Friday, 31 August 2012

STAR ANJUR RUMAH TERBUKA MERDEKA RAYA




“STAR Sabah mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua warga Malaysia yang bermastautin di Sabah untuk sama-sama menghadiri Majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya di Restoran Pelancongan Pedalaman, Jalan Keningau-Tenom, Keningau, pada 31 Ogos 2012 (hari ini) bermula jam 12 tengahari,” dalam pesanan oleh Azmi @ Egang Linitok, Pengerusi Penganjur merangkap Ketua Jawatankuasa Khas Bumiputra Islam STAR Sabah di Keningau.

Majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya adalah sempena Hari Raya Aidil Fitri dan Memperingati Hari Merdeka Sabah Ke-49.

STAR Sabah berharap rakyat Sabah dapat mengambil peluang ini untuk mengeratkan perhubungan di antara kaum dan pelbagai etnik di Sabah sebagai suatu keluarga yang besar dengan SATU IDENTITI sebagai warga Sabah dan SATU PERJUANGAN untuk menuntut pemulihan hak Sabah sebagai sebuah Negara yang berautonomi dan sama-taraf.

No comments:

Post a Comment