Saudara Pengarang,
MOHON ehsan Ketua Menteri
Sabah dan Perdana Menteri Malaysia agar menjenguk masalah yang dihadapi
penduduk Kampung Mosolog, Kota Marudu kerana apa gunanya Tangki 1Malaysia yang
diberikan jika hanya menampung angin? Keluarga kami tidak pernah merasa
bagaimana 'aura' air paip yang telah dirawat kerana hanya menggunakan air
perigi yang tercemar dan hujan asid sejak 34 tahun lalu; sekalipun janji demi
janji ditabur untuk membekalkan kami air paip.
Salam Hormat,
WARGA MOSOLOG
No comments:
Post a Comment