Thursday 30 August 2012

POLIS AMBIL KETERANGAN MANGSA ROGOL




POLIS telahpun mengambil keterangan anak perempuan seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang yang melahirkan seorang bayi lelaki di Jerantut, Pahang baru-baru ini.
   
Sebelum ini, pemimpin pembangkang itu bersama seorang anak lelakinya berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan Isnin lalu bagi membantu siasatan polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin berkata remaja wanita berumur 15 tahun itu diambil keterangan selepas melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah Pusat Bersalin di Kuala Lumpur empat hari lepas.
   
"Kita juga akan menyiasat jika benar ada penglibatan individu kedua (anak lelaki pemimpin pembangkang tersebut)," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.
   
Polis juga akan mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu selain masih meneruskan siasatan, kata Mohd Bakri.
   
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media di Bukit Aman berkata polis tidak akan berkompromi dalam kes ini.

"Rogol adalah jenayah tidak kira siapa yang melakukan dan bila jenayah berlaku, saya anggap orang yang dikaitkan adalah suspek dan kita akan siasat seperti biasa," katanya.
   
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
   
Bagaimanapun, suspek yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon BN. (Bernama)

No comments:

Post a Comment