BERDOSA....Ketua
Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata bahawa berdosa andai beliau
memanipulasi statistik jenayah.
KUALA LUMPUR : Ketua Polis
Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar hari ni berkata, adalah berdosa untuk beliau
memanipulasi statistik jenayah, dalam mempertahankan kenyataan dari kerajaan
bahawa kadar jenayah semakin menurun walaupun persepsi rakyat mengatakan
sebaliknya.
Beliau juga mencabar mereka
yang mengkritik untuk membuktikan statistik jenayah telah dimanipulasi, dan
berkata akan mengambil tindakan ke atas mereka yang bersalah.
“Saya terbuka kepada
kritikan,” katanya hari ini, dengan berkata, rakyat digalakkan memberitahunya
jika ada sesuatu yang tidak kena.
Minggu lalu, surat dari
tidak dikenali, dikatakan ditulis oleh seorang pegawai polis yang bernama Sumun
Osram, telah mendakwa kes jenayah telah bertukar dari jenayah indeks kepada
jenayah bukan indeks yang tidak didaftarkan sebagai sebahagian dari statistik
rasmi dari unit keberkesanan Putrajaya PEMANDU.
Di Malaysia, polis
membahagikan jenayah kepada dua kategori, indeks dan bukan indeks — yang
mengatakan jenayah indeks adalah jenayah yang berlaku secara berulang dan
memberi signifikan kepada indikator situasi jenayah, manakala bukan indeks
dianggap kes minor.
Semalam, polis mengatakan
bahawa dakwaan itu sebagai “tidak benar”, dan mengekalkan data yang diberikan
sebagai statistik jenayah.
Polis menambah, secara
keseluruhan, jenayah (indeks dan bukan indeks) telah menurun dari tahun 2010,
2011 dan 2012.
Awal hari ini ahli parlimen
DAP, Tony Pua berkata jawapan polis terhadap dakwaan data jenayah yang
dimanipulasi itu sebagai tidak mempunyai kredibiliti.
“Jika tidak ada manipulasi
data seperti didakwa PDRM (Polis DiRaja Malaysia), bagaimana mereka boleh
jelaskan perbezaan trend antara jenayah indeks dan bukan indeks?” kata Pua.
Bekas ketua polis negara,
Tan Sri Musa Hassan juga telah meluahkan pandangan yang sama, dengan berkata,
pihak berkuasa perlu membuktikan data itu dengan jawapan yang benar-benar
meyakinkan orang awam.
Bulan lalu, PEMANDU
mempertahankan pandangan mereka dari kritikan orang awam tentang statistik
mereka yang bercanggah dengan keadaan sebenar.
Agensi itu, bersama polis
dan Kementerian Dalam Negeri telah berterusan berkata kadar jenayah telah
menurun sejak inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) sejak dua tahun
lalu.
Pengarah bidang keberhasilan
negara (NKRA), dalam pengurangan jenayah PEMANDU Eugene Teh, pada Julai yang
lalu telah menunjukkan statistik indeks jenayah menurun dari 10.1 peratus pada
Januari hingga Mei tahun ini berbanding dengan tahun lalu.
Agensi itu juga berkata
secara perbandingan juga, kadar jenayah telah menurun dari 11.1 peratus pada
tahun 2010 tahun lalu, manakala jenayah jalanan telah menurun 39.7 peratus
dalam tempoh yang sama. (TMI)
No comments:
Post a Comment