Oleh : WAN HAFIZ WAN HAMZAH
KUALA LUMPUR : Kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN)
mengurus Felda menyebabkan pihak pembangkang, yang disifatkan oleh Datuk Seri
Najib Tun Razak sebagai makhluk perosak berputih mata dalam usaha mereka untuk
menyangkal usaha kerajaan dalam mempertingkatkan pencapaian Felda ke tahap yang
lebih tinggi.
Menurut Najib, pelbagai
fitnah dan dakyah telah ditabur oleh ‘makhluk perosak’ ini termasuklah membawa
isu penyenaraian Felda di dalam bursa saham ke mahkamah untuk menghalang usaha
baik yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
“Hari ini, tidak sampai dua
bulan selepas disenaraikan, warga Felda akan menerima dividen mereka tidak lama
lagi. Selain itu, Felda sendiri kini mempunyai dana yang bernilai RM 5.99
bilion hasil daripada penyenaraian di dalam bursa saham.
“Sekiranya dicampur dengan
dana yang diperolehi oleh FGVH, maka keseluruhannya dana yang ada di dalam
akaun Felda kini berjumlah RM 10.5 bilion,” ujar beliau ketika berucap di
Majlis Sambutan Hari Raya Felda yang julung-julung kali diadakan di bangunan
baru Felda tersebut.
Tambah beliau lagi, begitu
juga ketika kerajaan membuat keputusan untuk membeli bangunan baru Felda
setinggi 50 tingkat yang terletak di Jalan Stonor, di tengah-tengah pusat
bandaraya Kuala Lumpur. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan
oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan, kononnya pembelian itu merupakan satu
pembaziran dan sebagainya.
“Tetapi hari ini, saya telah
dimaklumkan oleh pihak pengurusan Felda bahawa bangunan Felda kini
telahpun memperolehi pendatang lebih
dari RM 400 ribu hasil dari sewaan dewan dan sebagainya,” tegas beliau.
Selain itu, beliau turut
mengumumkan bahawa baki bonus durian runtuh yang diberikan sesebanyak RM 5 ribu
kepada anak-anak Felda akan diberikan selewat-lewatnya pada bulan Oktober ini, selepas pembentangan belanjawan.
“InsyaAllah, kita akan
berikan baki sebanyak RM 5 000 itu selepas kita bentangkan belanjawan. Sebelum
ini kita telah berikan kepada ketua peneroka, isteri peneroka dan pada bulan 10
ini, giliran anak-anak peneroka pula akan mendapat habuan durian runtuh ini,” jelas
beliau disambut dengan tepukan gemuruh oleh warga Felda yang hadir dalam majlis
tersebut.
Beliau turut mengumumkan,
kerajaan akan mendahulukan bayaran saham berjumlah lebih RM 600 juta untuk
mana-mana warga Felda yang masih belum membeli saham-saham tersebut, di mana
peneroka hanya perlu membayar sebanyak RM 50 sebulan sehingga habis jumlah
pembayaran tersebut.
Majlis tersebut yang
dihadiri hampir 5000 warga Felda dan orang ramai turut dihadiri Pengerusi
Felda, Tan Sri Isa Samad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Ahmad Maslan, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Noor, Presiden Perkasa
Datuk Ibrahim Ali, wakil-wakil NGO dan juga kakitangan Felda. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment