Tuesday 28 August 2012

ROGOL ANAK, PEMIMPIN PEMBANGKANG DITAHAN POLIS?




PEMIMPIN Kanan parti pembangkang telah ditangkap polis Jerantut pada 22 Ogos lalu atas tuduhan merogol anak perempuannya di bawah umur sehingga melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor.  

Laporan polis dibuat oleh seorang jururawat di Balai Polis Batu Balai/RPT/247/12 setelah mangsa melahirkan anak di Hospital Kajang.

Mangsa mengaku telah dirogol oleh bapanya sendiri pada 2011 di rumahnya di Batu Balai, Benta, Jerantut, Pahang.

Suspek ditahan bersama anak lelakinya bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram, bagaimanapun mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya lagi.

Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga abang kepada seorang pemimpin kanan PAS pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12 lalu atas tiket PKR, tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment