LAWAT….Juslie
dan rombongan bergegas melawat ke tempat tragedi ribut kencang yang melanda di
Kg Kuala, Gum-Gum.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
SEBAGAI Ahli Parlimen yang
dipilih oleh rakyat kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab yang
diamanahkan oleh kerajaan untuk membantu sesiapa sahaja rakyat tidak mengira
siapa mereka sama ada penyokong parti kerajaan mahupun pembangkang yang dilanda
bencana atau musibbah terus mendapat apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan.
Inilah memang sudah
menjadi tanggungjawab dan
kewajiban pemimpin serta dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
mendukung pemerintahan di negara ini sejak 55 tahun dulu lagi yang tidak pernah
rasa bosan dan jemu dalam membantu rakyat tidak kira di mana-mana kawasan yang
diwakili.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk
Hj Juslie Ajirol berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selapas mengageh-agehkan
sumbangan wang Ehsan kelmarin kepada
230 keluarga yang membabitkan 32 buah rumah di Kampung Kuala Gum-Gum yang menjadi mangsa ribut angin
kencang; yang melanda di kampung
tersebut baru-baru ini.
Menurut Juslie, selain mangsa-mangsa berkenaan menerima wang tunai tersebut bagi meringankan beban yang ditanggung, kerajaan
juga akan membantu membaik pulih rumah-rumah mereka yang rosak yang terlibat
dengan bencana angin kencang tersebut dalam masa terdekat ini.
Juslie menjelaskan kesemua
mangsa terbabit seramai 230 orang itu sementara rumah mereka belum diperbaiki
mereka buat masa ini menumpang buat
sementara waktu di rumah-rumah keluarga
yang berdekatan.
"Saya amat simpati dengan
nasib mereka yang menjadi mangsa keadaan.
Apapun segala insiden yang berlaku ini adalah semua datangnya daripada Allah
dan ini semuanya ada hikmahnya dan merayu agar mangsa bersabar kerana segala
kudrat yang datang di luar jangkaan ini,” jelasnya lagi.
No comments:
Post a Comment