Friday 31 August 2012

KEIZINAN BOLEH JADI FAKTOR ROGOL STATUTORI


      


Oleh : AIDILA RAZAK

SEORANG peguam terkemuka, Baljit Singh Sidhu berkata tanggapan bahawa kedua-dua lelaki yang disabitkan atas kesalahan rogol statutori, telah terlepas hukuman kerana hukuman penjara mereka telah digantung, adalah salah.

Baljit berkata hukuman berkelakuan baik sebenarnya satu hukuman yang "teruk" dan "berat" kerana pesalah boleh berdepan dengan tuduhan berganda jika dia melakukan kesalahan sewaktu tempoh berkenaan.

"Mereka tidak terlepas begitu sahaja. Jika (pesalah terbabit) melakukan satu kesalahan dalam tempoh tersebut, dia akan menghadapi tuduhan bagi kesalahan itu sertai dihukum bagi kesalahan awal. Ia satu hukuman yang berat," katanya katanya.

Malah, katanya, dalam kes pemain boling negara, Nor Afizal Azizan, hukuman berkelakuan baik terhadapnya adalah "hukuman yang lebih baik" daripada dipenjara, memandangkan faktor-faktor yang ditemui oleh  mahkamah.

"Mahkamah mendapati tiada keganasan dan kekejaman dan terdapat keizinan, jadi mengapa perlu dihantar ke penjara? Sesetengah orang akhirnya menjadi penjenayah yang lebih ganas selepas menghabiskan masa dalam penjara," katanya ketika dihubungi.

Nor Afizal, kini 21, telah disabitkan atas kesalahan merogol seorang gadis berumur 13 tahun empat bulan apabila dia berumur 19 tahun.

Mengenai soal keizinan, Baljit berkata Kanun Keseksaan sebagaimana yang disemak pada tahun 2006, khusus menyatakan bahawa keizinan adalah satu faktor untuk menentukan hukuman dalam kes rogol statutori.

Seksyen 376 Kanun Keseksaan menyebut bahawa hukuman minimum jika mangsa di bawah umur 12 tahun adalah lima tahun penjara dan atau disebat, sama ada atau tidak, mangsa bersetuju dengan perbuatan itu.

Bagaimanapun, tidak ada hukuman minimum disediakan jika seseorang mangsa berumur di atas 12 tahun dan di bawah 16 tahun, dan telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan pesalah. (MKINI)

No comments:

Post a Comment