Oleh : ABDULLAH SANI HJ
ABDUL SALLEH
PANDANGAN ini disediakan bagi
mengenang Jasa dan Perjuangan Parti Keramat Rakyat Sabah, USNO Sempena Hari
Kemerdekaan ke 55 dan Pembentukan Malaysia ke 49; selaras dengan Wasiat Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1972, "Peliharalah USNO, Jika Lemah USNO,
Sabah Akan Sakit."
Parti keramat USNO (United
Sabah Nasional Organisation) adalah roh dan semangat perjuangan Bumiputera
Islam di Negeri Sabah. Di Sarawak ada
PBB (Parti Pesaka Bumiputera Serawak) Di Malaya ada UMNO (United Malay Nasional
Organisation); Di Sabah ada USNO (United Sabah Nasional Organisation) bagi
meneruskan dan mengisi Kemerdekaan 3 Wilayah yang berkongsi Kemerdekaan Untuk
Melindungi kepentingan Hak Bumiputera Negara ini dijaga dengan sebaik-baiknya.
tanpa had masa.
Perdana Menteri Malaysia
Pertama, Tunku Abdul Rahman Al Haj’ sempena menyambut Ulang Tahun ke 10 USNO
pada 8 Jun 1972 telah berpesan bahawa;
“Sekira USNO lemah, maka
sudah tentu Sabah akan SAKIT dan dengan ini jika sekira rakyat Sabah taat setia kepada Malaysia, maka wajiblah
mereka itu pelihara USNO dengan sebaik-baiknya dan turutilah Tun Mustapha.”
Berangkali itulah yang
dimaksudkan oleh Tunku bahawa USNO itu adalah Roh perjuangan rakyat Sabah dan
menjadi Parti kemerdekaan Negara Sabah. Jika USNO lemah maka Sabah akan Sakit,
Sabah akan Sakit, Sabah akan Sakit.
Persoalannya sekarang jika
USNO Tiada, jika USNO Lenyap, jika USNO Hilang, apa akan jadi kepada Rakyat
Sabah? Kepada Negeri Sabah? Kepada Bumiputera Sabah? Kepada Kedaulatan Sabah? Kepada
Perjanjian Sabah membentuk Malaysia?
Kepada Pra-syarat Parti
Parti Politik Sabah yang mewakili suku kaum di Negeri Sabah bagi menuntut
jaminan Penyertaan Sabah dalam Malaysia, mereka telah memasukkan tuntutan
mereka 20 Perkara atau lebih terkenal
dengan panggilan ‘The 20 Point’ ditulis dan diabadikan dalam perbagai bentuk termasuklah
diukirkan di atas batu seperti ‘Batu Sumpah Keningau Sabah’, bagi melindungi
kepentingan Sabah dalam Federelisme atau Persekutuan Malaysia demi masa depan
anak cucu warisan tulen rakyat Sabah tanpa mengira Agama, Bangsa dan kesukuan.
Seterusnya apa akan jadi
Kepada Pembentukan Malaysia? Apa akan jadi kepada Sarawak dan apa akan jadi
kepada Melayu di Malaya, amnya?.
Petikan ucapan Tunku di atas
telah membayangkan kepada kita, bahawa
Sabah akan sakit? Sekarang USNO tiada,
USNO telah dibatalkan Pendaftaran demi survival Politik UMNO yang didatangkan
dari Malaya dan masuk ke Negeri Sabah.
Persoalan inilah yang
menghantaui rakyat Sabah dan Generasi muda Sabah yang ingin melihat wujudnya
Parti Tempatan seperti USNO mewakili mereka pada masa akan datang. Jika USNO tiada, bersediakah kita menghadapi
masa depan Sabah yang gelap, bakal malap atau masa depan Sabah bakal
sakit?
Bersediakah Parti keramat
Melayu di Malaya UMNO bakal hilang dari ‘landskap’ Politik Sabah? Dengan
kehilangan USNO rakyat Sabah akan bakal melihat UMNO sebagai duri dalam daging
denyutan perjuangan penduduk Sabah dan menjadi satu kesulitan berterusan bagi
Bumiputera Di Negeri Sabah.
Sejarah USNO dan perjuangan
Parti Keramat USNO yang tersurat dan juga tersirat sejak kemerdekaan,
membuktikan USNO memikili nilai estetika dan sentimental yang amat mendalam terhadap
kemerdekaan Negeri Sabah. Kita perlu memahami motif sebenar menghidupkan USNO,
serta maksud sebenar yang perlu di selami oleh semua pihak yang terlibat.
Kehilangan USNO akan
menjejaskan dan memincangkan perjalanan panjang pembentukan Malaysia yang masih
muda ini dan dianggap masih mentah berbanding negara-negara yang yang telah
dibentuk melalui federalisme atau kesatuan yang terdapat di muka bumi sejak
berakhirnya era penjajahan atau era kolonialisme.
Malaysia yang bakal
menyambut hari jadi pembentukannya ke 49
pada 16 September 2012 ini nampaknya masih terlalu muda jika dibandingkan
dengan Amerika yang sudah berusia lebih dari 237 tahun. Pembentukan Malaysia
perlu dipertahankan dalam realistik, keikhlasan, kerjasama tulen mengikut
Perjanjian yang telah dibuat dan dimeteri pada 1963 yang dikenali sebagai
Perjanjian Malaysia atau MA63.
Kita juga perlu mengambil
ikhtibar dari kesatuan Negara Soviet atau U.S.S.R 15 Negeri yang pernah menjadi
menjadi kuasa besar dunia pada satu ketika yang dibentuk 90 tahun lalu (30 Disember
1922) tetapi hanya mampu bertahan dalam
usia singkat tidak sampai 69 tahun sehaja akhirnya USSR terpaksa berpecah belah.
Perpecahan ini berlaku kerana
sebahagian kesatuan tidak berpuas hati terhadap layanan yang diberikan oleh
kerajaan Pusat dan akhirnya meninggalkan kesatuan Sorviet Union untuk memilih
jalan mereka sendiri melalui kemerdekaan. Antaranya Trio Baltik (Estonia, Lituania
dan Latvia); seterusnya Armenia, Azerbaijan, Byelorusia, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kirgizstan, Moldavia, Rusia,
Tajikistan, Turkmenistan, Ukraina dan Uzbekistan.
USNO Kembali semula? Ya, USNO
perlu kembali semula bagi menyelamatkan perpecahan ideologi politik Orang Islam
di Sabah, Perpaduan Rakyat Sabah dan Rakyat Malaya; Perpaduan Bumiputera
Islam dan Bumiputera Bukan Islam; Perpaduan
Wilayah Borneo dan Wilayah Semenanjung dan seterusnya Perpaduan Bangsa
Malaysia.
Hakikat yang perlu kita
sedari ialah, tidak mungkin terbentuk Malaysia tanpa USNO. Tidak mungkin kita
menikmati kemerdekaan ini tanpa USNO. Tidak dapat dinafikan akitek pembentukan
Malaysia adalah Parti USNO yang membawa kepada pengisytiharan Pembentukan
Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 1963.
Sejarah USNO bermula dengan
Pembentukan Parti itu bertempat di sebuah rumah di Kg. Ayer Kudat, Sabah pada
tahun 1961 dengan diterajui oleh masyarakat Bumiputera Islam Sabah yang terdiri
dari kaum Bajau, Suluk, Brunei bersama bumiputera lain akhirnya telah memilih seorang pemimpin yang
bakal membentuk Negara Malaysia iaitu Tun Mustapha Bin Datu Harun sebagai
pengasas dan Presiden pertamanya.
Kehebatan Tun Mustpaha yang
menjadi Pemimpin USNO dan Negarawan Malaysia serta pemimpin unggul negeri Sabah
tidak dapat dinafikan dari awal kepimpinannya sehinggalah beliau meninggal
dunia pada 2 Januari 1996.
Tun Mustapha bukan sekadar
bapa kemerdekaan Sabah, tetapi beliau juga adalah Bapa Malaysia kerana sejarah
telah mencatatkan bahawa beliau adalah salah seorang yang menandatangani
Perjanjian Pembentukan Malaysia MA63.
USNO memerintah Sabah
melalui dan bersama Parti Perikatan
sejak Merdeka 1963 hingga 1976 dan USNO
menjadi sebahagian gabungan komponen Pemerintahan Malaysia Melalui Gabungan Barisan
Nasional BN sehingga ia dibubarkan secara teknikal oleh Pendaftar Pertubuhan
pada 2004 dan memberikan laluan kepada UMNO di Negeri Sabah bagi mentadbir dan
memelihara masa depan ahli-ahli USNO dan ahli-ahli dari Parti Berjaya bermula
dari 1990 dengan Fomula perkongsian 14
(USNO) : 6 (Berjaya).
Akhirnya, Tun Mustapha
menyedari bahawa UMNO tidak sesuai mentadbir dan mewakili ahli USNO dan Rakyat
Sabah tidak sampai setahun berada di Sabah, kerana banyak perkara yang
dimungkiri oleh pemimpin UMNO pada masa itu.
Janji UMNO untuk Rakyat
Sabah ‘UMNO Sabah adalah untuk Rakyat
Sabah’ telah dimungkiri oleh Pemimpin
UMNO apabila mereka mencampuri Urusan kepimpinan UMNO Sabah bermula 1993.
Akhirnya Mantan Presiden
USNO memutuskan untuk menarik semula keputusannya dan meminta supaya ahli USNO
kembali kepada Perjuangan asal rakyat Sabah iaitu Sabah mesti di perintah oleh orang Sabah dalam Istilah
lain “SABAH FOR SABAHAN“; serta memberi sokongan kepada Parti PBS pada
Pilihanraya 1994 kerana menyedari Malaya tidak boleh jadi Tuan atau ‘Master’ di
negeri ini; seperti mana yang pernah beliau katakan semasa penubuhan USNO pada
24 Disember 1961 dan sebelum bergabung melalui pembentukan Malaysia.
Tindakan sama juga disusuli
dan disertai oleh Presiden Parti Berjaya yang ikut bergabung membenarkan UMNO
menjaga ahli-ahli Parti Berjaya di Sabah, Tan Sri Haris Salleh juga tidak
bersetuju dengan UMNO dan akhirnya menubuhkan Parti baru iaitu Parti Bersekutu
pada 1999 bagi menentang kerajaan BN dan Pemerintahan UMNO di Negeri Sabah.
Keputusan 2 Pemimpin
Bumiputera Islam dari USNO dan Parti Berjaya ini jelas memperlihatkan kepada
kita bahawa kesilapan mereka untuk membenarkan UMNO berada di Sabah perlu
diperbetulkan kerana UMNO terus mencampuri urusan hal ehwal Politik Sabah.
Saya yakin kedua-dua bekas
Presiden Parti ini telah bertindak atas Dasar Patriotik mereka terhadap negeri
Sabah, bukannya kerana kecewa atau rasa tidak puashati serta kepentingan
peribadi. Kedua-dua mereka mempersoalkan, kepentingan Sabah dalam Malaysia yang
dilihat sedang dijajah semula oleh Malaya melalui Parti UMNO dari Malaya.
Sebelum Tun Mustapha Dato
Harun menghembuskan nafas terakhirnya, beliau telah memberi pesanan jelas
kepada rakyat Sabah dengan memberikan sokongan kepada Parti tempatan Sabah
iaitu Parti PBS Pimpinan, Joseph Pairin untuk memenangi Pilihanraya 1994 dan
menundukkan BN di Sabah yang diterajui oleh ‘Master’ UMNO dari Parti Malaya.
Begitulah sifat Patriotik
Bapa Kemerdekaan Sabah yang menjadi Pengasas parti Keramat USNO di negeri ini.
Beliau adalah seorang Negarawan, Pahlawan dan mempunyai semangat juang yang
tinggi bagi Negeri Sabah yang telah beliau bentuk dan tinggalkan untuk kita
semua bagi meneruskan warisan yang perlu dijaga untuk anak cucu kita iaitu
Sabah Tanah Airku Negeriku yang Bersatu dan 'MERDEKA' Sepanjang masa.
Perjuangan beliau tidak
pernah mengenal erti untung rugi, putus-asa dan nafsu haloba serta hasad dengki
yang dimikili oleh manusia yang rakus dan ganas yang sedang menghisap serta
mengorek kekayaan Negeri ini. Beliau tidak meninggalkan harta benda dan wang jutaan
ringgit untuk warisnya, untuk anak-anaknya, untuk keluarganya; bahkan setelah
ketiadaannya rumah kediamannya terpaksa dilelong kerana beliau tidak mencuri
wang rakyat Sabah untuk kepentingannya.
Itulah insan bernama 'Sir
Dr. Tun Dato Haji Mustapha Bin Dato Harun'; Presiden dan Pengasas kepada Parti
Perjuangan Rakyat Sabah, USNO.
Namun siapakah di antara warisnya
yang bakal meneruskan perjuangan ini demi rakyat Sabah? Siapakah di antara mereka
yang benar-benar mewarisi perjuangan Tun Mustapha yang sanggup turun berjuang
untuk mengambalikan USNO semula berada di pentas Politik Negeri ini agar Sabah dan
rakyatnya tidak terus sakit?
USNO perlu kembali semula
untuk bertapak di negeri Sabah dan menjadi peneraju kepada kepimpinan negeri
ini jika kita ingin melihat Negeri Sabah terus bermartabat dan mengekalkan
kemerdekaan dalam Malayia.
Parti-Parti dari Malaya
telah gagal memahami aspirasi perjuangan politik rakyat Sabah. Tidak kiralah sama
ada Parti itu dari Parti Kerajaan BN atau Parti-Parti Pembangkang PR yang
datang dari bumi di Malaya.
Mari kita lihat bagaimana
USNO kembali dan siapa di antaranya yang bakal memegang amanat perjuangan
rakyat Sabah ini. Kita bermula dengan pendaftaran semula USNO oleh pejuang-pejuang
USNO; antaranya USNO 2006, Usno Baru 2008 dan seterus USNO yang didaftarkan
semula oleh waris Tun Mustapha untuk mengembalikan maruah rakyat Sabah iaitu
Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha.
Sebelum ini, USNO telah
dibentuk semula oleh ahli-ahlinya tanpa anak-anak Tun Mustapha pada 1 Maal
Hijrah 2006 yang terdiri dari hampir 70% AMT USNO lama yang dipimpin oleh
Mantan Naib Presiden parti itu Datu Abdul Salam bin Datu Harun; iaitu adik
kepada Tun Mustapha sendiri bersama generasi pelapis ke 2 USNO, pimpinan saya
sendiri (Abdullah Sani) selaku anak bekas pejuang USNO dari Warisan Magindora di
Pantai Timur Sabah untuk meneruskan perjuangan memulihkan USNO semula.
Datu Badaruddin Tun Mustapha
merupakan harapan baru bagi rakyat Sabah untuk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan Bapa Kemerdekaan Sabah.
Barisan penaja USNO yang
baru memutuskan untuk memberikan kepercayaan kepada anak Tun Mustapha yang ke
4, Datu Badaruddin, meneruskan perjuangan ayahandanya bagi memgembalikan USNO
atas dasar keyakinan mereka bahawa Datu Badaruddin memiliki ciri-ciri
kepimpinan ayahandanya demi untuk memimpin rakyat Sabah pada masa akan datang.
Datu Badaruddin Tun Mustapha
dilihat mempunyai kewibawaan seperti ayahnya kerana tegas dan ‘Low-profile’
namun memiliki kriteria lasak dalam perjuangan dan mempunyai pengalaman luas
serta mendapat kepercayaan ayahandanya bagi mengurus dan menyusun
pejuang-pejuang USNO semasa parti itu di bawah pimpinan ayahnya. Oleh sebab itulah
USNO memberikan kepercayaan kepada beliau.
Datu Badaruddin telah
mengambil langkah yang wajar dan bijak setelah menerima kepercayaan dari rakyat
serta perjuang-pejuang USNO kerana beliau telah bertindak untuk mendaftarkan
semula Parti USNO tanpa mengubah bentuk Logo dan Bendera Parti asal 1961.
Bergerak dalam landasan
asal, beliau mengadakan ‘road-show’ di seluruh Sabah tanpa henti sejak 2006 dan
membuat keputusan untuk berkecuali pada Pilihanraya PRU12 2008 bagi memantapkan semula perjuangan USNO
di negeri Sabah.
Badaruddin yang dilihat
sebagai seorang akitek politik untuk mengembalikan USNO telah membuat keputusan
untuk meneruskan perjuangan ayahnya bagi memimpin USNO di Sabah. Beliau telah
mengadakan satu bentuk kerjasama rasmi dengan Kumpulan ahli-ahli Politik
Pembangkang dari KDMR di bawah pimpinan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Kumpulan
Parti berteraskan Suku kaum Cina SAPP, pimpinan Datuk Yong Teck Lee melalui UBA
(United Borneo Alliance).
Satu Deklarasi kerjasama
telah dimateri antara dua pihak yang dikenali sebagai 'DEKLARASI SEMPORNA
2012' yang telah ditandatangani di
antara Datuk Dr.Jeffrey Kitingan (KDMR)
dan Datu Badaruddin Tun Mustapha (USNO).
Mereka telah berikrar untuk
berkerjasama dalam satu flatform perjuangan iaitu UBA (United Borneo Alliance)
pada PRU13 nanti. Kedua-dua kumpulan Bumiputera ini akan menghadapi Parti-Parti
dari Malaya sama ada BN atau Pembangkang
(PR) jika pihak Pakatan Pembangkang Malaya tidak menghormati aspirasi dan
kehendak generasi muda Sabah dan terus mencampuri urusan Politik Sabah.
USNO di zaman Tun Mustapha
adalah USNO yang telah Berjaya menuntut kemerdekaan Mutlak Sabah dari British dua
minggu lebih awal iaitu pada 31 Ogos 1963 sebelum menyertai pembentukan
Malaysia pada 16 September 1963.
Masyarakat Kadazan Dusun di
Sabah dilihat hanya memiliki kekuatan politik di Negeri Sabah dan rasa selesa
serta selamat jika USNO kembali semula
menerajui politik Sabah.
Tidak dapat dinafikan USNO
lah parti yang memberikan harapan kepada maruah serta martabat KDMR di Negeri
Sabah, di saat Parti KDMR kecundang dalam pilihanraya Pertama 1966.
USNO telah membawa mereka
dan mengangkat martabat mereka untuk memerintah Sabah bersama dalam kerajaan Perikatan Sabah kerana Tun
Mustapha telah memilih Tun Fuad Stephen sebagai penggantinya untuk jawatan Yang
DiPertua Negara Sabah pada masa itu.
Di Saat mesyarakat KDMR di
singkirkan oleh pemimpin Kerajaan Berjaya 1976, USNO telah membantu Parti Masyarakat
KDMR iaitu PBS yang diterajui oleh Datuk Joseph Pairin untuk memenangi
pilihanraya dan seterusnya memerintah Negeri Sabah 1985 –1994.
Di saat Kerajaan PBS berhadapan
dengan Kerajaan Persekutuan Barisan
Nasional (BN), USNO jugalah yang menyelamat dan membantu PBS menghadapi BN pada
Pilihanraya 1994 untuk kekal berkuasa melalui sokongan Tun Datu Mustapha dan
ahli USNO sebelum UMNO mengambil-alih kerajaan dari PBS setelah Datuk Lajim Ukin dan Rubin Balang
melompat dan meninggalkan PBS pada 1994. Lajim dan Rubin tidak pernah menjadi
pemimpin USNO.
Kebangkitan USNO untuk
kembali tidak dapat dielakan lagi kerana parti ini adalah parti keramat Sabah
yang amat diperlukan oleh keseluruhan rakyat Sabah, Bumiputera Islam atau
Bumiutera Bukan Islam bagi menjaga kepentingan mereka dalam Persekutuan
Malaysia.
Namun semua ini akan menjadi
realiti jika kaum Bajau, Suluk, Kadazan, Dusun, Brunei, Murut, Rungus, Sungai,
Idahan, Peranakan dan suku kaum Bumiputera yang lain akan bangkit meneruskan
perjuangan Parti USNO melalui Deklarasi Semporna.
USNO telah mengambil langkah
dan landasan yang tepat pada hari ini dengan mengadakan kerjasama suku kaum
bumiputera di Negeri Sabah. USNO juga telah memberikan amanah bagi meneruskan
perjuangan USNO diletakkan di tangan anak bekas Bapa kemerdekaan Sabah sendiri
iaitu Datu Badaruddin.
Jesteru itu, USNO perlu
kembali bagi menyelamatkan Sabah; Menyelamatkan Bumiputera Sabah; Menyelamatkan
20 perkara dan Perjanjian Malaysia yang ditanda-tangani oleh Presiden USNO
kerana kelemahan USNO boleh menyebabkan Sabah SAKIT, tetapi Kehilangan USNO
boleh menyebabkan masa depan rakyat Sabah bakal malap.
Di saat USNO kehilangan
kuasa pada tahun 1976, USNO masih mendapat sokongan 100% kerusi Bumiputera
Islam iaitu 20 kerusi. Sementara 20 kerusi KDM telah berpihak kepada Parti
Berjaya dan 8 kerusi Cina; maka akhirnya 28 kerusi Parti Berjaya menubuhkan
kerjaaan dan USNO jadi Pembangkang dengan masyarakat Islam Bumiputera menjadi pendokong Parti itu di Negeri Sabah.
Sebelum USNO dibubarkan, ia
memilik 16 kerusi Islam dari 20 kerusi yang diperuntukan 1990; ini bererti di saat
USNO dianggap lemah pun masih mampu mewakili kerusi Bumiputera Islam 80% di Negeri Sabah.
Dengan kembalinya USNO dan
berkerjasama dengan KDMR, maka sejarah akan berulang seperti mana USNO dan PBS
menumbang Parti Berjaya 1985 dari kedudukan 51 kerusi dalam Dun Sabah kepada 6
kerusi atau 90% kerusi BN di tawan oleh dua kumpulan kaum ini.
Pretasi Pilihanraya PRU 13,
bagi USNO adalah sebagai ukuran sejauh mana ia diterima semula untuk menjadi
pelindung kepada perjuangan rakyat Sabah. USNO akan menyertai Pilihanraya ke
13, Presiden Penajanya Datu Badaruddin Tun Mustapha telah mengumumkan
penyertaan USNO pada PRU13 dan bersedia untuk mengambil atau menumpukan
perhatian merebut semula 80% - 100% kerusi Islam iaitu antara 20 hingga 32
kerusi; malah akan berkerjasama dengan mana kumpulan Politik dan NGO yang
mempunyai matlamat perjuangan yang sama.
Usno akan gunakan PRU 13,
sebagai Referendum Suara Rakyat Sabah untuk mendesak Parti itu dipulihkan
kembali kepada perjuangan asalnya iaitu 'Kemerdekaan Sabah' yang sebenar.
Salam Perjuangan dari Penaja
USNO Sabah dan Selamat Hari Merdeka kepada semua Rakyat Malaysia khas Rakyat
Negeri Sabah.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
No comments:
Post a Comment