Tuesday, 28 August 2012

GAJI MINIMUM RM 4K CERITA DONGENG





Oleh : WAN MOHD HAFIZ WAN HAMZAH

KUALA LUMPUR : Rata-rata rakyat berpendapat bahawa janji pakatan pembangkang  untuk menyelaraskan gaji minimum sebanyak RM4,000  adalah satu dogengan yang tidak berasas.

Bagi mereka, sememangnya pakatan pembangkang hari  ini dilihat begitu banyak menabur janji, namun pada hakikatnya sehingga kini apa yang mereka janjikan itu masih belum terlaksana.

Ini dapat dilihat berdasarkan pencapaian pakatan pembangkang selama empat tahun tempoh pemerintahan mereka di empat buah negeri yang dikuasai ketika diberi mandat oleh rakyat pada PRU12 tahun 2008 yang lalu.

Jelas rakyat sudah bosan dan muak dengan janji-janji bulan dan bintang yang cuba digula-gulakan oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang kepada rakyat.

Menurut Duruka Dewi, 21, janji  pembangkang untuk menyeleraskan gaji minimum sebanyak RM 4,000  sekiranya mereka berjaya menguasai kerajaan merupakan satu omong kosong yang tidak mungkin terlaksana.

“Cadangan pembangkang itu bagaikan tidak berpijak di bumi yang nyata.  Saya berpendapat, janji yang diberi oleh pembangkang itu hanyalah sekadar satu janji untuk menarik perhatian rakyat. Mungkin mereka sangkakan rakyat begitu mudah digula-gulakan dengan janji-janji yang tidak logik seperti itu,” jelas Duruka, seorang suri rumah yang berasal dari Kuala Lumpur.

Manakala menurut Wan Fahmi Mohd Rahim, 25,  gaji minimum yang dijanjikan oleh pembangkang itu terlalu tinggi dan sukar untuk direalisasikan.

“Ini semua bagi saya hanyalah janji-janji kosong pembangkang untuk menarik perhatian rakyat. Saya yakin, sekiranya mereka memperolehi kuasa sekalipun, janji ini akan hanya tinggal janji. Mereka tidak akan mampu laksanakan.

“Jelas segala janji yang diwar-warkan oleh pembangkang ini sekadar satu janji kosong yang tidak mungkin terlaksana. Rakyat hari ini lebih bijak dalam menilai dan saya yakin, omong-omong kosong pembangkang itu tidak akan diterima oleh rakyat yang berfikiran waras di negara ini,” kata beliau yang bekerja di sektor swasta.

Wong Kok Siong, 21, pula berpendapat, janji pembangkang mahu menyeleraskan gaji minimum sebanyak RM4,000 di negara ini sebagai satu janji yang tidak masuk akal.

“Bagi saya, kalau mahu berjanji pun biarlah kena dengan realitinya. Janganlah berjanji sesuatu yang tidak masuk akal seolah-olah rakyat di negara  ini bodoh dan tidak tahu apa-apa. Ini semua janji omong kosong pembangkang. Saya fikir, sebagai seorang warganegara yang berfikiran realistik, kita tidak perlu ambil berat dengan janji-janji mereka itu,” ujarnya.

Manakala bagi Ira Roza Asri, 34, mengakui bahawa segala janji-janji pembangkang yang ditaburkan selama ini memang sukar untuk dipercayai.

Ini memandangkan banyak perkara yang dijanjikan oleh pembangkang sukar untuk diterima dan setakat ini, biarpun mereka telah menguasai empat buah negeri, namun setakat ini tidak ada perlaksanaan terhadap janji-janji mereka sebelum ini.

“Begitu juga dengan janji penyelarasan gaji yang begitu tinggi angkanya ini. Bagi saya ia memang susah untuk dilaksanakan. Memang pelik apabila pakatan pembangkang suka menabur janji padahal apa yang dijanjikannya secara logiknya amat sukar untuk dilaksanakan.

“Janji mereka hanyalah sekadar janji untuk memenangi pilihanraya dan hakikatnya, mereka sendiri tidak mampu untuk melaksanakan janji-janji mereka itu,” tegasnya. (MediaUMNO)

Saksikan VIDEOKLIP Ini.

No comments:

Post a Comment