Monday 27 August 2012

YUSOF KEKAL AHLI PARLIMEN LABUAN





KOTA KINABALU: "Sehingga Sidang Parlimen berakhir Septemer depan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal akan duduk di kerusinya di Dewan Rakyat," kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditanya mengenai status wakil rakyat itu yang dilaporkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu.

Pandikar berkata, beliau membenarkan wakil rakyat  itu memasuki Dewan Rakyat kerana masih belum notis rasmi pengisytiharan kebankrapan Yusof daripada pihak berkuasa.
notis rasmi pengisythrn kbnkrapn yusof dripda pihk brkuasa.Saya cuma mengthuinya(perinth muflis)menrusi lporn mdia.Beliau kekal sbgai ahli prlmen lbn dan blh mghdri sdng perlmen yg d jdual brmula akhr bln dpn"ktanya d sini smlm.Trdhulu,pgrah surhnjya plhn raya ngri,dtk md idrus ismail,klmarin dlporkn brkta,yusuf msih ahli plmen lbn shngga kptusn d buat spkar dwn rkyt.

"Saya cuma mengetahuinya (perintah muflis) menerusi laporan media. Beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Labuan dan boleh menghadiri Sidang Parlimen yang dijadualkan bermula akihr bulan depan," katanya di sini semalam.

Terdahulu Pengarah Suruhanjaya pilihanraya (SPR) Negeri, Datuk Md Idrus  Ismail, kelmarin dilaporkan berkata, Yusof masih Ahli Parlimen Labuan sehingga keputusan dibuat Speaker Dewan Rakyat.

Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my.

Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan.

Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu.

“Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya,” katanya, semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.

No comments:

Post a Comment