Monday, 27 August 2012

DATUK LAJIM BAKAL KETUA MENTERI SABAH?





Oleh : MOHD DANIAL ABDULLAH
           
PADA 29 Julai 2012, seluruh Sabah telah bergegar akibat dengan tindakan berani mati 'Janang Ganang' dari Beaufort dan 'Huguansiou Amanah' yang berani 'menerajang' Perdana Menteri dan menghantar mesej jelas bahawasa bukan semua orang Sabah senang dicucuk hidungnya.

Tindakan dua 'Panglima' UPKO iaitu Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Maijol Mahap serta Panglima UMNO, Datuk Seri Lajim Haji Okin; sememangnya telah dinanti-nantikan oleh semua rakyat Sabah.

Akhirnya impian rakyat Sabah ingin melihat satu kejutan dan inginkan perubahan di saat akhirnya menjadi kenyataan, dengan pengumuman para pahlawan Sabah moden ini; khabarnya telah bertiup sejak hampir 6 bulan yang lalu bahawa mereka ini bakal keluar dari BN.

Tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, untuk keluar dari BN, telah mendapat sokongan seluruh rakyat Sabah yang mahu satu kejutan dan perubahan di bawah pucuk pimpinan negeri Sabah.

Ketakutan BN semakin jelas sekali dengan kehadiran hampir 15,000 orang hadir di Beaufort pada hari bersejarah tersebut. Jika pada tahun 1985, Tambunan menjadi inspirasi rakyat Sabah pada masa itu untuk tumbangkan kerajaan Berjaya pempinan Datuk Harris Salleh, tapi kali ini kita dapat merasakan angin perubahan ini akan bertiup dengan kencangnya dari Beaufort.

Oleh itu tidak hairanlah jika hampir seluruh kepimpinan Umno Sabah telah dikerahkan ke Beaufort untuk memastikan keadaan terkawal dan tidak ada mana- mana lagi pemimpin Bahagian ini cuba ikut jejak 'Kepahlawanan' Datuk Lajim.

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh kepimpinan Bahagian bermula dengan pemangku Bahagian hinggalah kepada Puteri, berhubung ikrar mereka masih bersama Umno dan BN, membuktikan pengaruh Datuk Lajim masih kuat dan membimbangkan Umno Sabah dan Pusat.

Ini adalah tindakan bersejarah kedua Datuk Lajim Ukin kerana pada 1994, akibat dengan tindakannya atas prinsip ingin melihat satu perubahan di Sabah pada masa itu, setelah PBS telah diistiharkan menang tipis, Datuk Lajim telah mengambil keputusan bersejarah hingga membolehkan UMNO memerintah sampai ke hari ini.

Jika bukan kerana Datuk Lajim yang berani berkorban dan sanggup menjadi 'Katak' yang pintar dan rela mengorbankan dirinya untuk membolehkan UMNO bertapak di bumi Sabah hingga ke hari ini.

Kalau dikatakan Datuk Lajim Ukin ini hanya mahu menjaga kepentingan diri dan 'SELFISH LEADER'  adalah tidak tepat sama sekali. Dikhabarkan,  tujuan  Datuk Lajim keluar dari BN kali ini, adalah disebabkan tidak akan dicalonkan lagi serta bakal digugurkan oleh pucuk pimpinan umno negeri.

Namun penyokongnya sangat yakin dan percaya, jika Datuk Lajim @ Janang Gayuh  kaum Bisaya dari Beaufort,  bertanding atas tiket apa-apa parti pun atau sebagai calon bebas, tetap akan  menang kerana kewibawaan dan pengaruh Datuk Lajim tetap teguh.

Apatah lagi penduduk di Beaufort sangat  menghormati  'Janang Gayuh' ini; sama ada kaum Tiong Hua atau KDM dan bumiputera lain di daerah ini yang masih sayangkan pemimpin agong mereka ini.

Untuk kali kedua, satu sejarah bakal tercatit atas apa yang Datuk Lajim, buat perhitungan kali ini, langkah kanan Datuk Lajim Ukin sememangnya sangat mujarab. Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Datuk Lajim, walaupun dia menduduki sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tetapi suaranya langsung tidak didengar.

Segala pandangannya serta cadangan mengubah pucuk pimpinanan negeri, langsung tidak didengar oleh Datuk Najib. Kita sangat faham dengan Datuk Lajim ini, yang sememangnya tegas dan berprinsip, seperti katanya tempoh hari apabila di temuramah, "pemimpin datang dan pergi, tetapi yang penting kepentingan rakyat dijaga."

Atas prinsip ini dan untuk membela isu-isu Sabah yang diabaikan Kerajaan Pusat; Datuk Lajim kali ini telah mengambil langkah kanannya untuk menjadi wira untuk mengetuai Pakatan Rakyat di Sabah. Andai kata Pembangkang Sabah dapat bersatu menghadapi BN.

Rakyat Sabah percaya satu kerajaan baru bakal dibentuk nanti, dengan harapan langkah Datuk Lajim Ukin kali ini bakal mengubah kerajaan sekarang ini kerana rata-rata rakyat Sabah memang mahukan perubahan dan menukar kerajaan sekarang.

Ramai juga pengikutnya percaya langkah Datuk Lajim ini bukan pembelot tetapi sebaliknya adalah 'Wira' yang bakal mencatat sejarah dan berkemungkinan akan menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru selepas PRU ke 13 nanti. InshaAllah!

No comments:

Post a Comment