Wednesday 29 August 2012

PEROLEHAN AIRASIA NAIK KEPADA RM.18B





PEROLEHAN AirAsia Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2012 naik kepada RM1.18 bilion daripada RM1.08 bilion pada suku sama 2011.
   
Untung operasi bersih, bagaimanapun susut kepada RM130.94 juta daripada RM135.17 juta sebelumnya.
   
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Aireen Omar berkata meskipun majoriti syarikat penerbangan menanggung kerugian atau pendapatan terjejas teruk, AirAsia terus menunjukkan prestasi yang baik setiap suku dengan mencatatkan keuntungan.
   
"Kedudukan tunai kami juga kekal kukuh dengan RM2.16 bilion dalam tunai dan baki bank serta nisbah hutang bersih kekal rendah pada 1.10 kali," katanya.
   
Aireen berkata syarikat kini mengiktiraf keuntungan daripada Thai AirAsia sebanyak RM11.9 juta dan Asian Aviation Centre of Excellence sebanyak RM2.2 juta.   
   
Mengenai masa depan, Aireen berkata AirAsia pada kedudukan yang baik untuk tahun yang hebat dari segi prestasi.
   
"Berdasarkan tempahan di masa depan, permintaan kekal positif setelah tempoh Hari Raya Aidilfitri akan menolak faktor muatan dengan kukuh pada suku ketiga 2012, dan menempatkan kedudukannya bagi suku musim yang kukuh," katanya.

Beliau berkata AirAsia dijangka melancarkan lebih banyak laluan baru dan menambah kekerapan bagi beberapa laluan dalam Asean pada separuh kedua tahun ini.
   
"Ini akan disokong oleh penyerahan 13 (sehingga kini) pesawat A320," katanya.   
   
Mengenai harga bahan api, Aireen berkata syarikat penerbangan sentiasa memantau situasi dan menyasar untuk menyesuaikan dengan lindungi nilai dengan tempahan hadapan. (Bernama)

No comments:

Post a Comment