Thursday, 30 August 2012

LAGI EPISOD KES CELAKA HARAM JADAH?





GEORGE TOWN: Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.

Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.

"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya.

Sebelum ni Noor Afizal, seorang atlit bowling dibebaskan oleh mahkamah rayuan atas kes rogol bawah umur jugak dengan alasan kononnya "mempunyai masa depan yang baik".

Ramai berpendapat alasan tersebut sudah cukup celaka, rupa-rupanya alasan Mahkamah Sesyen Goergetown nampak lebih lagi tahap celakanya. Chuah dibebaskan ata alasan "perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir" dan juga "faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama."

Ramai bersetuju dengan pendapat Zaid Ibrahim, Presiden Parti KITA yang juga bekas menteri yang menjaga undang-undang masa dalam Umno dahulu seperti yang dilaporkan MalaysianInsider.

“Saya menyalahkan Mahkamah Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah umur sebagai kesalahan yang tidak serius,” kata Zaid dalam kenyataannya yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan bertujuan untuk mengekang perlakuan seks dengan perempuan di bawah umur. Dengan keadaan moral anak muda yang cukup teruk sekarang ini, sewajarnya Hakim mengenakan hukuman yang berat supaya boleh jadi ikhtibar untuk anak-anak muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.

Langsung tidak relevan untuk hakim gunakan alasan "masih muda". Apakah usia 20-an masih dianggap muda sedangkan sudah boleh jadi bapak kepada kanak-kanak yang dirogolnya.

Ramai yang berani kerat jari, jika anak Hakim itu yang 'dirogol', dia pun tidak boleh terima kalau keputusan seperti itu dikenakan kepada perogol anaknya.

Mustahil Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz tergolong pengamal seks bebas, langsung tidak rasa apa-apa kalau anak dia yang menjadi 'mangsa' itu. (Cenangau Daunkari)

No comments:

Post a Comment