Tuesday 28 August 2012

SABAH BERPOTENSI JADI SPA TERBAIK DUNIA





KOTA KINABALU : Sabah berpotensi menjadi antara pembekal perkhidmatan spa terbaik dunia, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekotar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Membandingkannya dengan Bali, pembekal perkhidmatan spa utama dunia, beliau berkata Sabah kaya dengan sumber alam semulajadi untuk pengeluaran produk spa serta dalam memberikan perkhidmatan rawatan spa.

"Menurut unjuran Pelancongan Malaysia, industri spa dijangka boleh menjana sehingga RM830 juta menjelang 2020.

"Melihat kepada potensi ini, peserta industri harus meningkatkan standard mereka untuk mencapai standard antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas pembukaan Rafflesia Spa Essentials, sebuah cawangan jualan borong dan runcit barangan spa di sini, Isnin.

Masidi berkata spa juga akan diberikan penarafan bintang untuk memberikan kredibiliti kepada spa dan meningkatkan keyakinan pelanggan. (Bernama)

No comments:

Post a Comment