi..

    ReplyDelete
  7. seperkara lagi, Najib sudah umumkan peruntukkan ratusan juta untuk menyelesaikan masalah itu ketika lawatan beliau di keningau..

    ReplyDelete
  8. Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hoped Sabah would be given a bigger allocation for rural infrastructure development in the 2012 National Budget. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will table the 2012 Budget on September 28.Pairin said many rural areas needed financial assistance to enhance infrastructure facilities and roads to ease the transportation woes of the rural people and farmers.

    ReplyDelete
  9. Those involved in agriculture and farming activities must be given attention so that they will be able to increase their income by the year 2020. He also said the federal government had always given priority to rural development in line with the 1Malaysia concept of people first.“The people must also value the contributions from the government and be ready to assist in the development process,” he said.

    ReplyDelete