Thursday 30 August 2012

15 BERENTAP ACARA HOT DANCE ESOK





Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 15 orang yang terpilih untuk keperingkat akhir dalam Pertandingan 2012 Hot Dance  Competition akan berentap  di atas pentas Dewan SM Yu Yuan untuk merebut RM1,500 dan gelaran sebagai 'Good Performance 2012' pada 31 Ogos ini, jam 7.30 malam.

Pertandingan 'Tarian Panas' ini yang melibatkan pesertanya dari seluruh pelusuk daerah  Sabah adalah anjuran Persatuan Penyanyi Cina Sandakan yang merupakan kali  ke empat pertandingan serupa ini diadakan.

Pengerusinya, Chin Su Len (kiri) ketika diwawancara Sabahkini.Net kelmarin antara lain menjelaskan tujuan menganjurkan pertandingan tersebut selain untuk mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan penuntut-penuntut sekolah yang meminati dalam jurusan tarian; ia juga merupakan sebahagian aktiviti persatuan tersebut untuk menyambut kemerdekaan 55 tahun negara ini.

Kata Chin lagi, peserta yang dinobatkan sebagai juara 'Hot Dance' bakal menggondol wang tunai RM1,500, sebuah piala dan sijil penghargaan.

Sementara Naib Johan dan tempat ketiga akan menerima RM1,000  dan RM800.00 serta sijil dan piala. Manakala tempat keempat dan kelima akan menerima wang tunai RM500 dan RM300 serta sijil penghargaan.

Katanya sebanyak 2,000 tiket yang berharga RM10  kini telah habis dijual sejak kelmarin lagi. Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Peter Pang dijangka akan menyempurnakan pertandangan yang agak sengit ini.

No comments:

Post a Comment