Friday, 31 August 2012

JANJI BELUM DITEPATI, TANAH DIRAMPAS




BATU SAPI: Penduduk di Kampung Lupak Meluas Laut dekat sini melahirkan rasa kecewa apabila tidak mendapat pembelaan pihak berwajib setelah rumah mereka diancam roboh oleh pihak yang kononnya mengaku pemilik kepada tanah yang mereka diami tersebut; sedangkan janji kerajaan untuk membina rumah untuk mereka belum ditepati.

PAS Batu Sapi yang menerima aduan penduduk kampung terbabit kini giat membantah pengusiran tersebut memandangkan mereka merupakan warganegara yang telah mendiami tempat tersebut sejak lebih 40 tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Haji Hamzah Abdullah kesal kerana pemimpin setempat terutama Ahli Parlimennya yang tidak mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita minta rakyat buka mata dan lihat kebenaran. Jika Umno terus memerintah, inilah yang akan sentiasa berlaku.

“Tanah rakyat akan habis dirampas dengan sewenangnya. Sehingga kini, kita telah mendengar desas-desus bahawa Kg. Gas di Batu Sapi ini juga akan diroboh tidak lama lagi," tambah beliau.

Penduduk di kampong berkenaan juga melahirkan kekesalan bahawa mereka telah dijanjikan dengan rumah kos rendah sejak Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang lalu dan pecah tanah juga telah dilakukan namun, semuanya tinggal janji kosong.

Beliau, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah akan turut memberikan komitmen bahawa PAS yang mewakili penduduk kampung bersedia berbincang dengan pihak tertentu bagi menyelesaikan masalah ini.

1 comment:

  1. Jika dikatakan UMNO / BN tidak menunaikan janji kerana tidak mengambil tindakan keatas pemilik tanah persendirian, ini mungkin sudah keterlaluan. Apa boleh kita buat sekiranya terdapat setinggan diatas tanah persendirian. Setinggan tidak ada hak untuk mempertikaikanya. Apa yang boleh UMNO / Kerajaan (BN) buat adalah dengan mempercepatkan binaan rumah ( penempatan baru ) atau rumah PPRT sebagai ganti.

    Di Pulau Pinang, lagi teruk, kerajaan DAP menjual tanah yang dikhaskan untuk orang miskin kepada "tokey" untuk mendapatkan keuntungan. Rupa-rupanya ada juga kerajaan didunia ini yang mahu mengecap keuntungan dengan menidakan hak orang miskin. Anda boleh fikirkan sendiri.

    ReplyDelete