Friday, 31 August 2012

BAPA MANGSA ROGOL TUNTUT KEADILAN





MANGSA.....Bapa mangsa khuatir orang lain akan menjadi mangsa kepada perogol anak perempuannya yang hanya berusia 12 tahun.

Oleh : OPALYN MOK DAN LISA J. ARIFFIN


GEORGETOWN : Setelah pihak pendakwa bersedia untuk mengemukakan rayuan, bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang dirogol oleh Chuah Guan Jiu menuntut keadilan berikutan Mahkamah Sesyen membuat keputusan membebaskan beliau dengan ikat jamin RM25,000 dan bukan hukuman penjara.

“Saya amat kecewa dengan keputusan ini. Dia (Chuah) seharusnya masuk ke penjara supaya dia tidak merosakkan orang lain,” kata bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Dia berkata, anaknya masih lagi kanak-kanak dan Chuah telah merosakkan masa depannya, namun mahkamah tidak mengambil berat isu ini.

Sebaliknya mahkamah hanya memikirkan masa depan perogol tersebut, kata bapanya lagi.

“Saya rasa tidak patut dilepaskan begitu sahaja. Sekarang, dia bebas untuk merosakkan perempuan lain,” katanya lagi.

Dia juga mahu tahu adakah keputusan mahkamah ini akibat dari keputusan kes bekas pemain bowling negara, Noor Afizal Azizan yang juga dibebaskan dengan RM25,000 ikat jamin.

Bapa kepada mangsa, yang enggan memberitahu nama untuk melindungi identiti mangsa, kini bekerjasama dengan Women Centre For Change (WCC) untuk keadilan anaknya.

Kumpulan hak kanak-kanak, WCC dan aktivis sosial telah mengkritik dua keputusan mahkamah ini yang mencetuskan kemarahan orang awam.

Di Kuala Lumpur, ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengkritik keputusan mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 13 tahun, dimana psikatri mencadangkan dengan membebaskan mereka, ada kemungkinan besar untuk mereka mengulangi jenayah sama.

Kedua-dua pihak telah memberi respon dari laporan semalam berkenaan Chuah, 22 tahun yang didakwa merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun dan kes keduanya, berakhir dengan perogol tersebut dibebaskan.

Keputusan tersebut mencetuskan kemarahan selepas kes bekas pemain bowling, Noor Afizal — yang merogol kanak-kanak berusia 13 tahun, dibebaskan dari penjara selepas mahkamah rayuan membuat keputusan bertentangan dengan keputusan mahkamah tinggi dengan ikat jamin dan perlu berkelakuan baik.

Ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dengan nada yang tidak berpuas hati berkata, keputusan mahkamah membebaskan kedua perogol tersebut sebagai “tidak patut”.

“Saya amat terkejut bagaimana hakim boleh membuat keputusan berdasarkan masa depan perogol dan bukan si mangsa,” kata Khalid.

Beliau menjelaskan kedua-dua kes itu sebagai “mengambil kesempatan ke atas gadis yang tidak memahami implikasi apabila bersetuju untuk mengadakan hubungan seks, walaupun ia dengan rela, ia dilakukan pada usia yang agak muda sebelum mereka mampu berfikir untuk diri sendiri”.

Ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, penghakiman seharusnya tidak mempertimbangkan masa depan perogol lebih penting dari penderitaan dan trauma gadis itu telah lalui”.

Merujuk kepada Noor Afizal, beliau berkata hukuman yang diterima oleh bekas pemain bowling itu sebagai “tidak setimpal”.

“Dia harus dihukum mengikut apa yang sepatutnya. Ini lebih baik daripada dia akan terus menanggung malu ini pada masa hadapan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Lebih baik dia menerima hukuman itu dan bersifat gentleman. Ini juga untuk keadilan kepada gadis tersebut,” katanya lagi.

Ahli parlimen Ayer Hitam dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, semua orang mengharapkan hukuman yang lebih berat.

“Hukuman terhadap perogol bawah umur ialah penjara mandatori.”

Ahli parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohammad berkata, “menurut undang-undang mereka seharusnya dipenjarakan.”

“Saya rasa mahkamah harus bersikap objektif dan tidak merosakkan undang-undang,” katanya lagi.

“Undang-undang sudah tertulis dan sudah tercatat hukuman, jadi bila ada undang-undang dan hukuman, kenapa tidak dihukum? Undang-undang tetap undang-undang.”

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, isunya adalah “hakim memutuskan undang-undang mereka sendiri dan mengenepikan undang-undang yang diluluskan di parlimen”.

“Mereka mengenepikan apa yang tercatat di dalam undang-undang, yang mengatakan hukuman penjara.

“Ini bukan interpretasi undang-undang, ia sudah tertulis. Hakim tidak mempunyai kuasa untuk mengubah undang-undang.”

“Undang-undang boleh diubah tetapi melalui institusi yang betul seperti parlimen, dan bukan penghakiman. Saya tak faham kenapa penghakiman menjadi begitu,” katanya lagi.

Klasifikasi Berstatistik Antarabangsa tentang Penyakit dan Masalah Kesihatan Berkenaan (ICD) mengatakan pedofil merupakan “seks kanak-kanak, sama ada lelaki, perempuan atau keduanya, dari sebelum akil baligh atau di peringkat awal selepas akil baligh.”

Menurut Statistik dan Diagnosis untuk Penyakit Mental (DSM) yang digunakan oleh pakar professional kesihatan mental seluruh dunia, pedofil adalah mereka yang tertarik dengan hubungan seks antara kanak-kanak berusia 13 tahun atau lebih muda, dan pelaku mestilah berusia 16 tahun ke atas dengan pasangannya sekurang-kurangnya lima tahun lebih muda.

Noor Afizal berusia 19 tahun apabila dia melakukan kesalahan merogol gadis berusia 13 tahun, enam tahun lebih muda.

Dalam kes Chuah, beliau berusia 21 tahun apabila melakukan kesalahan, sementara mangsanya berusia 12 tahun — beza sembilan tahun.

Perbezaan usia antara perogol dan mangsa dalam kes ini, merujuk kepada ICD dan DSM boleh dikategorikan sebagai pedofil.

No comments:

Post a Comment