Saudara Pengarang,
MALAYSIA tidak pernah
merdeka. Mengapa? Pernahkah Malaysia dijajah? TIDAK! Apa yang perlu disambut
ialah Hari Malaysia (Malaysia Day) pada 16 September setiap tahun.
Bukankah dengan mengatakan
Malaysia Merdeka, ia membawa erti seolah-olah Malaysia pernah dijajah oleh
kuasa asing? Kalau betul Malaysia dijajah, siapakah yang menjajah Malaysia?
Setahu saya, hanya North
Borneo (Sabah), Sarawak, Singapore dan Malaya sahaja yang dijajah oleh kuasa
asing iaitu British. Pada 31 Ogos 1957 adalah hari kemerdekaan Malaya yang
bebas daripada kuasa asing manakala Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963.
Maka, jangan keliru akan
perkara ini yang telah diputar belitkan oleh kerajaan Malaya kerana 'Malaysia' adalah
nama yang dipersetujui oleh empat buah negara yang ingin membentuk negara
bersekutu.
Walaupun sebelum itu, Malaya
ingin mengunakan nama Melayu Raya dalam persekutuan ini (konsep yang dicuri
daripada Indonesia yang berkeinginan untuk mewujudkan negara Indonesia Raya)
tetapi tidak diterima oleh 3 buah negara kerana ia lebih mengambarkan Kemelayuan.
Maka, sedarlah akan hal ini.
Kibarkan bendera Sabah dan bukan bendera Jalur Gemilang kerana jikalau anda
sedari, itu adalah bendera penjajah!
Oleh itu, saya menyeru anda
sekalian yang menggelarkan diri mereka 'Anak Sabah', 'Bangsa Sabah', 'Bangsa
yang Merdeka dan Berdaulat' dan 'Bangsa yang Berani' untuk bersama-sama
kibarkan bendera Sabah sebanyak yang mungkin di halaman rumah, kampung atau
sekitar tempat tinggal anda untuk menghidupkan semangat Kemerdekaan yang telah
diberikan kepada kita oleh pihak British pada 31 Ogos 1963.
Tarikh inilah yang mesti
kita pertahankan walau apa cara sekalipun. Jangan cuba menafikan kenyataan ini
kerana ini adalah fakta! Maka, mari kita bersama-sama menyambut hari
Kemerdekaan kita. Kemerdekaan Negara Sabah (North Borneo) kerana kita sekali
Merdeka, selamanya MERDEKA!
Salam Hormat,
TRULY SABAHAN
No comments:
Post a Comment